Sungguh nikmat pabila Bro_Lan menikmati sepinggan nasik putih dengan kuah kari banjir bersama udang masak merah di sebuah restoran India Muslim. Sambil menjamu selera, radio Tamil disitu sedang putar lagu Ra Ra Ramaiyya dari filem Bashaa, cerita favorite Bro_Lan lakonan #Thailavar #SuperstarRajnikant!
Terus terbayang adegan dalam filem itu dalam kepala sambil tangan menyuap nasik. Sakit2 sendi sejak kursus dan pertandingan kettlebell beberapa hari yang lepas, langsung tidak terasa dek syoknya gulai kari sambil layan lagu Tamil!
Entah kenapa suka sangat Bro_Lan makan biryani ( Arab mahupun India ) dan lauk berempah. Pernah dia tanya pada ibunya sebab mengapa dia bersifat semacam itu dan ikuti dialog tersebut dibawah :
Bro_Lan : "Mak, napo yo? Eden gomar bonar lah biryani, lelauk kari ni?"
Bonda Tersayang : "Maso ekau dalam poghut maghin, omak kuek makan biryani!"
Pendek kata, semasa dalam kandungan lagi Bro_Lan sudah 'terbiasa' dengan lauk kari! Geli hati jugak pabila memikirkan hal itu lantas membuat dirinya ingin berjoget seperti hero-heroin filem Tamil untuk menghiburkan hati. (Pembaca budiman boleh replay lagu diatas ya!)
Beberapa tahun lalu , ada dia terbaca tentang manfaat makanan berempah terutama yang kaya dengan kunyit untuk kekuatan sendi. Ada juga kajian yang dibuat pada orang India yang dietnya penuh rempah ratus jarang kena sakit sendi.
Terus dia teringat tentang pengalamannya melatih ah moi, ah soo , pendek kata wanita berketurunan Cina yang kerap sakit sendi ketika bersenam. Baik tulang belakang, lutut, bahu dan kerap kali juga pergelangan tangan kelompok ini 'rapuh', brittle.
Dalam kelas kettlebell untuk kakak-kakak setiap pagi Selasa juga, sering kali dia dapat 'aduan rakyat' wanita berbangsa Cina sakit,lenguh itu dan ini. Kakak-kakak yang berbangsa India hampir tidak ada complaint langsung perihal sakit sendi ini. Wanita bangsa Melayu pula kadang-kadang ada juga mengadu hal yang serupa. Secara umumnya :
- Diet orang Cina di Malaysia ini banyak berbentuk rebusan seperti sup, steam boat, sedikit bergoreng atau berkuah dengan letak banyak bawang putih.
- Diet orang India adalah kaya dengan rempah ratus dalam hampir setiap hidangan.
- Diet orang Melayu pula banyak goreng ranggup dengan gulai lauk pertengahan di antara diet orang Cina dan orang India.
Sebagai seorang jurulatih, Bro_Lan bersikap terbuka dalam mengajar anak didik. Jikalau ambil supplement atau makanan tertentu yang kaya curcumin seperti kunyit boleh membantu kurangkan mengomel, mengada-ngada dek sakit sendi tanpa menggangu kesihatan, go for it!
Baginya, untuk dapat result yang baik dalam latihan, penting sekali bab urus kesakitan/kecederaan tidak dipandang enteng, tetapi jikalau hanya lenguh sikit-sikit jer pun nak complaint jawabnya = Suka hati ko lah, asalkan bahagia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan