Selasa, 27 November 2018

Sesudah 19 Bulan Pergi Bekam

Selamat Bertemu Kembali...


Cuba teka siapa model dalam gambar ini! :D

Lebih setahun yang lalu, telah saya tulis pengalaman awal berbekam secara rutin sekali sebulan.Buat anda yang telah membacanya dan timbul minat untuk berbekam, terima kasih saya ucapkan.

Kali ini saya akan sambung beberapa faedah lagi amalan berbekam daripada pengalaman sendiri sesudah 19 bulan. Sekurang-kurangnya sekali sebulan, insha Allah pasti saya berkunjung ke pusat bekam.

APA RASANYA BILA BEKAM BRO? SAKIT TAK? EEEE I TAKUT DARAH LAA!




Hahaha,anda tak perlu takut dan dramatik sangat kot bab berbekam ini.Prosedur ini cuma rasa pedih sedikit pabila jurubekam menghiris atau bikin insertion pada titik-titik bekam tertentu dan selepas itu anda akan rasa kenikmatannya.



Jikalau badan anda betul-betul dalam keadaan rehat dan tenang, maka kurang sedikit rasa pedih tusukan jarum atau hirisan pisau itu.Lainlah sekiranya anda terus berbekam selepas aktiviti berat, rasa pedih itu akan terasa sangat.Seboleh-bolehnya jangan terlalu lasak bergerak, bersenam sehari sebelum atau pada hari bekam berkenaan untuk kurangkan rasa pedih itu.



Seelok-eloknya pilih hari2 sunnah untuk berbekam iaitu setiap 17,19 dan 21 haribulan Hijriyah dan elakkan sama sekali berbekam pada hari Rabu melainkan jikalau sudah sakit sangat. (Ikut Sunnah Rasullah SAW).

APA YANG MENDORONG BRO BERBEKAM NI?



Hujung 2016 sehingga sepertiga awal 2017, rutin latihan #hardstylekettlebell memenuhi ruang waktu ; sijil #StrongFirst dan Tactical Strength Challenge. Badan saya ketika burn out dan perlu diservis 'overhaul'.

Saya pernah berbekam beberapa tahun sebelumnya akan tetapi pabila mutu pusat bekam yang biasa mengalami kemerosotan dek pemiliknya dok giler MLM berbanding servis bekam, menjadikan saya mencari alternatif.

Jodoh saya dengan Spa Bekam Ar Rayyan pun bermula.Cawangan mereka di Shah Alam menjadi pembuka dan beberapa bulan kemudian di Damansara pula.Cawangan di Shah alam itu diberitakan selalu fully booked sampaikan mereka terpaksa buka lagi dua cawangan di Setia Alam dan USJ untuk menampung permintaan yang banyak berkenaan.

Kakitangan cawangan Damansara pun sudah mengenali saya dan paling menarik jurubekam mereka adalah ahli terapi jasmani (physiotherapist).Sering terjadi sesudah/sebelum bekam darah,saya minta mereka bikin bekam luncur atau sedikit urutan sukan pada otot tertentu agar sebarang trigger point dapat 'dipecahkan'.

BIASA LA TU BRO,KALAU SELALU PERGI CAWANGAN ITU MEMANG LA DIORANG AKAN KENAL!BILA NAK CERITA PASAL BENEFITS BEKAM NI!?



1.Pertandingan Kettlebell yang best setakat ini.
Sehari sebelum acara ini saya bikin bekam api dan urut.Esoknya sampai ditempat acara, saya hanya perlu warm up sedikit dan terus beraksi.Performance yang bagus, tanpa kecederaan, cuma melecet tapak tangan sahaja sebab snatch.

2.Kursus Kettlebell yang produktif di Korea.



Tiga hari sebelum bertolak ke Korea, saya penuhi rutin #bekamsunnahtarikhsunnah dan pabila sampai, cuaca disana sudah mulai sejuk.Akan tetapi prestasi saya disana bertambah baik berbanding trip sebelumnya.

Bekam + Program Latihan Yang Sesuai & Tepat + Bantuan KakakYang Selalu Ke Korea + Doa Di Majlis Habib + Doa Ibu & Nenek = Rahsia Kejayaan.



3.Rutin berbekam sebulan sekali membantu saya kurang/kekal berat badan walaupun makan banyak (training pun banyak!) 

Kakitangan spa bekam yang perasan:

" Abang dulu masa mula2 datang gemuk sikit, sekarang dah lean sikit."

Disclaimer : Saya tidak menyarankan pada anda hanya bekam untuk lose weight, perlu gabungan jaga senaman + jaga mood/stress + jaga tidur + jaga makan. Cuma pada pengalaman saya yang hampir dua tahun  berbekam ini, ia sebagai added value dan mungkin juga sebagai pemangkin.

4.Kadar kecederaan semasa bersenam juga menurun
Rutin berbekam dan ditambah pengalaman dan pengetahuan dalam program senaman membantu kurangkan injury.Pabila otot atau sendi tertentu macam meragam sedikit, terus saya beritahu jurubekam dan mereka pun bekam di kawasan itu ,jikalau perlu disertakan dengan sekali dengan urutan.Biasanya sesudah berbekam, esoknya otot/sendi tadi rasa smooth untuk bergerak.

WAH, CAM BEST JER BENEFITS BEKAM NI BRO!!
Apa tunggu lagi, jom booking slot untuk bekam!Cari pusat bekam yang bersih dan klinikal kemudian enjoy! #selamatberbekam




Isnin, 19 November 2018

Pumping Penumbok Dorm 108 #Memori1998 @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...




Lagu diatas daripada #memori1998 menjadi pilihan Bro_Lan untuk kelas TRX Rip Trainer pagi itu.Hanya seorang yang hadir dan kakak tersebut tidak boleh push sangat sebab katanya dia ada frozen shoulder...



Ingatkan ramai yang ingin join kelas seawal jam 7 pagi itu, tetapi nampaknya tidak.Kakak yang sakit 'bahu beku' itu nampak macam familiar betul...

#Memori2010
Terpulanglah kalau mahu percaya atau tidak, kakak itu juga pernah datang berlatih dibawah Bro_Lan sewaktu dia bertugas di sebuah pusat senaman mesin Power Plate. Masalah yang serupa juga, bahu tidak kuat...

Selepas kelas terus dia bertanya kakak itu dan barulah si kakak teringat...

Kakak Sakit Shoulder : You can remember?! (nada terkejut)

Bro_Lan : Yes...(senyum sinis)

#Memori1998




Bro_Lan sedang sibuk menghabiskan fist push up tatkala lagu ini dimainkan di corong radio seorang kawan dalam bilik asrama itu.Undang-undang sekolah ugama itu ketat, kalau kantoi radio kawan tadi boleh dirampas oleh warden!

Bola Tricolor France 1998 milik seorang lagi kawan sebilik itu pun sudah dirampas dek dibawak bermain dalam bilik.Personally Bro_Lan tidak suka bersekolah situ walaupun aliran ugama.

Akan tetapi sekolah itu antara sumber inspirasi untuk beramal ibadah seperti kisah2 wali Allah yang dia baca di perpustakaan dan bersenam. Kawan-kawan yang kaki mengaji, rajin solat sunat menjadi antara yang rapat dan kawan atlet sekolah yang sering bikin pull up di birai pintu dorm merangsang minat Bro_Lan untuk berbadan tegap (istilah sado belum wujud lagi 20 tahun yang lalu...) 

Fokusnya waktu itu :

  • Dapat semua A dalam semua subjek.
  • Puasa tiga bulan iaitu Rejab,Shaaban dan Ramadan.
  • Kuasai lagu Rast, Jiharkah,Nahwand dalam kelas kemahiran Quran.
  • Build up strength & stamina untuk tryouts acara2 sukan tahun depan.
  • Melobi diri sendiri untuk dilantik sebagai ketua pengawas dan/atau ketua badan dakwah.( kes gila pangkat ni!)

Banyak hasrat diatas tidak kesampaian sebab dasarnya : Cinta Dunia , bukan mahu cari Cinta Allah dan Rasul...Pendek kata Bro_Lan 'dihukum teruk' ketika itu kerana terlalu mengejar nama dan kemegahan...

Kembali Ke Tahun 2018... 



Nasihat Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari dalam video diatas kena tepat pada jiwa Bro_Lan pabila terkenang #Memori1998 itu.Dia insaf dan perlu sentiasa ambil pengajaran dari pengalaman itu.Apapun dia habiskan sedikit latihan kettlebell sebelum pulang...

Sabtu, 10 November 2018

Jacobs Ladder & Long Cycle (BHG3)

Selamat bertemu kembali...


Jikalau gym anda ada mesin mendaki ini, saya sarankan cuba walaupun hanya sekali.Panjat mesin ini memang penat dan kebarangkalian untuk anda membencinya adalah tinggi.

Siri latihan dengan gerak kettlebell dengan mesin ini hampir setahun tidak menemui anda.Kesibukkan kerja dan berlatih beberapa program double kettlebells menjadikan saya berehat sebentar daripada menggunakan Jacobs Ladder ini.

Baiklah , mari kita sambung kembali.Harap catatan ini berguna untuk anda.



DARI MANA BRO DAPAT ILHAM WORKOUT CARDIO + KETTLEBELLS INI?


Inspirasi daripada buku ini.Seorang bekas anggota Green Barret USA bikin 25 snatch/swing kemudian jogging keliling stadium, kemudian 20 ulangan, sampailah 10 ulangan. 

Jikalau tidak mahu berlari, bikinlah jump rope. Masih belum mampu swing/snatch 25 ulangan, bikin 10 ulangan ,jogging satu pusingan, ulang untuk beberapa set.



Ringkas tetapi tidak mudah program yang dibuat oleh komando USA ini.Sama sekali saya tidak menyangka template ini masih berkesan buat diri saya walaupun hampir 12 tahun yang lalu membaca buku itu. 

Pendek cerita, program ini sustainable dan saya tidak teragak-agak untuk mengulanginya untuk beberapa kali. Hanya satu senaman cardio selang seli dengan satu senaman kettlebell.

Apa yang berbeza ialah senamannya. Tempoh 11 tahun menghayun kettlebell memberikan beberapa insight untuk ubahsuai sedikit program ini. Double kettlebell snatch atau long cycle menjadi pilihan sebab carryover pada girevoy sport atau ujian kursus Strong First itu lebih banyak berbanding dengan swing/snatch satu tangan.

Jikalau anda ingin mencuba template ini , sila gunakan :

  • kettlebell yang tidak terlalu berat atau terlalu ringan, bergantung pada kekuatan atau pengalaman anda. 16kg atau 20kg atau 22kg sesedap rasa buat saya. 24kg boleh tetapi mulai terasa beratnya.Pilih bebanan yang anda boleh bikin 10-20 ulangan yang boleh buat dengan baik tanpa banyak berhenti ambik nafas sebab kettlebell itu berat sangat.
  • senaman cardio itu adalah berupa 'long steady distance' bukan 'high intensity interval training' atau 'tabata'.Hal yang ini mustahak untuk anda tahu, fokus tenaga anda pada senaman kettlebell tadi dan jadikan cardio itu sebagai 'active rest'. 
  • sudahkan workout ini antara 20 hingga 60 minit, bergantung pada stamina  atau energy level anda pada hari berkenaan, 2-3 kali seminggu.
Bersambung...