Isnin, 6 Julai 2020

Pecah Rekod Peribadi (PR) Dalam PKP

Selamat bertemu kembali...



2014 - 2015 - 2016 



Daripada satu ulangan strict press dengan double 28kg pada tahun 2013, perlahan-lahan aku bina kekuatan untuk tiga ulangan. kebanyakkan waktu berlatih double 24kg jadi mainan dan adakalanya double 28kg /32kg digunakan untuk front squat (sangat menyumbang untuk bina core and leg strength dalam usaha menjulang kettlebell berat).


Masih rindu pada studio ini...#BackstageStudioDalamKenangan
Kerjaya di Backstage Studio ini memang banyak, pernah sampai enam hari seminggu. Biasanya aku terperap disini dari tengah hari hingga ke malam. Hujan lebat, ribut petir sesudah kerja? Tidurlah daku dalam studio. Ibarat rumah kedualah studio ini.  Masa senggang antara client dan group classes diisi dengan latihan angkat kettlebell.



Matlamat utama ingin kuatkan badan untuk Tahap 2 SFG. Makan masa berbulan juga untuk angkat 24kg kemudian 28kg. Hari itu banyak tenaga dan cukup rehat? 28kg jadi mainan. Banyak kerja dan stress? Kembali kepada 24kg.

Aku tidak memilih gym atau studio,(walaupun banyak masa latihan di studio Backstage,#BackstageDalamKenangan ) dimana boleh angkat kettlebell walaupun cara stacked , yang penting dapat selesaikan sesi latihan pada hari berkenaan.




Hujung tahun 2015 akhirnya dapat press double 32kg dengan dua kali percubaan sebab sudut video kali pertama tidak berapa cantik. Berat badan  ketika itu pula antara 60-64kg, jadi bolehlah dianggap double 32kg itu sebagai bodyweight press!

Tahun 2016 pula adalah tahun dugaan dan ujian pabila aku berselisih faham dan tidak sehaluan dengan pasukan girevoy sport yang mana aku adalah salah seorang pengasasnya. I took the high road instead ;



dan mulai ikuti pengajian dimajlis-majlis para habaib untuk mendidik diri...#BerjalanBersamaHabib




Ada ketikanya, aku tidak dapat fokus pada latihan kettlebell secara amnya dan matlamat untuk tambah ulangan strict press double 32kg tergendala seketika. Pernah cuba untuk angkat 32kg itu, akan tetapi gagal...

2017 - 2018 - 2019



Studio Backstage ditutup pada Ramadan 2018 dan daku move on ke CHI Fitness. Namun begitu, ada berita gembira! Pembekal kettlebell , Savage Gear Malaysia ada menjual berat 10kg,14kg, 18kg, 22kg dan 26kg disamping berat klasik ; 4kg, 8kg, 12kg, 16kg, 20kg, 24kg, 28kg , 32kg dan 36kg.

22kg dan 26kg menjadi bebanan utama ketika latihan :




manakala anak didik yang lain 'seronok' bermain bersama 10kg, 14kg dan 18kg.



Menjelang 2020, banyak dku luangkan masa untuk clean, press dan squat dengan double 26kg atau double 28kg , manakala 22kg, 20kg dan 18kg digunakan untuk latihan sukan kettlebell. Banyak kerja pula sejak dari pertengahan 2019 hingga bermulanya PKP.

2020 , Tahun 'Lockdown'
Alhamdulilah , sempat juga dapat PR strict press dengan double 26kg



dan double 28kg :



sebelum gym ditutup dek wabak melanda. Semua orang terpaksa berlatih secara minimalist sepanjang tempoh itu. Mereka terpaksa guna apa sahaja alatan senaman yang ada dan improvise! Banyak memori yang daku dapati daripada berlatih sendirian dirumah diantara tahun 2008-2009.


48kg dirumah rupanya perlu lebih perhatian sepanjang #PKP2020 ini!
Kettlebell yang banyak diruang tamu sudah bertahun-tahun tidak dapat 'kasih sayang' yang sewajarnya. Maka, inilah waktunya untuk besi-besi tampin ini mendapat 'hak' mereka.

The beauty of kettlebell training is you get stronger while burning lots of calories at the same time for weight loss! Inilah formula dan motivasi utama yang daku gunakan untuk beraksi cemerlang sejak hayunan kettlebell yang pertama pada tahun 2007!



Latihan sewaktu #PKP2020 ini pula sering dapat motivasi daripada dua orang kakak hot, kuat dan otai kettlebell, Lisa Balash #kettlebellbombshell (video di atas) dan Donica Storino #fizikelfitchicks (video dibawah).



Power kakak berdua ini!Pabila mereka angkat heavy dan buat #kettlebellchallenge, sekejap lagi naiklah nama aku dalam IG stories diorang! Daku pula buatlah sehabis baik, maklumlah segan kot dicabar kakak-kakak hot!#pantangdicabar

Banyak tips senaman/latihan mereka kongsi bersama dan daku banyak dapat belajar dari pengalaman mereka. Semangat aku hendak sama upgrade latihan

Datanglah mood ingin buat percubaan angkat double 32kg sesudah hampir lima tahun daripa PR yang pertama. Suatu pagi, daku pun menghampiri besi-besi itu dan ;



dapat 2 Ulangan (New PR)! Alhamdulilah.


Bagaimanakah aku melakukannya? Teruskan membaca :


  • Berpijak dibumi nyata. Strength training makan masa, biasanya minimum dua tahun dengan syarat anda istiqamah /konsisten tiga ke empat kali latihan seminggu. PR pertama dengan 32kg makan masa hampir dua tahun dan PR kedua juga begitu. 
  • Jangan bosan dan jangan cepat mengalah. Enjoy the process bro/sis!
  • Listen to your body!Badan letih, tidak cukup rehat/tidur, belum makan,demam, tekanan kerja boleh ganggu performance anda, jangan terlalu memaksa nak habiskan satu-satu program.
  • Jangan pandang rendah senaman berbentuk accesories dan injury prevention yang rata-ratanya macam senaman bina badan atau rehab, it really helped a lot!

Senaman yang bodybuilder buat itu ada manfaat untuk perjalanan anda.




Senaman yang powerlifter/olympic lifter bikin itu pasti boleh bantu anda menambah kekuatan.




Senaman yang orang buat sesudah pulih kecederaan itu pun sangat berguna.



Of course, kebanyakkan latihan dengan barbell dibuat sebelum PKP berkuatkuasa.


Duduk dan kekal dirumah musim PKP ini, daku terbatas tanpa sepasang 18kg, 22kg dan 26kg, mainanku di gym beberapa bulan dahulu. Aku kembali pada bebanan klasik kettlebell ; 16kg, 24kg dan 32kg , tidak ketinggalan 20kg,28kg dan 48kg.

Pesan ibuku : "If you don't have the best, make the best with what you have." 

Maka bermulalah sesi latihan semasa duduk dirumah ini. Double 20kg/16kg bikin metabolic conditioning/strength endurance manakala 28kg, 32kg dan adakalanya 48kg untuk just pure strength work.



Latihan biasanya dibuat selang satu,dua atau tiga hari, bergantung pada keadaan (puasa Ramadan,cuaca,kesihatan). Hari yang tiada latihan daku berehat, kadangkala buntu juga. Akan tetapi seluruh negara pun semacam itu, tidak bebas bergerak tanpa aturan tertentu. #bertabahlah #terusberlatih #kekaldirumah



Syawal pun datang dan masih lagi dalam perintah duduk dirumah walaupun ada sedikit kelonggaran. Gym masih ditutup dan latihan still carry on. Minggu kedua bulan Syawal, daku ingin lihat adakah PR dua ulangan sebelum Ramadan itu masih ada lagi atau sudah tambahbaik?



Alhamdulilah, syukur!Dapat satu lagi ulangan strict press dengan double 32kgClean and Press (CnP) pun dapat PR!




Aku perlu perbaiki gerak clean dengan double 32kg ini, insha Allah dalam program akan datang. Perasaan dapat menjulang dua biji kettlebell yang hampir sama berat dengan tubuh badan sendiri adalah cukup puas hati. Mudah-mudahan di masa hadapan dapat lebih baik...













Tiada ulasan:

Catat Ulasan