Rabu, 30 September 2020

Otot Mana Perlu Kuat Untuk Angkat Kettlebell (BHG6)

 Selamat bertemu kembali.


Rutin wajib seorang gym bro yang typical adalah seperti berikut :

  • Cari bench untuk flat, incline dan decline press.
  • Tarik kabel kiri dan kanan bikin chest fly.
  • Buat crunches atau reverse crunches untuk kempiskan perut.
  • Biceps curl apa sahaja dan di mana sahaja yang boleh.
Golongan ini sering dikutuk oleh kaki-kaki gym yang bikin proper exercise program sebagai poser, hanya utamakan otot-otot yang mereka boleh lihat dicermin sahaja! Biasanya budak2 muda yang terpengaruh baca, tonton dan layari majalah/laman sesawang bodybuilding.

Semenjak ikuti majlis-majlis para Habaib yang memberi didikan agar belajar untuk tidak pandang rendah orang lain hatta haiwan sekali pun, memberi keinsafan kepada saya untuk tidak rasa lebih mulia daripada golongan gym bro diatas...



Rupanya disebalik besarkan otot pangkal lenggan, biceps curl ini sangat bermanfaat kepada kaki2 angkat kettlebell. Sila rujuk gambar dibawah,




Hampir semua gerak angkat kettlebell berpaksi pada posisi pronation (hardstyle) ,neutral (girevoy sport) atau diantara dua posisi berkenaan. Jikalau seseorang atlit kettlebell angkat terlebih berat/volume/tempo tertentu, biasanya akan sakit siku yang punyai tanda seperti golfer's elbow.

Sebab utama adalah gerak kettlebell banyak yang meluruskan tangan dengan anda perlu aktifkan otot triceps dalam posisi pronation/neutral. Anda pula terpengaruh dengan geng functional training yang pandang jelek gym bro bikin biceps curl sebab pentingkan aesthetic look sahaja.

Kemudian anda minat pula main kettlebell dan siku pulak meragam. Anda terus berehat, tidak pegang/sentuh lagi kettlebell. Walhal masalah itu biasanya boleh selesai dengan anda kuatkan biceps dengan mendagu variasi pelbagai  genggaman 



atau cuma bikin biceps curl, (pilihan saya adalah dengan suspension trainer.)


Mustahak untuk kuatkan biceps ini tuan puan sekalian. It can even make you or break you! Ada seorang atlit yang kuat dalam The Titan Games musim kedua  
koyak biceps semasa cabaran memanjat/bergayut dan gagal pergi ke peringkat seterusnya...

Masukkan biceps curl sebagai accesory lift atau  prehab/movement prep dalam program kettlebell anda dan #InshaAllah ada faedahnya untuk anda kurangkan kecederaan/beraksi optimum! 

Boleh juga ajak sekali gym bro itu bikin biceps finisher/burnout, mana tahu boleh bro itu boleh jadi workout buddy anda dimasa hadapan...#Banyakkan_Kawan_Kurangkan_Musuh

Selasa, 29 September 2020

Semput Lumba Lari Dengan Amoi Cute #Memori2006 @Bro_Lan

 Selamat bertemu kembali...

Suatu Pagi Di Tahun 2006

Sungguh catchy rentak lagu diatas sedang dimainkan dalam satu kelas joget2 pagi itu ditempat Bro_Lan bekerja. Dia yang agak free (curi tulang kot!) layan lirik lagu berkenaan daripada luar studio.

Selesai kelas dan kakak cleaner indon habis mop lantai,dia dan semua jurulatih gym masuk ke dalam studio. Mereka ada ujian kecergasan dan pengurus jurulatih yang ada affair dengan country fitness manager itu akan handle.

Rata-rata mereka meluat habis dengan pengurus itu, apakan daya dapat arahan pulak untuk fitness test, jadi layan jer. Bro_Lan yang sudah beberapa bulan bikin program Power To The People ini rasa teruja mahu lihat apakah ada carryover daripada program berkenaan dalam ujian tersebut.



Rupa-rupanya ujian berlari-lari anak kemudian laju sikit dan diakhiri dengan pecut! Ayoyoyo, itu macam punya test ka?! Bro_Lan cuba untuk keep up dengan  amoi cute jurulatih senior pujaan hatinya itu, akan tetapi gagal. 

Nafasnya turun naik tidak berhenti dan dia sudah pun mengah. Ramai kawan-kawan lain juga begitu. Hanya si amoi cute  dan brader bekas pemain bola sepak masih boleh berlari sampai tamat.

Selesai sudah ujian itu dan Bro_Lan tersandar di satu sudut. Datanglah si amoi yang tahu Bro_Lan minat pada dirinya akan tetapi 'jual mahal' konon. Si amoi sebaliknya 'berminat' untuk menyindirnya pada saat itu ataupun istilah bebudak sekarang :'menghanjing'!

Amoi Cute Jual Mahal : "Ape lah kau ni , lari pun pancit!" (Dia memang fasih cakap melayu tau!)

Bro_Lan : ...... (kelu lidah bang oi!)

Si amoi pun berlalu keluar dengan bangga penuh keyakinan. Hati Bro_Lan cukup berbuku (otai cakap bengkek jer!) dan dia ambik keputusan untuk tidak lagi mengorat si amoi. Buat apa ingin menagih kasih pada pompuan macam itu...


Tidak lama selepas itu Bro_Lan jumpa buku diatas dan buku dibawah semasa pergi kedai buku di Suria KLCC.


Buku2 ini dibaca siang dan malam. Malah adakalanya waktu lapang di gym, dia baca dibilik rehat. Dia sudah mula gunakan dumbell untuk ganti kettlebell yang belum ada lagi di gym-gym komersil ketika itu...

Sedang dia asyik membaca,dia dipanggil untuk melatih seorang bakal client yang bakal beri kesan besar pada dirinya pada tahun-tahun mendatang...#Cougar_Hot_Macam_Jessica_Biel


Bersambung....

Kembali Ke Tahun 2020 #PKP2020


Pabila terkenang pada #Memori2006 , Bro_Lan belajar untuk bersyukur dan bersabar. Tahun 2006 itu memang dia 'berjuang' untuk jadi jurulatih kecergasan, banyak jatuh daripada bangun. 

Akan tetapi dia belajar bersangka baik, berkat ikuti pengajian bersama para Habaib dan teruskan sabar , syukur...


Isnin, 28 September 2020

Pagi Isnin Di Nexus @Bro_Lan

 Selamat bertemu kembali...

Sebuah gym di Bangsar South

Suatu pagi di tahun 2020, #PKP2020.



Dub dab debaran jantung Bro_Lan ibarat tempo klip video diatas. Sebentar lagi dia akan mengajar buat pertama kalinya di cawangan gym itu. Orang baru, tempat baru, suasana baru, keadaan sebegitu  buat dia rasa gemuruh.

Disebalik darah yang berderau itu, syukur Alhamdulilah, Bro_Lan dapat mengajar  kelas awal pagi itu di mulai awal September. Dia suka bekerja waktu itu sebab solat subuh pasti terjamin. #InshaAllah.

Nampaknya wanita sahaja yang ikuti kelas circuit training kelolaan Bro_Lan pagi itu. Ada beberapa orang regulars yang selalu follow kelas Bro_Lan di satu lagi cawangan gym itu sebelum PKP ikut sekali. Mereka dapat rasa beza mood Bro_Lan sebelum ini dengan semangat baru yang membara! They loved the new fire on him!



Sepanjang semua orang diperintahkan duduk dirumah , Bro_Lan sangat terkesan dengan WOD atlit Crossfit seperti video diatas dan semestinya rancangan The Titan Games! Cuma susanan program dalam kelas itu sedikit berbeza sebab perlu ikuti SOP yang ditetapkan oleh MKN seperti tidak boleh berkongsi alat senaman dan hanya bersenam setempat sahaja.

Paling mustahak dia berjaya kurangkan senaman high impact yang biasanya banyak melompat dengan gerak yang lebih selamat tetapi buat badan berpeluh juga!



Lompat terkinja-kinja memang bakar lebih kalori tetapi lutut dan ankle tak tahan pulak. Kelas pula 45 minit sahaja dan kena cepat-cepat keluar gym sesudah selesai, perlu pilih gerak yang selamat serta mencabar total body.

Pagi Isnin kini memberi kepuasan kepada Bro_Lan. Dia berusaha untuk tambah baik setiap kali mengajar dan berikan sehabis baik dalam kerjaya di bidang kecergasan ini...