Jumaat, 15 November 2019

Majlis Habib & Team Kettlebell

Selamat bertemu kembali...



Fasal Majlis Habib 1



Kuliah pengajian kitab bersama Maulana Iqbal Zain Al Jauhari seperti video di atas sering memberi kesedaran pada al faqir. Jadual kerja penuh dan latihan kerap menjelang pertandingan akan datang seringkali meletihkan badan, tidak larat pula ingin ke majlis2 Habib.

Rindu sangat ingin datang ke majlis2 ini dan sentiasa berdoa agar dipeluang untuk hadir.Bulan Rabiul Awal sudah pun tiba dan berlebih lagilah kena rancang untuk pergi majlis2 Cinta Rasul#AzamHadir #InshaAllah

Fasal Team Kettlebell 1



Ahli pasukan sudah mulai risau dalam bersiap sedia untuk bertanding. Seboleh mungkin al faqir berikan suntikan semangat untuk pertandingan kedua dan pertama mereka ini.

Mereka juga berusaha sedapat mungkin untuk berlatih walaupun ada kerja dan urusan keluarga. Pengorbanan masa dan tenaga mereka cukup al faqir sanjung tinggi. Berkat kerap ke majlis2 Habib, jiwa ini jadi lebih cool dan tambah sabar/syukur/redho untuk memahami keadaan/masalah ahli pasukan...

Latihan terakhir mereka banyak bikin long steady distance cardio untuk bertahan lama dengan set 5 minit dan 10 minit yang menjadi mercu tanda acara sukan kettlebell.



Fasa Majlis Habib 2 



Beberapa minggu menjelang hari pertandingan, kesihatan pula kurang mengizinkan untuk banyak berlatih. Makan juga ubat akan tetapi masih kurang sihat. Mudah-mudahan sesudah pergi ke majlis Mawlid diatas dapat kekuatan rohani dan jasmani serta kemenangan untuk ahli pasukan...

Majlis hari Jumaat dan hari pertandingan pula Sabtu. Al faqir tiba awal di Masjid Jamek dan dapat duduk dalam. Masjid yang jadi salah satu ikon Kuala Lumpur ini memang jikalau lambat solat diluar jawabnya.

Habib Najmuddin Al Khered : "Eh datang dari mana?"

Al faqir : "Dari Damansara (rumah) ya Habib."


#GuruMulia Habib Najmuddin Othman Al-Khered

Sebak rasa hati pabila orang banyak dosa dan kesalahan ini diberi nikmat dapat berkenalan dengan #gurumulia dan duduk di majlis-majlis mereka...#Insaf #AkuBanyakDosa #PohonAmpun

Fasal Team Kettlebell 2



Semenjak mula bertanding sukan kettlebell dari tahun 2013 belum pernah al faqir dapat habiskan set dua biji kettlebell untuk 10 minit, paling lama pun seperti video diatas, tidak sampai tujuh minit pun. 



Dalam perjalanan menuju matlamat untuk survive set 10 minit ini, gerak Rack Pull At The Knee sering jadi menu utama disamping kettlebell overhead press, barbell lunges/front squat/bicycle squat dan hip thrust.



Adakalanya ikut serta kelas body pump dan pilates sebagai add on dalam persiapan menuju pertandingan ini. Pabila ahli pasukan berlatih, al faqir ikut mereka sekali.




Gigih dan fokus betul mereka ketika dalam sesi latihan. Ada yang baru kali pertama masuk bertanding dan ada juga yang kali kedua. Usaha al faqir yang tidak seberapa ini untuk mencapai matlamat dan membantu mereka menjadikan diri ini sangat perlu berdoa...


Fasal Majlis Habib 3


#GuruMulia Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Teruk betul kesesakan lalu lintas menuju pusat bandar Kuala Lumpur malam menjelang Maulidur Rasul 2019! Entah datang dari mana dan hendak buat apalah kereta, van ini semua! Lori pun juga!

Hampir sahaja putus asa, mengalah untuk hadir Mawlid Akbar 2019 di Masjid Muaz Bin Jabal, beberapa meter sahaja daripada stesen LRT Setiawangsa, bersama guru mulia Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Dalam hati masih terus berdoa agar selamat sampai...



Full house masjid malam ini! Masuk sahaja ke perkarangan masjid, giliran tausiyah penutup oleh Al Habib sendiri dan ditutup majlis dengan doa panjang. #perfect_timing

Saat itulah digunakan untuk menyelitkan doa2 sendiri dalam hati dan mudah-mudahan esok team dapat kejayaan...

Fasal Team Kettlebell Akhir





Alhamdulilah! Seperti pengalaman dapat snatch 100 reps dengan 24kg dahulu , 10 minit double 16kg jerk itu berjaya ditundukkan dengan 99 ulangan!



Ahli pasukan yang lain juga beraksi dengan baik sampai ada yang jadi best lifter!




Syukur betul! Kabul doa yang dipohon dalam majlis2 Habib semalam.

Gambar2 diambil daripada Coach Mekulin!
Hampir semua dapat Ranking 3 atau 2.Bising juga platform pagi itu sebab berkongsi dengan acara Zumba, K Pop Fitness, Bollywood disebelah.




Adakalanya musik terlalu kuat, akan tetapi mereka terus sahaja habiskan set sehabis baik.



Tahniah untuk mereka, tulus dari hati sanubari al faqir sendiri...

Fasa Majlis Habib Akhir.
Success stories dan kisah berjaya bangun setelah jatuh seperti ini sesudah kerap ke majlis2 Habib, Maulana menjadi pencetus motivasi untuk konsisten berbuat amal soleh. Insha Allah akan al faqir kongsi setakat mana yang boleh di blog ini sebagai penaik semangat untuk pergi majlis2 berkat ini.



Semoga bermanfaat dan bertemu lagi dalam catatan2 akan datang...


Insan Faqir,
Azlan Zain Mohamed, SFG2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan