Selasa, 4 Ogos 2020

Nyonya "Benci" Sukan Renang Sebab Besarkan Bahu @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali.

 

Lagu diatas menjadi penamat kelas latihan suspension petang itu. Dengan segera Bro_Lan keluar dari gym untuk pulang. SOP untuk gym yang ditetapkan oleh MKN cukup ketat, tidak boleh lepak-lepak ataupun workout selepas mengajar seperti dahulu.

Hal yang demikian menjadikan Bro_Lan kembali menyambung latihan dirumah.



Cuma hari Selasa , dia akan lebih cepat pulang untuk menonton musim kedua The Titan Games.


Enjoy sungguh dia ikuti dari siri pertama lagi. Dia juga seronok pabila atlit-atlit wanita badan sado dan tegap yang masuk pusingan akhir. Mereka menang mudah dengan menewaskan lawan  yang rata-rata berbadan seperti model majalah kecergasan pada peringkat saringan lagi!



Finalist diatas mungkin susah dapat suami atau teman lelaki kalau duduk dibumi bertuah Malaysia tercinta ini. #Eee_Body_Macam_Jantan

Akan tetapi jangan pandah rendah tahap kecergasan mereka bertiga ini. Mereka mungkin clean and jerk berat badan anda untuk AMRAPS, lari 2.4km lebih laju daripada anda , mendagu rama-rama (butterfly pull ups) banyak daripada anda!

Sambil menonton aksi hebat dan semagat mereka yang jitu dalam The Titan Games itu, Bro_Lan terkenang suatu kisah di zaman silam...

Suatu Petang Di Tahun 2010


Motto utama puasat latihan Power Plate tempat Bro_Lan bekerja itu adalah : "Korang Jangan Kasi Client Kita Besar ( No hypertrophy please!), Diorang Mesti Jadi Sebiji Macam Model Dalam Gambar Promo Ni!" 

Strategi Dr. Bret Contreras  terpaksa diguna dan dipakai oleh Bro_Lan agar client disitu memperoleh badan yang long and lean...


Jenuh juga dia membuat rujukkan  untuk menjayakan matlamat syarikat tempat kerja itu. Tambahan pula yang datang ke studio senaman ada yang cedera itu dan ini.



Genetik sangatlah memainkan peranan jikalau seseorang itu ingin kelihatan long and lean atau buff and tough! Rata-rata wanita waktu itu masih 
'bernafsu' untuk berbadan seperti model majalah fesyen terkemuka era 80-90an.


Seorang kakak cina datang petang itu untuk berlatih dibawah seliaan Bro_Lan. Dia sangat risau pasal tubuhnya 'membesar' jikalau Bro_Lan kasi dumbell yang berat-berat. Pun begitu dia seorang yang aktif bersenam.

Kakak Takut Badan Besar : "Swimming made my shoulder big so I stop. Dowan heavy aar!" 

Bro_Lan : "I'll do my best" . (Dalam hati mati kutu sudah!)

Banyak senaman bodyweight untuk kakak itu dengan Power Plates nampaknya.



Pengalaman memberi tunjuk ajar seperti ini adalah input berguna buat Bro_Lan. Utamakan matlamat anak didik walaupun pada awalnya tidak masuk akal dan perlahan-lahan ubah cara mereka berfikir.

Kakak cina itu hanya mahu Bro_Lan jikalau datang ke studio dan dia tidak sambung pakej latihan disitu. Barangkali kurang berkesan.

Mentality jika buat senaman tertentu, otot/anggota badan tertentu akan membesar/mengecut sepatutnya diperbetul. Contohnya jikalau kuat berbasikal otot peha akan mantop,mantul gitu! Tidak semudah itu wahai insan!



Kedua-dua rakan sepasukan Bro_Lan ini adalah jurulatih studio cycling,RPM. Masing-masing sudah 11 tahun mengajar dengan purata 3-5 kelas seminggu! Hanya seorang ada otot quads yang dominant sebab genetik manakala seorang lagi tidak sebegitu. Apa yang boleh diusahakan adalah latih otot-otot yang tidak menyerlah pada tubuh badan itu dengan program , senaman dan kaedah yang sesuai.

Circa 2011 - 2012
Senaman beramai-ramai ala komando dipadang terbuka, Bootcamp menjadi sangat top beberapa tahun kebelakangan ini. Adakalanya Bro_Lan ambil job mengajar juga, akan tetapi tidak lama : pengurusan teruk/syok sendiri, faktor cuaca, logistik.

Ada diantara kelab bootcamp ini kongsi gambar/video sesi latihan mereka di Facebook dan Bro_Lan terlihat kakak cina tersebut bersenam. Masih begitu juga saiz badannya tanpa apa-apa perubahan drastik. Mungkin masih mencari solusi ingin berbadan seperti model majalah fesyen...Harap-harap dia 'jumpa' apa yang dia cari...

Berlapang dada lah Bro_Lan dan jom sambung tengok peringkat akhir Titan Games ini minggu depan...














Tiada ulasan:

Catat Ulasan