Sabtu, 22 Disember 2018

Pergi Gym Buat Glutes Kickbacks Pastu Selfie! @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Lagu cool down itu Bro_Lan pasang sementara menunggu orang datang ke kelasnya pagi itu.Hujung tahun begini memang kelasnya sering tidak ada orang dek cuti Krismas dan Tahun Baru.




Sesudah menunggu hampir 30 minit, dia pun 'tutup kedai' sebab confirmed seorang pun tidak datang.Ada sedikit masa terluang sebelum dia bergerak ke job yang berikutnya, maka dimanfaatkan untuk berlatih kettlebell jerk dengan erg rower.



Dia berusaha untuk pastikan setiap ulangan senaman itu dibuat sebaik mungkin dengan teknik yang betul. Dia mengangap semua sesi latihan adalah mustahak dan setiap sesi merupakan 'meditasi' buatnya.



Walau bagaimanapun, gelagat dan ragam orang lain di gym itu tetap 'menarik perhatian'.Ada satu amoi badan macam model catwalk bersenam dekat kawasan 'functional training' itu.


Amoi model itu hanya jogging di treadmill kemudian bikin abs (tekan tubi, planks), lunges sikit-sikit, donkey kick untuk glutes, selfie/swafoto kemudian buat regangan sikit jugak kemudian blah!

Dalam hati, Bro_Lan rasa geli hati juga, sebab orang seperti amoi ini boleh sahaja jogging di taman kemudian bikin abs/core/glutes di situ, kalau tidak pun buat senaman-senaman itu di ruang tamu rumah sendiri daripada buang duit belanja dekat RM200 sebulan bayar yuran gym.

Rugi kalau alatan dan kelas di gym tidak dimanfaatkan sepenuhnya.Banyak yang Bro_Lan lihat join gym sekadar memenuhi gaya hidup alaf baru dan bersosial tanpa betul-betul mahu bersenam.

Terpulanglah sebab duit masing-masing,bagaimana mereka membelanjakannya bukan urusan Bro_Lan.Matlamat utamanya adalah memberi tunjuk ajar sehabis baik pada anak didik dan berusaha upgrade tahap kecergasannya di gym itu. #JanganBikinSibukHalOrang

Sabtu, 8 Disember 2018

Brader Rambut 70's Kacau Workout @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...


'Meditasi'. 'Hening cipta'. Begitulah pendekatan Bro_Lan pabila berlatih angkat besi, tak kiralah barbell mahu pun kettlebell.Dia berusaha untuk memanfaatkan setiap ulangan, setiap set dengan  segala macam muscle activation / persediaan mental sebelum mula pegang besi-besi itu.

Sesudah habis mengajar kelas abs sculpting di gym malam itu, dua bijik 28kg pun dicapai olehnya. Program double kettlebell overhead press dan front squat dia kena habiskan sebelum pulang.



Penuh tumpuan dia menjulang dua bijik besi itu dan memastikan tekniknya in check.Berat badannya kini antara 66-68kg dan besi-besi itu kurang 8-10kg lagi daripada bodyweight itu.Mengah juga dia mengangkat. Dia perlu tenang untuk merehatkan badan dan minda untuk beberapa set lagi.



Sedang dia 'bermeditasi' itu, datang seorang brader ingin berbual dengannya Fesyen rambutnya bgai penyanyi tahun 70an kelihatan seakan-akan Latif Ibrahim tetapi muka brader ini mirip sangat Rhoma Irama.
(Bebudak sekarang tak kenal dua penyanyi lama ni!)



Brader Rhoma Irama:Tak pakai weight belt ke? Boleh injured pinggang nanti!


Agak bengang jugak Bro_Lan pabila brader ini menganggu latihannya malam itu.

Bro_Lan : Dah biasa, dekat 11 tahun dah main kettlebell ini. (Nada bengang)

Brader Rhoma Irama : Ada kawan pun katanya dah biasa main ini tapi injured jugak!Katanya salah kasut.

Bertambah bengang Bro_Lan dengan kenyataan susulan brader itu. Akan tetapi teringat akan dia nasihat Al Habib  dalam suatu majlis agar bersifat tawadhuk, rendah diri, jangan ego...



Dia berusaha terus-menerus untuk menundukkan rasa tinggi diri ketika meyambung perbualan dengan brader itu. Rupanya brader itu memang suka berbual dan berkenalan dengan orang-orang di gym itu.

Sedarlah akan Bro_Lan yang dirinya perlu lebih banyak bersabar dan memperbanyakkan hadir pengajian di majlis-majlis Al Habib pada minggu itu.Akhirnya dapat juga dihabiskan latihan kettlebell pada malam itu bersama pengajaran mendidik hati...

 

Clean & Snatch : Antara Barbell Dengan Kettlebell (Episod 4)

Selamat bertemu kembali.
Ini adalah sambungan tiga siri yang lalu.Berikut adalah latihan persiapan sebelum anda 'bertemu jodoh' dengan jurulatih angkat berat atau kettlebell yang boleh 'mendidik' anda agar badan/otot anda dapat 'cepat menangkap' tunjuk ajar mereka.


Goblet Squat Di SFG Italy 2013

Syarah Persamaan Teknik/Latihan Barbell & Kettlebell
Squat. Anda boleh bikin dengan bodyweight sahaja atau dengan barbell pun boleh, kettlebell pun boleh malah juga dengan dumbell.

Untuk anda menguasai teknik-teknik angkat berat Olympik dan gerak kettlebell, sangat perlu untuk berlatih squat dengan aneka ragam variasinya. Corak gerak (movement pattern) squat ini sangat banyak membantu anda untuk clean dan snatch dengan lebih baik.

Siri ini saya akan berkongsi beberapa variasi senaman squat, ada yang sukar dan ada pula yang mudah. Teruskan membaca.

GOBLET SQUAT




Anda boleh gunakan sama ada dumbell atau kettlebell atau medicine ball untuk senaman ini. Lihat video diatas, anda boleh lihat orang badan kecik,kurus, tegap, gemuk,tinggi, pendek,kaki dan tangan panjang/pendek squat dengan me'rai'kan badan masing-masing. Masing-masing punyai kelebihan dan kekurangan ketika bikin squat.

Faktor susuk tubuh ini mustahak bagi anda terutama para jurulatih ketika mendidik atlit/anak murid. Orang berkaki panjang misalnya, squat ini bukanlah 'teman baik' mereka, payah bagi golongan ini untuk mencangkung ke bumi.Maka perlu bagi kebanyakkan mereka ini sedikit ubahsuai tertentu semasa squat.

Apapun, hukum asas goblet squat ialah :
  • tulang belakang lurus tanpa kyposis (bongkok sabut) atau butt wink (bongkok tongkeng)
  • Kedua belah siku menyentuh inner thigh atau pangkal lutut celah kelangkang.
  • tapak kaki tidak berjengket sepanjang anda bikin goblet squat ini
Sekiranya anda hanya ingin kuatkan kaki, peha dan punggung serta tidak minat mahu masuk mana-mana sayembara angkat berat (powerlifting/weightlifting) atau pertandingan orang kuat, variasi squat ini cukup untuk keperluan anda. Ia boleh jadi satu macam met con juga untuk tingkat stamina pada masa yang sama untuk matlamat kekuatan tanpa hyperthropy otot-otot lower body itu. Akan tetapi sekiranya matlamat adalah ingin pergi jauh dalam dunia angkat besi ini, anda perlu progress pada variasi squat yang lain.

BARBELL BACK SQUAT
Program Body Pump oleh Les Mills
Anda pasti pernah lihat dan buat variasi squat ini sebab gerak inilah yang diajar hampir semua gym seluruh dunia.Anda juga pasti pernah baca, dengar, tengok, isu-isu yang timbul dengan senaman ini : butt wink, a** to grass, bahaya lutut lebih jari kaki,high bar, low bar, squat kaki ayam, squat dengan kasut minimalist/angkat berat, good morning-squat type,Squat gaya Rippatoe,Squat gaya Anderson...banyak lagilah senarainya bab Barbell Back Squat ini.

Pendek kata banyak syarah dan panjang bahasnya,adakala sampai bertegang urat anda atlit/jurulatih tertentu dek sebab berlainan gaya  tetapi brader kaki gym tetap juga bikin chest dan abs tak habis-habis,ada yang langsung tak squat!



Janganlah sebab cara anda squat dengan orang lain tidak sama, anda betul mereka salah...#berlapangdada

FRONT SQUAT
Bikin senaman ini dengan barbell atau pun kettlebell.Anda letak bebanan itu dihadapan badan dan abs akan 'fired up' lebih-lebih lagi jikalau cukup berat.



Jikalau dibuat dengan kettlebell,gerak ini lebih 'user friendly' pada pergelangan tangan berbanding dengan guna barbell.Akan tetapi jikalau anda serious dengan angkat berat olimpik, mahu atau tidak, wajib berlatih guna barbell.



Anda pasti lihat senaman wajib ini pada video atlit-atlit angkat berat yang anda follow di media sosial.They dig this exercise, hard and frequent, disamping gerak acara sukan mereka itu.


BAGAIMANA PULA DENGAN ZERCHER SQUAT DAN OVERHEAD SQUAT?
Dua variasi squat ini pun saya gemari untuk membina kekuatan, akan tetapi tidak saya syarahkan disini disebabkan :


  • Overhead squat(barbell dan kettlebell) memerlukan anda miliki kestabilan bahu, pinggul dan pergelangan kaki yang optima.
  • Zercher Squat pula anda perlu squat rack yang sesuai dan tahan sakit mengepit barbell itu.
  • Anda boleh progress lebih banyak bebanan dengan back squat dan/atau front squat tanpa discomfort dua senaman diatas.
  • Hanya sesudah otot dan sendi 'bersedia' untuk dua senaman ini, barulah anda mula berlatih secara perlahan-lahan menambah bebanannya.
Penuhkan volume latihan anda dengan goblet squat,back squat dan front squat, maka anda akan perolehi kekuatan kaki dan perut serta kawalan nafas yang diperlukan untuk menguasai teknik clean, jerk, press dan snatch baik kettlebell mahupun barbell. 

Bersambung...

Sabtu, 1 Disember 2018

Manfaatkan Waktu Dan Alat Senaman Di Gym @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Bro_Lan sama2 meregang otot dengan semua yang ikuti kelasnya pagi itu sambil layan lagu cool down di atas...

Beberapa orang 'regulars' kelas latihan circuit itu menghampiri Bro_Lan. Adakalanya ingin berbual atau tanya pasal fitness/diet dan dia berusaha melayan sebaik mungkin walaupun secara semula jadi dia adalah seorang introvert.

Amoi Nampak Baik : Kelas you I boleh follow. Ada kelas petang I joined last week, I boleh mati lorr!

Tersenyum Bro_Lan mendengarnya. Beberapa regulars yang lain setuju dengan kenyataan amoi tadi.

Bro_Lan : Maybe that's the style of that instructor. He/she maybe did circuit class yang buat macam-macam exercise then rotate until everybody finished.

Amoi Nampak Baik : Yes, macam itu. Tapi ramai orang lah evening.

Bro_Lan : Morning crowd kurang sikit, jadi kalau I buat banyak exercise,I susah monitor you guys especially for exercise form/techniques. Bila tak ramai, kita ada banyak space dan boleh guna semua tools.




Bro_Lan : In our class, we do our best to fully utilized these tools with basic yet important movement patterns like :

  • squat
  • lunges
  • single leg stance
  • push
  • pull
  • rotation
Semua senaman dalam kelas itu adalah gerak compound yang mustahak,jadi mereka yang ikuti kelas itu dapat bakar kalori dan tingkat stamina pada yang sama.

Untuk gerak asymmetry seperti imbangan satu kaki atau lunges, Bro_Lan akan minta mereka perhatikan sebelah mana yang kekok,goyang, lembik seterusnya bikin lebih sedikit pada bahagian itu sebagai injury prevention.

Inspirasi sistem seperti FMS ini menjadi nadi utama Bro_Lan untuk mengajar.

Perbualan itu pun tamat dan Bro_Lan buat workout sendiri pula. Hip Thrust guna Smith Machine dan variasi Rack Pull selalu menjadi jadi pilihan sebelum angkat kettlebell. Itu pun bergantung pada gym berkenaan kalau ada squat rack yang sesuai atau padding untuk hip thrust dia sudah sedia bawa dari rumah.



Dua senaman tersebut punyai carryover yang banyak pada prestasi  Bro_Lan samada ketika bersiap sedia untuk kursus Strong First mahu pun sukan kettlebell.


Pendek kata dia berusaha memanfaatkan waktu dan alat senaman di mana sahaja dia mengajar dengan pilihan senaman yang selamat serta berkesan untuk dirinya juga buat anak didik...

Ada ahli gym yang merasakan kelas Bro_Lan itu bosan, tak cukup agresif tetapi ada juga yang sebaliknya.Mana ahli yang 'jodoh' nya kuat dengan Bro_Lan, mereka datang ke kelasnya saban minggu tanpa jemu.

Sesudah 13 tahun jadi orang fitness, dia belajar dan semakin matang matang dengan aneka ragam karenah orang yang datang ke gym.

Dirinya ibarat seorang tukang masak dan gym itu adalah restoran/dapurnya. Mungkin resepinya ( program yang diajar dalam kelas berkenaan) terlalu manis/masin/tak sedap bagi satu kelompok, namun sedap menyelerakan pada setengah yang lainnya.

Buat dirinya, dia berusaha untuk 'masak' , 'hidang' dan berkhidmat sebaik mungkin setiap kali bertugas serta bersyukur kerna dapat kerjaya idaman sebagai jurulatih kecergasan...