Rabu, 28 Oktober 2020

Sudut Pandang Bro Lan : Sedia Untuk Lepaskan Sekejap #Sempena_Mawlid_Nabi

Salam pertemuan. 

Panjang lagi doa ini, akan tetapi biarlah diri ini bercerita....


Salam Mawlidur Rasul 1442H.



Chorus Qasidah Burdah susunan Imam Al-Bushiri RAH menjadi pembuka catatan kali ini.Setiap jiwa yang sihat, bersih dan suci pasti tersentuh pabila dengar alunan selawat seperti diatas.

Tahun PKP ini, Mawlid Nabi SAW terpaksa disambut dengan duduk di rumah, #stayhome_staysafe.Sabarlah dan teruskan berdoa minta wabak ini diangkat...

Solat Hajat Dan Majlis Habib Mintak Lulus Sijil Kettlebell

Rehat sebentar dari ambil sijil kettlebell...

Sejak tahun 2006, saya tidak putus berdoa agar dapat ikuti kursus kejurulatihan bersama Chief Pavel Tsatsouline. Solat hajat 12 rakaat, solat dhuha dan majlis-majlis Habib adalah jalan yang dipilih untuk hajat itu...



Alhamdulilah, sampai hajat itu dan saya bawak sistem Chief Pavel hampir 10 tahun. Sepatutnya tahun ini saya perbaharui lesen sijil dengan sistem itu, akan tetapi kekangan kewangan dan juga kita semua tidak boleh travel keluar negara malah rentas negeri pun tiada kebenaran menjadikan saya on hold dahulu hasrat tersebut...

Saya bersangka baik dan #InshaAllah dimasa hadapan mungkin akan ikuti semula sistem Strong First daripada peringkat awal. Terlalu lama  dengan satu-satu sistem boleh jadi lemau juga dan perlu ambil 'annual leave'.

Walau bagaimanapun, saya masih lagi boleh dihubungi untuk sesi latihan berkumpulan ataupun persendirian ( itupun lepas PKPB agaknya untuk mereka diluar Lembah Klang ). Insha Allah dengan pengalaman 10 tahun bersama sistem #hardstylekettlebells ini dan masuk pertandingan beberapa kali, saya usahakan beri anda yang terbaik.

Rancangan Selepas Ini

Untuk itu, sila ikuti blog ini dari masa ke semasa. Untuk berkembang maju , saya perlu buka minda untuk apa cara/sistem yang boleh untuk penambahbaikan termasuklah dengan belajar yoga dan pilates. Jangan jumud atau rigid dan selalu open for ideas... 


Jangan Jadikan Dunia Tujuan Terbesar (Doa Diatas)

2020.Pengajaran untuk diri saya adalah pabila tiba masanya untuk melepaskan sesuatu, perlulah bersangka baik sebab dunia ini hanyalah pinjaman dan amanah. Kadang kala letting go adalah suatu rahsia besar untuk pergi jauh...

Dunia bukanlah matlamat, akan tetapi gunakan ia sehabis baik untuk menggapai redho Ilahi dan cinta Rasul-Nya...

Insan faqir,
Azlan Zain Mohamed (takde title apa-apa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan