Isnin, 17 Ogos 2020

Sudut Pandang Bro Lan : Belajar Lagi Dari The Titan Games

Salam pertemuan.


Tamat sudah musim kedua! Sungguh memberi semangat dan membuka minda/mata. Banyak lagi yang kita boleh belajar daripada catatan The Titan Games kali ini .


PESERTA WANITA MESTI BERBADAN SADO/TEGAP UNTUK MENANG.


Kebanyakkan finalist wanita berbadan tegap :
  • #Quadzilla = otot peha yang besar dan kuat.
  • Glutes yang mantop, pejal.
  • Hypertrophy pada otot bahu dan belikat
Mereka juga perlu boleh :
  1. Angkat, baling, tarik, tolak, hayunterbalikkan bebanan/objek tertentu , gerakkan untuk sukan strongman secara amnya.
  2. Gerak pantas, lincah dan explosive seperti obstacle course para komando.
  3. Panjat pagar besi, tiang saiz gergasi dengan genggaman/cengkaman yang kuat.
Peserta wanita yang berbadan persis model muka depan majalah kecergasan, banyak yang tewas, kebanyakkannya pada peringkat awal lagi seperti juara American Ninja Warrior, atlit pingat emas snowboarding, bekas atlit balapan dan tinju. Mereka banyak tumbang dalam acara melibatkan angkat, tarik, hayun, terbalikkan objek berat.


Wanita bertubuh sado seperti mereka mungkin susah dapat suami/teman lelaki jika tinggal dibumi bertuah Malaysia tercinta ini, akan tetapi ia beri suntikkan semangat untuk kelompok ini buat sehabis baik dalam bidang sukan/kecergasan.


Cantik dan menawan itu sifatnya subjektif, berbeza selera antara individu. Anda mungkin minat peserta yang badan model fitness magazines itu, terpulanglah. Bagi saya pula tiada yang lebih menambat hati pabila gadis-gadis sado ini pecahkan rekod angkat berat peribadi, berjaya habiskan AMRAPS/EMOM dan tampak begitu yakin sekali walaupun tiada #thighgap.

PARA FINALIST TERDIRI DARIPADA KAKI CROSSFIT, STRONGMAN, ASKAR. SETAKAT INI.


Tiga displin diatas adalah persediaan latihan jasmani secara tidak rasmi untuk beraksi dalam Titan Games ini. Mungkin sesudah musim wabak , sayembara ini mungkin sampai ke benua Asia dan anda ingin masuk sebagai pencabar. Maka perlulah berlatih seperti mereka dengan :

  • Banyakkan angkat,hayun, terbalikkan, tarik, tolak objek berat daripada sekarang!
  • Bina kekuatan badan dengan senaman compound tidak kiralah gaya powerlifter atau angkat berat olimpik atau kettlebell/dumbell berat!
  • Bergayut dipalang taman permainan untuk ketahanan bahu dan kekuatan gengaman!
  • Ikut aturan seperti diatas, dahulukan angkat objek berat (strongman), kemudian senaman compound sesudah itu barulah bergayut



FINALIST LELAKI PULA ADA YANG SADO, KURUS DAN BERISI!


Matt Chan - Mike Sutton - Noah Pelicia! Abang Crossfit lawan  Budak Kuat Dari Kampung lawan Pegawai Tentera Udara! 

Matt, si abang bomba , otai pulak tu, berbadan tegap! Semangat orang lama ini lain sedikit, lebih-lebih lagi berlawan dengan budak-budak muda. Noah pulak nampak cool sahaja menumbangkan semua pencabarnya yang kebanyakkan berbadan macam Matt. Mike dilihat sebagai budak gemok , koboi keluar kampung!

Jikalau peserta wanita tadi boleh kita lihat yang mana tegap dan gagah cerah peluang untuk menang, yang lelaki ini payah pulak hendak teka-teka! Pendek kata, tiga saiz/bentuk badan berbeza!

Akan tetapi, mereka ada dua elemen utama yang digunapakai untuk menang :

  1. Kepantasan! Mike dan Matt begitu pantas bergerak dari satu halangan ke halangan yang lain. Jantung anda pulak yang berdegup kuat pabila tonton aksi mereka berdua!
  2. Daya Tahan Otot. Noah berbadan kurus dan pabila bertemu dengan pencabar yang lebih kuat, dia menang cabaran tersebut dengan bertahan lama sampai lawannya keletihan.
Badan sado,kurus,tembam tidak menjadi hal, asalkan anda kuat, pantas dan tahan lasak dalam semua cabaran!

DUA PESERTA LELAKI CEDERA MUSIM KEDUA INI, ANKLE DAN BICEP.
Seorang ahli acrobat Cirque Du Soleil luka dan sakit pergelangan kaki dalam halangan Lunar Impact dan Resistance. Salah seorang favorite, apakan daya injured pulak.

Cedera pergelangan kaki adalah 'benda biasa" bagi atlit gymnast/acrobat, seumpama cedera ACL pada pemain bola sepak. Untuk  lonjakkan dan balik kuang yang membuatkan anda kagum ternganga mulut itu, atlit acara ini mesti lompat dengan kuat dan pantas! Jikalau salah mendarat, sendi kaki itu sangat mudah cedera, boleh patah juga dibuatnya!

Barangkali abang acrobat kerja sarkis ini pernah cedera di bahagian itu beberapa kali dan pabila 'guna lebih had' dalam Titan Games ini, terus 'jammed' jadinya.

Seorang atlit golf yang  berbadan sado terus cedera pada biceps dalam halangan bergayut pada Mount Olympus. Kuat abang golf ini dalam acara tarik-menarik tetapi sangkut dalam acara memanjat dan gayut.

Boleh jadi abang golf 'kurang/susah" buat pull up/chin up sebab faktor berat badan. Senaman mendagu boleh  naikkan/turunkan ego seseorang atlit itu. Budak-budak street workout boleh berlagak poyo bikin puluhan ulangan pull ups dan abang/kakak gym buddie boleh patah semangat kerana 'berjuang' untuk bawa dagu/dada ke palang itu.

Untuk bakal pencabar Titan Games, sila ambil perhatian dua kecederaan ini dan segera bikin rehab/prehab!

SEMUA ATLIT JEMPUTAN GAGAL KE PERINGKAT AKHIR!
Musim kedua ini, Dwayne 'The Rock' Johnson menjemput enam orang atlit/bekas atlit yang hebat dalam arena masing-masing. Ada jaguh MMA,bola sepak Amerika, Ninja Warrior, pemenang pingat emas olimpik tinju dan snowboarding.

Hanya seorang sahaja daripada mereka menyerlah dan berjaya kalahkan Matt pada peringkat awal. Lima atlit selebihnya 'putus nafas' ketika angkat balak dan terbalikkan kotak berat.

Paling menarik, semua atlit jemputan ini punyai susuk tubuh yang pasti dapat jadi cover model majalah kecergasan!!! 

KESIMPULAN : ADA BADAN CANTIK TETAPI TIADA KEKUATAN,SUSAH NAK MENANG!
Isu Body Images. Syabas pada Titan Games kerana buka mata dan beri dorongan untuk anda dan saya yang tidak ada badan fitness model untuk jadi lebih aktif , cergas, sihat!

Boleh sahaja untuk anda berhasrat ingin berbadan cantik/sado, dipersilakan. Dalam waktu yang sama pastikan anda bina kekuatan otot dan mampu bikin aktiviti harian dengan lebih baik.

Dalam meniti waktu sukar dengan cabaran wabak dan ekonomi saat ini, suntikan semangat daripada game show sebegini memberi sedikit harapan pada  daya juang untuk bangkit sesudah kejatuhan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan