Rabu, 22 Julai 2020

Sakit Lutut Tak Boleh Squat @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...




Suatu Pagi Di Tahun 2019
Lagu diatas menjadi cool down untuk kelas Bro_Lan pagi itu. Kombinasi Reebok Core Board :


bersama TRX menjadi trademark kelasnya di BSC itu. Malah dia lebih gemar gunakan core board ini berbanding bosu atau wobble board.

Ada seorang dua yang join kelas itu punya masalah lutut. Seorang kakak minah salleh yang kuat berlari atas pasir pantai dan seorang ah moi yang  injured sampai dia 'menyerah kalah' berhenti separuh jalan.

Pabila terjadi kes yang sedemikian dalam kelasnya, Bro_Lan menjadi sangat alert!Dia belajar untuk bersangka baik pada semua yang stop ikuti kelas tanpa menyudahkannya. Mungkin mereka tak cukup glukos dek tak sempat sarapan ataupun ada kecederaan kronik.

Sepuluh atau 12 tahun dahulu kalau terjadi sedemikian rupa, dia akan panik. Akan tetapi tidak untuk kali ini. Pengalaman, sesi latihan dan kursus pulih pasca pemulihan kecederaan dengan guru yoga anatomy dan physiotherapist Michelle Lam dan guru pilates Melissa Zecha sangat membantu. Tamat kelas, terus dia menghampiri ah moi itu.

Bro_Lan : How bad is your knee issues?

Ah Moi Sakit Lutut : Very bad. I can't squat as low as you anymore!




Terus dia memberitahu panjang lebar dan Bro_Lan pasang telinga. Kakak dan auntie yang lain pun turut sama mendengar.

Akhirnya Bro_Lan menyuruhnya buat x-ray dan jumpa doktor sebab itu adalah out of his scope of practice. Dia boleh beri cadangan untuk kuatkan otot tertentu atau syor ke klinik kecederaan sukan, tidak lebih dari itu.

Pengalaman Bro_Lan sepanjang hampir 15 tahun kerja bidang kecergasan ini mendapati beberapa faktor orang bersenam cedera pada lutut selain kemalangan/trauma :


  • Alignment badan/sendi yang salah ketika buat senaman.
  • Otot-otot (hamstring,glutes, abductors, adductors,) lemah/kurang aktif dan sendi tertentu (ankle, hipstidak lentur untuk satu-satu senaman itu.
  • Bersenam melampui batas threshold tertentu.
  • Lebih berat badan.
  • Semua atau salah satu antara faktor diatas dengan dilakukan berulang kali sampai jadi wear and tear.
  • Kurang fokus bab rest and recovery.
Selesai berborak, dia terus sambung  latihan bersama Darth Yen Jin...



Dia juga ingin Darth Yen Jin boleh beraksi cemerlang kurang kecederaan...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan