Sabtu, 16 Februari 2019

Siku Asyik Bengkok Press Kettlebell @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali.


Athur Saxon ,Legendary Strongman. 

Layan betul member class pagi itu dengan lagu cool down ini. Ada yang ikut menyanyi sekali sambil meregang badan...



Seperti biasa sesudah kelas tamat,Bro_Lan akan bikin workout. Tiada pulak member yang stay back lepas kelas untuk tanya pasal workout, jadi teruslah dia menuju ke arah dua bijik kettlebell seberat 20kg di satu sudut.



Ramai jugak orang bersenam pada pagi itu. Mungkin cuti panjang hujung minggu dan mereka semua ingin bakar kalori yang terlebih makan/melahap waktu perayaan sebegini.

Gerak geri latihan Bro_Lan rupanya diperhatikan oleh 'sepasang kekasih' yang workout bersama-sama. Ingat lagi pengalaman Bro_Lan dengan couple sebegini? Here we go again...

Si Pakwe cuba meniru gerak warm up single kettlebell waiter's carry yang Bro_Lan baru bikin sebentar tadi.



Kononnya Si Pakwe ingin tunjuk ajar Si Awek dan terus dia angkat sebijik 16kg!Bro_Lan tiada masalah jikalau Si Pakwe ingin ikut/tiru workout yang dia buat, akan tetapi pastikan teknik itu betul!!!

Siku Si Pakwe yang kurus melidi itu asyik bengkok dan dia hanya mampu jalan dua tiga langkah sajer kemudian letak balik kettlebell 16kg itu. Pelik betul Bro_Lan, dia yang badan agak sado susah mendapat GF, brader/budak yang kedi/kurus/tulang jugakyang sering amoi/awek teruja! #Seriously_Tak_Paham_Aku

Masalah siku tidak lockout sepenuhnya ini ada dua faktor utama :


  • Terpengaruh dengan idea latihan bina badan yang mahu anda jangan lock lutut dan siku agar dapat rasa pumped.
  • Daya tahan siku yang semakin berkurangan pabila meningkat usia.
  • Atau kedua-duanya sekali.
Untuk pengetahuan anda sukan seperti gymnastik dan angkat berat (olympic lifting, power lifting dan sukan kettlebell) sangat memerlukan straight arm strength disebabkan jikalau siku/lutut bengkok, ulangan/set/percubaan anda tidak dikira (disqualified)!


Latihan tahan bergayut adalah salah satu cara atasi masalah siku bengok ini.




Lemah atau kurang activation otot bahu bahagian belakang (posterior delts) juga dikenalpasti sebagai salah satu punca siku itu asyik membengkok kalau bikin overhead lifts. Gerak T-Y-I dalam video diatas adalah satu lagi senaman yang diajar oleh Bro_Lan selain hamstring dalam kelas latihan suspension dan disini hampir 90% kaki gym yang ikuti kelas itu bengkok habis tangannya!


Baik abang bodybuilder mahupun awek selfie lentik macam itik, hampir semuanya 'tewas' dengan T-Y-I ini! Maka dengan itu, Bro_Lan menjadikan senaman ini dan gerak untuk kuatkan hamstring sebagai 'jurus wajib' setiap kali kelas sebab kaki-kaki gym semuanya langsung tidak buat (kalau ada buat pun mungkin sebab sudah injured/rehab) pabila workout!

Kuat straight arm strength = boleh pergi jauh dalam sukan-sukan angkat besi and gerak gymnastik. Enough said!


Bayangkan jikalau Iron Tamer David Whitley ni bengkok sikunya pabila julang Bro_Lan?!

Rabu, 6 Februari 2019

Hamstring Cramp Buat Glutes Brigde @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Tahun 2019. Kelas pertama Bro_Lan di The Starling Mall, Damansara Utama.Gym ini ada bilik khas untuk kelas latihan suspension, antara kelas yang boleh Bro_Lan ajar disamping magnum opus nya : kelas kettlebell.

Dia mengambil alih kelas itu daripada seorang jurulatih kanan yang 'lompat parti' ke franchise gym yang lain. Jurulatih berkenaan seorang makcik otai dan Bro_Lan terpaksa 'keep up the pace' untuk ikuti demand member gym disitu.



Lagu memori ketika kolej dahulu menjadi cool down buat kelas petang itu.Ramai juga yang ikuti kelas dan selesai kelas ada yang 'stay back ' untuk bertanya pasal senaman pada Bro_Lan.




Amoi Hot Legging Kelabu:"Every time I did hamstring exercise on the strap, that muscle cramping!Did I do it wrongly? Should I engage the core too similar to the abs roll out as we did at first half of the class?




Bro_Lan : "Yes, try that now with the strap.Keep your ribs cage down and slightly tuck the tailbone under."


Amoi berkenaan pun terus mencuba tips berkenaan dan hamstring nya tidak lagi begitu meragam berbanding sebelumnya.

Amoi Hot Legging Kelabu : "Wow, thanks Azlan!"

Bro_Lan : "That is the reason we do core first then total body work during the class so that you can use them in every moves."

Masalah tegang otot hamstring semasa bikin glutes bridge atau hamstring curl dengan bola/suspension trainer ;



sering terjadi pada hampir semua kelas yang Bro_Lan ajar. Punca utama ialah:
  • Otot punggung dan perut lemah atau tidak aktif semasa buat gerak berkenaan.
  • Pinggul (hip flexors) dan pinggang (lower back) terlalu tegang dek terlalu banyak duduk/inactive.
  • Kombinasi dua masalah diatas.
Apa yang Bro_Lan dapati dalam pelbagai kursus/bengkel kecergasan dan meluangkan masa mencari informasi tambahan di internet (banyak yang perlu ditapis juga) sangat membantu menambah baik teknik pengajarannya.

Buat member yang menghargai dan ngam dengan pendekatan 'attention to details' oleh Bro_Lan , dia ucapkan terima kasih setulus hati dan berusaha untuk upgrade lagi.

#BeGrateful