Selamat bertemu kembali...
Bro_Lan sedang siap sedia mengajar petang itu sebagai jurulatih gantian.Gym-gym sudah mula panggil dia untuk kembali bertugas sepanjang PKPP ini.
Sehabis baiklah dia mencurahkan tenaga bikin kerja idaman ini sejak dari bangku sekolah. Perlahan-lahan dia pick up apa yang tertinggal sebelum ini.
Penuh cabaran semasa musim wabak ini dan pencerahan pun banyak. Workout pun masih dirumah, kononnya bermeditasi seperti Guru Utama Kesatria Jedi ini...
Untuk elak sangap dan sasau, kitab wirid Al Habib menjadi peneman, dibaca sekerap yang boleh , asalkan istiqamah. He needs all help that he can get...
Awal dia sampai gym dan perlu nyahcemar semua alatan yang digunapakai dalam kelas nanti, sebelum dan selepas kelas. Ada beberapa kelas lain sedang berjalan dan tiba-tiba macam terasa berderau darah Bro_Lan, dub dab dub dab pulak!
Selesai salah satu kelas itu, maka seorang amoi berlalu keluar. Bro_Lan rasanya macam kenal amoi itu! Terus berbunga-bunga hatinya melihat si amoi, seperti corak baju Haji Bakhil nak pergi peknik ini!
Dapat berbual sekejap dengan si amoi sebab kelas Bro_Lan akan bermula dalam berberapa minit lagi, tambahan pula SOP ketat. Tenaga pengajar tidak dibenarkan hangout atau bersosial lama-lama sebelum/selepas kelas...
Bro_Lan ada menaruh hati akan tetapi tidak menaruh harapan kepada si amoi. Ayat-meng-ayat memang bukan kepakarannya. Angkat-meng-angkat dia memang boleh la!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan