Selasa, 12 Mei 2020

"Adek Bukan Budak Sains Sukan Mana Boleh Ajar Fitness " @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Suatu Hari Di Penghujung Tahun 2001...

Kertas akhir untuk #SPM2001 itu Bro_Lan jawab setakat yang boleh. Malas dia hendak fikir-fikir lagi. Matlamatnya selepas itu adalah: 

  1. Mohon masuk Akademi Seni Kebangsaan ,kepingin jadi pelakon teater seterusnya buka jalan untuk jadi pelakon aksi macam Rambo!
  2. Jikalau tidak berhasil,masuk Akademi Tv3 untuk jadi pengarah filem aksi!
  3. Cita-cita jadi action movie director gagal, masuk fitness bentuk muscle kemudian kembali cuba nasib pergi ujibakat.
      
Jiwanya cukup tertekan di alam persekolahan! Baik sekolahnya, pelajar apatah lagi cikgu-cikgunya, Bro_Lan langsung tidak mahu ada kaitan lagi!

Ibu tersayang tidak dapat menjemputnya hari itu,hendak pergi makan waktu itu bulan Ramadan pulak. Lalu dia pun pulang ke rumah naik teksi.

Pakcik Kopiah Putih Bawak Teksi : Adek ni baru habis kertas SPM ke?

Bro_Lan (Versi Budak Sekolah) : Iye pakcik.

Pakcik Kopiah Putih Bawak Teksi : Berapa subjek ada ambik di sekolah?

Bro_Lan (Versi Budak Sekolah) : 10.

Ramah pakcik ini /banyak tanya pulak! Bro_Lan cuma ingin cepat pulang dan meraikan hari kemerdekaan dari dunia persekolahan itu!Nasib baik tengah berpuasa, jikalau tidak lepas final paper itu mahu sahaja dia celebrate di mall seberang jalan sekolahnya itu!

Pakcik Kopiah Putih Bawak Teksi : Lepas ini adek nak ambek course apa? 

Bro_Lan (Versi Budak Sekolah) : Sains Sukan sebab minat!

Pakcik Kopiah Putih Bawak Teksi : Ada wakil sukan tak disekolah dulu?

Serba salah Bro_Lan hendak jawab. Dia tergolong antara pelajar yang overweight disekolah. Masuk mana-mana acara pun tewas tempat tercorot. Pernah satu ketika lepas aktiviti badan beruniform, dia duduk dan perutnya yang gendut tu terlipat ( wahai umat manusia sekalian, kurus atau gemuk jika duduk membongkok perut kita memang nampak terlipat oi!). Seorang budak india junior tingkatan dua ke tiga, mengejek sambil tunjuk-tunjuk pada perutnya itu.

Jikalau tidak kenangkan perpaduan kaum dibumi bertuah Malaysia ini, budak keturunan india itu sudah kena belasah cukup-cukup disitu juga!Depression dan tekanan perasaan diejek, disindir kawan-kawan is no joke people, get help pleaseBro_Lan tetap berdoa dan yakin akan turun berat badan suatu hari nanti...Ya, suatu hari nanti...

Datanglah minat untuk baca majalah-majalah kecergasan sampai dia terjumpalah Pavel Tsatsouline, bapa kettlebell moden dalam satu majalah...


"Burn fat without dishonor doing aerobic!" Pencerahan Chief Pavel untuk latihan kettlebell!
Oleh sebab pakcik itu pakai kopiah putih tanda warak, beriman, soleh , orang tua perlu dihormati, Bro_Lan berterus terang sahaja. Maka , keluarlah kenyataan lebih kurang tajuk catatan ini daripada pakcik itu...



Bro_Lan terus mendiamkan diri tanda geram tidak puas hati, dalam hatinya sudah mulai menjerit seperti mendiang Chester Benington dalam musik video diatas! (Catatan tahun 2001, kenalah guna lagu-lagu top waktu itu!) Pakcik itu terus 'simbah minyak"  dengan siap geleng-geleng kepala lagi tanda keputusan Bro_Lan itu satu kesilapan besar...

2020, Dalam PKP



19 tahun kemudian, Bro_Lan berjaya buktikan walaupun tanpa ijazah sains sukan yang jadi kebanggaan budak universiti tertentu, dia mampu jadi jurulatih kecergasan/kettlebell yang bolehlah dibanggakan. #Alhamdulilah

Memang tidak putus Bro_Lan berdoa untuk segala hajatnya dikabulkan walaupun nampak sangat mustahil dan pengalamannya jadi saksi...



19 tahun dahulu dia geram kepada pakcik kopiah putih itu tetapi dia sabar tak menjawab, melawan,barangkali itu jadi asbab hidayah untuk dia dapat duduk dimajlis-majlis Habaib dan Maulana walaupun secara online. Majlis-majlis itu pula banyak yang pakai kopiah putih. Dia doakan pakcik itu sihat , panjang umur, murah rezeki dan dapat masuk syurga...Amiin. #NoHeartFeeling









Tiada ulasan:

Catat Ulasan