Power Position |
Syarah POWER POSITION
Pada pemerhatian saya, baik itu angkat berat olimpik, sukan strongmanAcara Angkat Atlas Stone |
mahupun sukan kettlebell :
Jaguh Sukan Kettlebell Kimberly Fox bikin gerak perlahan kettlebell clean. |
Apakah titik persamaan posisi ini? Half/quarter squat!Perbezaan cuma strongman angkat perlahan-lahan, manakala angkat berat dan sukan kettlebell perlu ikut timing/tempo tertentu.
Dengan barbell, anda boleh clean pada tiga posisi : paras pinggul, lutut atau classic (dari lantai). Pabila barbell sampai sahaja di paras pinggul, atlit akan melonjak dengan pantas untuk get under the bar!
Seperti catatan-catatan sebelumnya dalam siri ini, tumpuan diberikan kepada membina/bentuk kekuatan untuk execute gerak/transition tertentu dalam gerak clean dan snatch tersebut. Jikalau anda ingin belajar kedua-dua gerak ini sama ada dengan barbell ataupun kettlebell, dinasihatkan mencari jurulatih yang bertauliah /berkemampuan untuk membantu anda.
Anda juga beruntung dan perlu banyak bersyukur lahir pada zaman yang mana maklumat hanya berada di hujung jari sahaja (sudah tentu dengan talian internet pantas/sistem berserta gadget/perisian canggih) untuk mencari sumber rujukkan.
Untuk jadi kuat dalam power position ini, mahu atau tidak anda perlu develope otot quadriceps. Video diatas adalah #quadsburnout yang boleh anda bikin bersama lower body training sebagai finisher!
Untuk jadi kuat dalam power position ini, mahu atau tidak anda perlu develope otot quadriceps. Video diatas adalah #quadsburnout yang boleh anda bikin bersama lower body training sebagai finisher!
Jarang untuk anda lihat seorang atlit strongman atau angkat berat ada peha bersaiz kecil dan sehalus model runway. Otot-otot lower body yang besar dan kuat ituah jadi pemacu utama! Lihat sahajalah finalist wanita The Titan Games musim kedua yang ketiga-tiganya adalah awek Crossfit, peserta yang berbadan model semuanya gagal menyerlah...
Akan tetapi dalam sukan kettlebell, anda akan bertemu dengan perserta dengan segala macam shape and sizes. Acara ini bersifat muscular + cardiovascular endurance dan para atlit perlu mahir untuk counter balancing kettlebell itu dengan kawalan nafas dalam setiap ulangan diantara lima hingga 10 minit. Para atlit tidak semestinya bergantung kepada saiz otot yang besar/kecil untuk beraksi cemerlang ( walaupun ada diantara mereka yang jadi lebih bagus sesudah bikin program bodybuilding ), mereka perlu :
- Teknik optimum.
- Nafas terkawal.
- Badan relaxed setiap ulangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan