Selamat bertemu kembali...
Sebuah gym di Bangsar South |
Suatu pagi di tahun 2020, #PKP2020.
Dub dab debaran jantung Bro_Lan ibarat tempo klip video diatas. Sebentar lagi dia akan mengajar buat pertama kalinya di cawangan gym itu. Orang baru, tempat baru, suasana baru, keadaan sebegitu buat dia rasa gemuruh.
Disebalik darah yang berderau itu, syukur Alhamdulilah, Bro_Lan dapat mengajar kelas awal pagi itu di mulai awal September. Dia suka bekerja waktu itu sebab solat subuh pasti terjamin. #InshaAllah.
Nampaknya wanita sahaja yang ikuti kelas circuit training kelolaan Bro_Lan pagi itu. Ada beberapa orang regulars yang selalu follow kelas Bro_Lan di satu lagi cawangan gym itu sebelum PKP ikut sekali. Mereka dapat rasa beza mood Bro_Lan sebelum ini dengan semangat baru yang membara! They loved the new fire on him!
Sepanjang semua orang diperintahkan duduk dirumah , Bro_Lan sangat terkesan dengan WOD atlit Crossfit seperti video diatas dan semestinya rancangan The Titan Games! Cuma susanan program dalam kelas itu sedikit berbeza sebab perlu ikuti SOP yang ditetapkan oleh MKN seperti tidak boleh berkongsi alat senaman dan hanya bersenam setempat sahaja.
Paling mustahak dia berjaya kurangkan senaman high impact yang biasanya banyak melompat dengan gerak yang lebih selamat tetapi buat badan berpeluh juga!
Lompat terkinja-kinja memang bakar lebih kalori tetapi lutut dan ankle tak tahan pulak. Kelas pula 45 minit sahaja dan kena cepat-cepat keluar gym sesudah selesai, perlu pilih gerak yang selamat serta mencabar total body.
Pagi Isnin kini memberi kepuasan kepada Bro_Lan. Dia berusaha untuk tambah baik setiap kali mengajar dan berikan sehabis baik dalam kerjaya di bidang kecergasan ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan