#INSPIRASI_PEPERANGAN_BINTANG #7_LIGHTSABER_FORM
Bro_Lan cukup minat adegan kartun ini. Seorang guru tua seni sundang cahaya memberi didikan pada muridnya, seekor mahkluk Kaleesh ubahsuaian robot. Ada tujuh seni gerak lightsaber dan si guru tua sangat pakar seni yang kedua yang digelar Makashi.
Gerak guru tua dengan sundang cahaya berhulu melengkuk itu cukup terkesan dengan jiwa Bro_Lan sebab memori dia belajar bunga pedang penchak silat dengan arwah gurunya terkenang kembali. #jiwa_pendekar_Melayu
Malam itu sesudah mengajar , dia makan malam bersama Mike, gym member yang ikut kelas kettlebell setiap minggu. Mereka makan nasi arab!
Borak punya borak si Mike pun peminat Star Wars tegar jugak dan dia ikuti perkembangan atlit-atlit yang sedang dilatih oleh Bro_Lan untuk pertandingan sukan kettlebell akan datang. Topik yang mereka bualkan adalah persamaan gerak anak-anak didik Bro_Lan itu dengan seni sundang cahaya daripada filem2 Star Wars...
MAKASHI
Seni gerak kedua sundang cahaya. Pakar gerak ini seakan-akan 'menari' dengan sundangnya penuh gaya pabila bertempur. Kebiasaannya, seni ini sesuai digunapakai dengan hulu sundang yang melengkok. |
Mike Kaki Star Wars : When you do the long cycle sets, you move like Count Dooku, very precise, very centre line based.
Bro_Lan : Hahaha! Lightsaber with curved hilt like him and his style is my favorite. Elemen garis tengah (centre line) memang mustahak masa kita angkat kettlebell. Kalau terpesong dari titik itu, kettlebell akan tarik badan kita ke kiri atau kanan, hence jadikan gerak senaman itu tidak lagi efficient.
Mike Kaki Star Wars : But your athletes lightsaber form, I mean kettlebell style were different compared to yours. Chloe ,Jun and Win for example is a typical Soresu, Obi Van Kenobi's style.
SORESU
Bro_Lan : Betul, dia,Jun dan Win memang berbakat dalam sukan kettlebell. Diorang betul2 gunakan counter balance untuk angkat kettlebell, seolah-olah tiada guna kederat langsung, persis gerak salah seorang coach aku, Kb Fit Britt! Itulah matlamat utama penguasaan teknik!
Mike Kaki Star Wars : Yes, sama macam gaya Obi Van Kenobi yang hanya kebanyakkannya menangkis serangan musuh sampai musuh 'buka' kelemahan sendiri, then he strike them.
SHIEN
Seni gerak kelima sundang cahaya. Pengamal gaya ini perlukan lebih kekuatan untuk membalas serangan sejurus selepas menangkis hentaman atau tembakan musuh. Sesuai menjadi gerak serangan yang utama. |
Bro_Lan : Mula-mula belajar teknik sukan kettlebell, gerak aku ialah Shien, banyak guna tenaga semasa menghayun dan menjulang. Masih lagi digunakan jikalau kettlebell itu berat. Macam gerak jaguh USA Kimberly Fox. Kena betul2 aktifkan segala muscle yang boleh walaupun masih lagi counter balancing.
Mike Kaki Star Wars : Itu style Anakin Skywalker sebelum jadi Darth Vader. Offensive and powerful blows!
Bro_Lan : Tetapi kalah juga si Anakin dengan Kenobi sebab gerak Soresu yang sabar dan defensive berbanding Shien yang didorong perasaan geram dan offensive tu...Mastery kettlebell sangat perlu pada elemen Soresu pada kebanyakkan gerak. Akan tetapi pada waktu tertentu Makashi dan Shien kena juga diguna pakai...#Bro_Lan_BerFalsafah
JUYO
Mike Kaki Star Wars: Tapi kalau si Yen itu buat long cycle, macam Darth Maul dan gurunya Darth Sidious! guna Juyo! Mak ai laju dan all out betul!
Bro_Lan: Aku sendiri pun tidak boleh lagi bikin banyak sprint set seperti Yen tu!Perhaps her stamina teach RPM helped a lot!Dia agaknya dapat inspirasi daripada Donica Storino (video di atas) salah seorang lightweight dalam sukan kettlebell!
Bro_Lan: Mula2 ajar si Yen, geraknya banyak Shien dan selalu aku kena 'bawak keluar' her inner burning desire lebih kurang macam Kanaan ajar Sabine guna dark saber.
Bro_Lan: Adakalanya nyaris2 macam Count Dooku mengajar Savage Opress,tetapi takde lah sarcastic!
Mike Kaki Star Wars : Satu guru tapi anak murid bergerak dengan gaya masing-masing.
Bro_Lan : Mungkin aku ini sebagai penunjuk jalan kepada mereka untuk kembangkan potensi masing-masing. Jikalau hendak diikutkan, bentuk badan aku sangat tidak sesuai untuk kettlebell sport; kaki pendek, torso panjang, tangan panjang.Kaki pendek maknanya aku squat lebih cepat daripada orang lain, tangan panjang pula menjadikan gerak menjulang kettlebell itu jadi lebih lambat untuk sampai keatas dan torso panjang menghalang siku aku sampai ke pinggul sewaktu clean dua bijik kettebell itu.Dari segi fizikal, sudah dikira disadvantage, stamina aku pula tak sehebat mereka, cepat letih sesudah beberapa set. Mereka pula boleh train selepas mengajar RPM!
Mike Kaki Star Wars : You are like Darth Vader with all the cybernetic!
Bro_Lan : Tepat sekali, aku kena fine tune/ubah suai teknik dengan keempat2 gaya sundang cahaya yang kita bualkan tadi sampai aku dapat gerak sendiri yang sesuai dengan kekurangan yang ada disamping meninggkatkan stamina, kekuatan dan kelenturan. Bolehlah dikatakan gerak aku banyak dipengaruhi gaya Darth Vader.
Mereka pun menghabiskan teh o madu dalam gelas masing2 dan pulang selepas itu. Akan tetapi, Bro_Lan balik ke rumah penuh rasa syukur dengan hikmah dijadikan dirinya serba kekurangan sebagi motivasi menambah mutu. Minat , penat lelah dan kajian yang berterusan menjadikan dirinya sentiasa rendah diri dan berusaha memberi sehabis baik pada anak2 didik...