Khamis, 27 Ogos 2020

Menatang Apa "Functional Training" Ni? @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Tahun 2006 - 2012

Dunia kecergasan tempatan mula dipenuhi dengan idea2 latihan berbentuk 'functional training' terutama di gym2 besar. Gym rakyat atau gym abang sado asyik tayang badan jual protein masih selamat daripada idea tersebut.

Bro_Lan yang masih bertugas digym dekat pusat beli belah terkemuka itu tidak dapat lari dari fenomena tersebut. Adalah tidak cool jikalau anak didik/client hanya buat bodybuilding jer, mesti selitkan senaman yang berbentuk functional!

Buat biceps atas bosu, imbang badan pada pada swiss ball , bikin rotational cable pulldown/flys menjadi benchmarks 'kepoyoan', maaf silap 'kehebatan' trainer disitu.


Bro_Lan layankan juga kaki-kaki functional training ini sebab mereka kipas kuat pengurus trainer waktu itu walaupun dia adalah pengikut tegar abang botak dari negara Blok Soviet ini. Seakan-akan terdengar pulak lagu kawad askar-askar mereka ditelinga Bro_Lan!

Demam functional training makin hebat pula ditambah dengan pendukung mereka ada bahan kajian dan rujukkan seperti Anatomy Trains dan berberapa kitab yang lain. Malah, kebanyakkan gym sudah ada sudut functional training yang dipenuhi dengan bulgarian bags, vipr, kettlebells, wall ball dan seumpamanya.


Tahun 2020

Bro_Lan tidak menentang sepenuhnya idea diatas tetapi geram, sakit hati dengan sikap 'poyo, ingat ko jer bagus' pendukung tempatan functional training diatas. Mungkin dia kena lebih kerap pergi ke majlis2 Habaib untuk menundukkan sifat hasad dengki terhadap para pendukung itu...

Antara perkara yang boleh dia belajar daripada fenomena 'functional training' ini adalah :

  • Elemen rotation dalam latihan sering dilupakan atau dibuat dengan teknik yang salah/kurang berkesan.
  • Nampak cool gerakkan functional training ini dan boleh bangkit semangat untuk berlatih atau hilangkan bosan dalam latihan.
  • Kurang berkesan untuk fat loss. Perlu jaga makan, bikin cardio dan program latihan angkat bebanan yang sesuai sebagai bread and butter dan functional training jadi icing on the cake.
  • Sebahagian gerak ada yang bertujuan untuk rehab/prehab dan ada juga untuk sport performance. Mustahak untuk tahu tujuan /matlamat gerak itu agar tidak syok sendiri.
Apapun, sampai sekarang tetap juga gym members pergi ikuti kelas tertentu; kaki zumba dengon jogetnya, kaki body combat dengan lompat sambil tendangnya,kaki studio cycling dengan lenguhnya mengayuh (kononnya la, banyak kayuh slow2 jer pun).Kini gerak 'functional training ini banyak terdapat pada kelas HIIT, Tabata , circuit training.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan