Sabtu, 12 Januari 2019

Otot Mana Perlu Kuat Untuk Angkat Kettlebell (Bhg5)

Selamat bertemu kembali.



Paulie : "Si Rocky ini patutnya sambung berlatih di gym, dia bukannya ikan tuna."

Apollo : "Dia kuat tapi dia kena belajar gunakan otot-otot yang dia sendiri pun tak tahu otot tu ada!"

(Lebih kuranglah terjemahan adegan filem Rocky 3 diatas.Salah, silap,kurang mintak ampun!)

BELAJAR DARI FILEM ROCKY 3
Pabila ada pertandingan atau program sijil latihan kettlebell, perlu untuk
saya  bersiap sedia.Perkara pertama yang perlu dibuat adalah mengkaji kelemahan yang boleh diperbaiki daripada sayembara/kursus sebelumnya.

Tahun 2018, saya berhasrat untuk kembali bertanding sukan kettlebell dan memperbaharui sijil Strong First yang perlu renew setiap dua tahun. Cabaran yang saya hadapi adalah kurang daya tahan dalam acara double kettebell jerk dan pancit/semput pabila bikin ujian snatch 5 minit.

Saya perlu kenal pasti apa yang menjadikan punca kurang daya tahan itu.Ada dua masalah utama :

  • Otot tangan cepat lenguh pabila jerk terlalu lama.
  • Senaman pada posisi internal rotation begitu 'susah'. Pencerahan ini saya 'temui' sesudah kerap ikuti kelas pilates reformer.  




Untuk mengatasi isu pertama, yakni cepat lenguh itu, saya perlu bikin lebih banyak 'pain tolerence' dengan static hold seperti video dibawah;



dan ikuti kelas yang fokus pada melengguhkan otot seperti Body Pump.




Kelas macam ini nampaknya bagus untuk saya.Senaman yang jarang buat (kekangan masa atau tiada dalam program kettlebell) seperti biceps curl, tricep extension dan chest flys ada dalam aturan kelas ini.Otot memang pumped lah walaupun angkat ringan saja tetapi itu yang saya perlukan :Otot Tahan Lenguh

Issu kedua pula sayaatasi dengan banyak kiuti kelas pilates dan merujuk nota-nota dari kursus-kursus yoga sebelum ini. Perkara menarik ; guru yoga saya  Michelle Lam , physiotherapist 


namanya bermula dengan huruf M dan guru pilates saya Melissa Zecha,kaki racing go-cart :



pun namanya bermula dengan huruf M! Cross path dengan dua orang guru ini banyak memberi 'pencerahan' dalam perjalanan ilmu latihan jasmani selama 13 tahun ini. 



Senaman kettlebell dan compound barbell lifts seperti squat dan hip hinge (deadlift dan swing) sangat external rotation dan extension dominance :

  • kaki mesti terkangkang dan tak boleh ada knee valgus.
  • bahu dan dada mesti terbuka luas dalam setiap ulangan.
  • sebarang usur bongkok sabut adalah ditegah sama sekali!
  • Syarat-syarat ini kalau dilanggar, anda sudah 'berdosa besar' dalam ilmu angkat barbell/kettlebell.
Semua syarat ini sedikit sebanyak mempengaruhi gerak dan struktur badan saya sehinggakan hampir semua senaman yang berbentuk trunk flexion dan internal rotation (berlawanan dengan syarat-syarat diatas) adalah 'bahaya' dan perlu dijauhi!

Dua orang guru ini memberi kesedaran pada saya yang gerak badan manusia perlu kedua-dua unsur :

  • internal dan external rotation
  • flexion dan extension
baru ia dapat berfungsi secara maksima.Mereka faham kerjaya/latihan saya sebagai guru kettlebell dan sering beri nasihat untuk menguatkan/berlatih unsur gerak yang saya neglect agar dapat keseimbangan.( Insha Allah dalam catatan-catatan akan datang akan saya kupas lagi bab ini)

Nasihat mereka saya ikuti setakat yang mampu dan hasilnya dalam pertandingan dan kursus tahun lalu sangat memberangsangkan.Gerak saya bertambah baik, kekuatan dan stamina bertambah mantap dan injury free!

****************************************************************
Apollo  nampak akan perlunya Rocky berenang sebagai cross training dan general physical preparedness (GPP) untuk bangkit semula sesudah dikalahkan Clubber Lang.

Pendekatan yang revolutionary ini menjadi staple kebanyakkan jurulatih masa kini dan sebab utama canon filem Rocky terutama adegan montaj latihannya masih jadi kegemaran kita untuk menontonnya...

 

Selasa, 1 Januari 2019

Clean & Snatch : Antara Barbell Dengan Kettlebell (Episod 5)

Salam pertemuan.
Mari kita sambung syarahan dari episod-episod sebelumnya. Teruskan membaca.Harap dapat membantu dan menaikkan semangat anda dalam berlatih.


Variasi Deadlift dan Rack Pull

Syarah Persamaan Teknik/Latihan Barbell & Kettlebell
Platform angkat berat serta adjustable squat rack adalah 'sahabat' anda dalam penguasaan clean/snatch,both barbell and kettlebell.Jikalau gym anda memiliki kedua-duanya ditambah bumper plates yang tahan dihempas, jangan disia-siakan malah perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Tahun 2017 dan 2018, squat rack diatas jadi 'teman' untuk bikin variasi senaman rack pull.



Carryover senaman ini dalam penguasaan teknik-teknik senaman kettlebell begitu banyak, lebih daripada smith machine hip thrust yang sering saya gunakan.Pabila pergi berlatih digym yang ada squat rack seperti ini, jikalau tidak ada orang lain menggunakannya, saya terus parking' disitu terlebih dahulu.


Suatu petang sesudah berlatih rack pull at the knee, saya gatal nak snatch 24kg untuk tiga minit, kurang dua minit daripada Ujian Snatch 100 reps Kursus Strong First itu.



Dapat 60 ulangan walaupun keletihan sesudah angkat barbell dan power setiap hayunan begitu memberangsangkan!Pendek kata, senaman ini berkesan untuk boost teknik-teknik kettlebell.



Atlit angkat berat olimpik berlatih pelbagai variasi deadlift untuk memperbaiki kelemahan dalam acara tersebut. Setiap teknik dihalusi dan dipecahkan kepada beberapa peringkat seperti yang pernah dijelaskan pada Episod 1

Pulling from the block dan deficit deadlift adalah antara variasi deadlift yang digunakan. Mustahak untuk anda ketahui variasi mana yang anda perlukan untuk penambahbaikan teknik dan sekaligus meningkat poundage.

Tiada undang-undang hitam putih dalam variasi sebegini. Ada atlit yang dapat impak maksima dari block pull dan ada pula tarik dari platform setinggi dua inci.Disinilah letaknya kaedah cuba dan jaya atau trial and error kepada jurulatih untuk mendidik atlitnya.

Kunci utama : 

  • Masukkan deadlift atau variasinya yang sesuai/berkesan dalam latihan.
  • Pandu uji teknik dan bebanan yang sesuai dengan variasi itu.
  • Buat penilaian sesudah tempoh 4-12 minggu berlatih dengannya.
  • Jikalau ada penigkatan mutu dalam teknik-teknik asas atau bebanan yang diangkat bertambah, itu bagus.
  • Kurang menjadi? Cari variasi lain dan mulakan semula seperti langkah-langkah diatas.
Bersambung...