Ahad, 24 November 2019

Sudut Pandang Bro Lan : Hero Otai Settled Down

Salam pertemuan.



Terminator dan Arnie. Rambo dan Sly. Dua franchise filem aksi dan dua orang pelakon aksi yang punyai legasi...



Rambo dan Terminator adalah filem yang ditonton sejak saya masih sekolah tadika lagi. Waktu itu hanya ada RTM1 , RTM2 dan TV3. Filem-filem Hollywood hanya ke udara di saluran RTM2 setiap Selasa dan Khamis jam 9 malam. Jikalau terlepas tonton, alamatnya tunggulah berbulan malah bertahun lagi barulah ada re-run.

Badan sado, keberanian dan aksi macho lakonan kedua hero filem ini menjadi inspirasi ketika itu. Hendak buat badan mahu nampak seperti Arnold atau Stallone. Fesyen baju dan rambut pun mahu ikut mereka berdua. Ikat kepala warna merah dan kaca mata gelap yang mereka gayakan sebelum beraksi menumpaskan musuh jadi suatu trend...



Guru-guru dan ibu bapa ketika itu sering kali memarahi dan menghukum pelajar-pelajar lelaki yang asyik kemaruk menonton/minat kedua filem dan pelakon ini. Murid-murid itu dicap sebagai pemalas, tidak ada masa depan, kuat berangan/berimaginasi...



Saya tergolong dalam murid-murid yang dilabel seperti diatas...Cikgu-cikgu yang melabel itu pula majoritinya adalah perempuan yang memang tidak layan langsung cerita tembak-menembak, letupan dan ledakan disana sini,pendek kata filem penuh aksi. Cikgu lelaki okey pulak, barangkali mereka pun pergi pawagam dan menonton ketika itu...

Apa yang cikgu-cikgu perempuan ini (yes, I have issues with my female school teachers,period!) tidak tahu filem Arnold dan Stallone ini ada beberapa learning curve yang secara tidak langsung ditanam dalam minda separa sedar (subconcious mind). Hal ini mungkin boleh memberi motivasi disebalik adegan hero meletupkan sarang orang jahat yang hanya nampak ganas pada mata cikgu-cikgu tadi. Teruskan membaca sekiranya anda adalah peminat dua filem aksi ini dan baca catatan lain diblog ini jikalau anda tidak boleh masuk langsung catatan kali ini...

1. WALAUPUN ANTAGONIS (ORANG JAHAT) SANGAT HEBAT, MALAH KEBAL PULA , TERUSKAN BERJUANG!

Cyborg dari masa hadapan yang cuba membunuh anda dan peratusan anda untuk hidup adalah tipis. Akan tetapi hero tetap berjuang dan sentiasa kuatkan semangat, cari jalan dengan harapan musuh ini nanti pasti tumpas juga!


2. MANFAAT SUMBER YANG ADA TANPA MENGELUH/COMPLAINTS!

Hanya dengan sebilah pisau tajam (asal-muasal panggilan Pisau RAMBO) dan sepucuk senapang, satu pasukan musuh dapat dikalahkan dengan membuat banyak perangkap disekitar kubu mereka!

3. RANCANGAN PERTAMA TIDAK BERHASIL, MOVE ON PLAN YANG BERIKUTNYA!

Cyborg itu liat sangat hendak dimusnahkan dengan grenade ,gunakan senjata atau taktik lain! Gagal lagi? Teruskan berjuang!

4. MATLAMAT PERJUANGAN MESTI BETUL-BETUL JELAS, TIDAK BOLEH 50/50!

Selamatkan tahanan perang sebanyak yang yang boleh dan letupkan kem komunis ini adalah dua matlamat utama! Anda mesti sudahkan misi itu sebaik mungkin! Tumpuan mesti betul-betul fokus pada sesuatu misi!

**********************************************************

Semua nilai pengajaran diatas diperkukuhkan lagi dalam dua franchise di atas pabila hero sudah pakai kaca mata gelap (Terminator) dan ikat kepala merah (Rambo) menandakan kemuncak aksi melawan musuh akan bermula dalam adegan berikutnya atau peralihan fasa dari kekalahan kepada kemenangan.

Cuma dalam filem penutup Rambo dan Terminator, Stallone tidak pakai lagi ikat kepala itu dan Arnold pun begitu dengan kaca mata gelapnya. Mungkin tanda mereka sudah settled down dan meningkat usia 70-80 tahun. 

Apapun, filem dua orang atok ini tetap saya layan sebagai nostalgia zaman sekolah rendah hingga kini. Lantaklah jikalau bebudak sekarang tidak boleh masuk...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan