Selasa, 29 September 2020

Semput Lumba Lari Dengan Amoi Cute #Memori2006 @Bro_Lan

 Selamat bertemu kembali...

Suatu Pagi Di Tahun 2006

Sungguh catchy rentak lagu diatas sedang dimainkan dalam satu kelas joget2 pagi itu ditempat Bro_Lan bekerja. Dia yang agak free (curi tulang kot!) layan lirik lagu berkenaan daripada luar studio.

Selesai kelas dan kakak cleaner indon habis mop lantai,dia dan semua jurulatih gym masuk ke dalam studio. Mereka ada ujian kecergasan dan pengurus jurulatih yang ada affair dengan country fitness manager itu akan handle.

Rata-rata mereka meluat habis dengan pengurus itu, apakan daya dapat arahan pulak untuk fitness test, jadi layan jer. Bro_Lan yang sudah beberapa bulan bikin program Power To The People ini rasa teruja mahu lihat apakah ada carryover daripada program berkenaan dalam ujian tersebut.



Rupa-rupanya ujian berlari-lari anak kemudian laju sikit dan diakhiri dengan pecut! Ayoyoyo, itu macam punya test ka?! Bro_Lan cuba untuk keep up dengan  amoi cute jurulatih senior pujaan hatinya itu, akan tetapi gagal. 

Nafasnya turun naik tidak berhenti dan dia sudah pun mengah. Ramai kawan-kawan lain juga begitu. Hanya si amoi cute  dan brader bekas pemain bola sepak masih boleh berlari sampai tamat.

Selesai sudah ujian itu dan Bro_Lan tersandar di satu sudut. Datanglah si amoi yang tahu Bro_Lan minat pada dirinya akan tetapi 'jual mahal' konon. Si amoi sebaliknya 'berminat' untuk menyindirnya pada saat itu ataupun istilah bebudak sekarang :'menghanjing'!

Amoi Cute Jual Mahal : "Ape lah kau ni , lari pun pancit!" (Dia memang fasih cakap melayu tau!)

Bro_Lan : ...... (kelu lidah bang oi!)

Si amoi pun berlalu keluar dengan bangga penuh keyakinan. Hati Bro_Lan cukup berbuku (otai cakap bengkek jer!) dan dia ambik keputusan untuk tidak lagi mengorat si amoi. Buat apa ingin menagih kasih pada pompuan macam itu...


Tidak lama selepas itu Bro_Lan jumpa buku diatas dan buku dibawah semasa pergi kedai buku di Suria KLCC.


Buku2 ini dibaca siang dan malam. Malah adakalanya waktu lapang di gym, dia baca dibilik rehat. Dia sudah mula gunakan dumbell untuk ganti kettlebell yang belum ada lagi di gym-gym komersil ketika itu...

Sedang dia asyik membaca,dia dipanggil untuk melatih seorang bakal client yang bakal beri kesan besar pada dirinya pada tahun-tahun mendatang...#Cougar_Hot_Macam_Jessica_Biel


Bersambung....

Kembali Ke Tahun 2020 #PKP2020


Pabila terkenang pada #Memori2006 , Bro_Lan belajar untuk bersyukur dan bersabar. Tahun 2006 itu memang dia 'berjuang' untuk jadi jurulatih kecergasan, banyak jatuh daripada bangun. 

Akan tetapi dia belajar bersangka baik, berkat ikuti pengajian bersama para Habaib dan teruskan sabar , syukur...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan