Selasa, 19 Jun 2018

'Natural Gift' ? #NoSuchThingForMe @Bro_Lan

Salam pertemuan...



Track untuk chest training dalam kelas Body Pump tengah hari itu guna lagu old skool di atas! Bro_Lan tidak dapat tidak #syoksendiri nyanyi bersama sambil bikin chest press ikut tempo amoi jurulatih kelas itu!

Biasanya Bro_Lan adalah #AbangMelayuDiTengahAmoi dalam kelas itu.Amoi2,leng chai dan auntie2 ini biasanya tak berapa layan sangat kalau track senaman dalam kelas itu pakai lagu2 semacam Guns & Roses ini!Lantaklah janji dia enjoy sebab biasanya kelas2 Les Mills ini asyik pakai musik2 techno atau remix,sesekali ada rock 80an atau 90an best jugak.


Hampir 10 tahun Bro_Lan tidak masuk kelas Body Pump ini. Banyak memori yang menggamit jiwa sejak kelas2 terakhir yang dia join di satu gym komersil di Mutiara Damansara itu...

Satu Pagi Di Tahun 2007... 

Uji bakat untuk calon2 tenaga pengajar Body Pump akan berjalan sebentar lagi.Bro_Lan yang baru setahun jagung dalam bidang fitness pun mahu mencuba nasib. Motivasi utama = Amoi gym instructor senior yang dia minati dalam diam itu masuk nama sekali.

Pendek cerita,Bro_Lan gagal pada hari itu. Dia kelihatan canggung, terkial-kial dia angkat barbell itu, teknik senaman tidak menepati standard dan tempo kiraan geraknya lari jauh...Complete failure lah kalau ikut standard master trainer itu...

Sebab utama = Kurang bersedia. Tahun2 awal penglibatan Bro Lan dalam kebanyakkan bidang yang diceburi pasti banyak salah dan silap. Pendek kata dia langsung tiada natural gift dalam apa sajer lapangan pun sejak dari kecil hingga saat dia duduk diam menerima feedback daripada master trainer itu.

Terus dia teringat satu lagi insiden yang berlaku semasa dia belajar di madrasah dahulu...

Satu Pagi Di Tahun 1997... 

Uji bakat masuk Kelas Kemahiran Al Quran itu telah Bro_Lan hadiri. Ustaz tukang test itu pulak menggunakan Rasam Uthmani yang Bro Lan belum begitu cekap lagi berbanding Quran Majid yang memang dibacanya semenjak kecil.

Sekali lagi dipendekkan cerita, namanya tidak ada dalam senarai pelajar yang dipilih ke kelas khas itu.Mula2 kecewa jugak sebab hasrat utama dia masuk madrasah itu ingin jadi qari/guru ugama. Dia bertekad untuk cuba nasib tahun hadapan pula.

Setiap hari sesudah solat zohor atau sebelum maghrib , dia akan baca satu muka Quran Rasam Uthmani itu secara slow and steady.Satu ayat diulang sebanyak tiga kali dengan memastikan kefasihan dan hukum tajwidnya betul. Pabila surau madrasah mainkan bacaan Imam2 Masjidil Haram sebelum masuk waktu solat, dia dengar baik2 sebagai rujukkan.

Tahun 1998, Bro_Lan berjaya masuk kelas itu dan #Alhamdulilah dia menjadi antara pelajar terbaik...


Situasi yang sama, cuma tempat dan individu terlibat sahaja berbeza. Apa yang Bro_Lan dapat belajar dari pengalamannya adalah jangan berputus asa dan banyak bersabar serta teruskan berdoa.

Kelas Body Pump pada tengah hari itu pun tamat. Puas hati betul Bro_Lan sebab kelas itu jadi penutup sesi barbell hip thrust, rack pull below the knee, barbell stationary lunges dan kettlebell complexes yang dihabiskan sebelum kelas bermula.


Dia bersyukur dengan banyak penambahbaikan sepanjang hampir 13 tahun kerjaya dalam bidang kecergasan dan berhasrat ingin memberi inspirasi kepada orang lain pula...