Sabtu, 16 Februari 2019

Siku Asyik Bengkok Press Kettlebell @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali.


Athur Saxon ,Legendary Strongman. 

Layan betul member class pagi itu dengan lagu cool down ini. Ada yang ikut menyanyi sekali sambil meregang badan...



Seperti biasa sesudah kelas tamat,Bro_Lan akan bikin workout. Tiada pulak member yang stay back lepas kelas untuk tanya pasal workout, jadi teruslah dia menuju ke arah dua bijik kettlebell seberat 20kg di satu sudut.



Ramai jugak orang bersenam pada pagi itu. Mungkin cuti panjang hujung minggu dan mereka semua ingin bakar kalori yang terlebih makan/melahap waktu perayaan sebegini.

Gerak geri latihan Bro_Lan rupanya diperhatikan oleh 'sepasang kekasih' yang workout bersama-sama. Ingat lagi pengalaman Bro_Lan dengan couple sebegini? Here we go again...

Si Pakwe cuba meniru gerak warm up single kettlebell waiter's carry yang Bro_Lan baru bikin sebentar tadi.



Kononnya Si Pakwe ingin tunjuk ajar Si Awek dan terus dia angkat sebijik 16kg!Bro_Lan tiada masalah jikalau Si Pakwe ingin ikut/tiru workout yang dia buat, akan tetapi pastikan teknik itu betul!!!

Siku Si Pakwe yang kurus melidi itu asyik bengkok dan dia hanya mampu jalan dua tiga langkah sajer kemudian letak balik kettlebell 16kg itu. Pelik betul Bro_Lan, dia yang badan agak sado susah mendapat GF, brader/budak yang kedi/kurus/tulang jugakyang sering amoi/awek teruja! #Seriously_Tak_Paham_Aku

Masalah siku tidak lockout sepenuhnya ini ada dua faktor utama :


  • Terpengaruh dengan idea latihan bina badan yang mahu anda jangan lock lutut dan siku agar dapat rasa pumped.
  • Daya tahan siku yang semakin berkurangan pabila meningkat usia.
  • Atau kedua-duanya sekali.
Untuk pengetahuan anda sukan seperti gymnastik dan angkat berat (olympic lifting, power lifting dan sukan kettlebell) sangat memerlukan straight arm strength disebabkan jikalau siku/lutut bengkok, ulangan/set/percubaan anda tidak dikira (disqualified)!


Latihan tahan bergayut adalah salah satu cara atasi masalah siku bengok ini.




Lemah atau kurang activation otot bahu bahagian belakang (posterior delts) juga dikenalpasti sebagai salah satu punca siku itu asyik membengkok kalau bikin overhead lifts. Gerak T-Y-I dalam video diatas adalah satu lagi senaman yang diajar oleh Bro_Lan selain hamstring dalam kelas latihan suspension dan disini hampir 90% kaki gym yang ikuti kelas itu bengkok habis tangannya!


Baik abang bodybuilder mahupun awek selfie lentik macam itik, hampir semuanya 'tewas' dengan T-Y-I ini! Maka dengan itu, Bro_Lan menjadikan senaman ini dan gerak untuk kuatkan hamstring sebagai 'jurus wajib' setiap kali kelas sebab kaki-kaki gym semuanya langsung tidak buat (kalau ada buat pun mungkin sebab sudah injured/rehab) pabila workout!

Kuat straight arm strength = boleh pergi jauh dalam sukan-sukan angkat besi and gerak gymnastik. Enough said!


Bayangkan jikalau Iron Tamer David Whitley ni bengkok sikunya pabila julang Bro_Lan?!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan