Jumaat, 23 Mac 2018

Uncle & Auntie Di Gym #HormatOrangTua @Bro_Lan

Salam pertemuan...


Minggu ini Bro_Lan kembali ke gym di Galeri Beli Belah Atria itu. Kelas pagi juga. Lagu cool down kali ini pun dimainkan tanda kelas sudah sampai ke penghujungnya...



Ada beberapa orang uncle dan auntie yang join kelas pagi itu. They enjoyed his class dan bertanya pada Bro_Lan adakah dia akan mengajar lagi disitu minggu hadapan? Bro_Lan jawab itu kena tanya pihak pengurusan sebab dia hanya tenaga pengajar gantian untuk kelas-kelas itu.

Melihat reaksi kelompok ini, dia rasa terpanggil sesudah kelas untuk tukar lagu cool down berbentuk oldies 70an pada minggu hadapan untuk meraikan mereka...



Jikalau 15 ke 20 tahun dahulu,memang dia sendiri tidak mampu melayan lagu-lagu lama ini!Agaknya pabila umur dah meningkat ini emosinya menjadi lebih stabil dan tidak lagi gila mengejar kemasyhuran di mata manusia berkat pergi/hadir ke majlis2 Habib...


Dalam majlis-majlis berkenaan, dia melihat banyak kali pabila ada orang tua/berusia lanjut salam cium tangan dengan mana-mana Habib, Habib berkenaan pasti cium tangan orang tua itu pula tanpa segan silu tanda begitu hormat memuliakan orang yang lebih berusia!

Dia begitu terkesan dengan adab dan akhlak Habib-Habib berkenaan.Perlahan-lahan dia tune down sikit dan berusaha memuliakan orang tua walaupun ada kalanya perangai golongan ini sedikit tidak menyenangkan hatinya. Maka disitu pula dia perlu belajar bersabar...
 

Otot Mana Perlu Kuat Untuk Angkat Kettlebell (BHG3)

Selamat bertemu kembali...



"Selain hamstring dan upper back, otot glutes, dan lats perlu kuat untuk angkat kettlebell." soalan si Yen itu saya jawab. Kumpulan otot ini adalah 'power house' anda untuk beraksi cemerlang.

GLUTES
 


Kumpulan otot yang paling saya minati untuk dilatih!Tambahan pula dengan genetik Hindustan dan Portugis (punggung lebar, peha dan betis kecik) daripada sebelah arwah abah menjadikan #bootybuilding itu mudah buat saya!Berikut adalah manfaat yang saya perolehi pabila konsisten menguatkan/membentuk otot glutes:
  • Hip snap/lockout untuk #hardstylekettlebell sangat luar biasa!Sangat mustahak untuk jaga pinggang anda agar jangan terlalu melentik lebih-lebih lagi ketika swing/clean/snatch.
  • Direct butt training menjadikan anda lebih mudah untuk aktifkan glutes dalam hampir semua aktiviti fizikal : lompat,panjat,lonjak,lari,pusing,julang atas, squat,press,pull up
  • Guy with cute butt?!Ladies loved it!Enough said
  • Kekuatan otot punggung yang diimbangi dengan hamstring dan quadriceps adalah salah satu kunci elak sakit lutut dan sakit pinggang
Dewasa ini sudah banyak kajian/penemuan/senaman pasal otot glutes ini yang anda boleh cari/guna pakai di alam cyber, rajin atau tidak sahajalah jadi penentu...
LATS
 


Sama mustahak dengan dengan glutes.Jikalau kekuatan otot punggung membantu anda elak sakit pinggang dan lutut, otot lats bersama rotator cuff menolong anda untuk elak kecederaan bahu/belikat.

Mendagu dan Lat Pulldown sering digunakan untuk latihan otot ini tetapi ada lagi dua senaman yang ramai terlepas pandang; Snatch Grip Deadlift/Rack Pull/Block Pull dan Pullover.



Snatch grip ini perlu jadi teman anda sekiranya anda ingin lats yang lebar dan tebal.Pullover pula menolong anda bukak dada (thoraxic extension) serta melatih otot-otot lain seperti triceps, dada dan perut.

Mendagu + Snatch Grip + Pullover = Rahsia old time body builder membentuk torso/belikat mereka.Buat anda yang kaki main kettlebell, kekuatan belikat ini sangat membantu untuk elak kecederaan pada bahu dan menjadikan besi anda itu 'rasa ringan' untuk dihayun.

Bersambung...

Ahad, 18 Mac 2018

Awek Dan Pakwe Training Di Gym @Bro_Lan

Salam pertemuan...

Pagi Jumaat itu kelam-kabut juga Bro_Lan ambil alih ganti mengajar dua kelas group exercise di gym pusat beli belah Atria itu.Memang #bidanterjun ,kata omputeh : ad hoc.Barangkali tenaga pengajar itu ada kecemasan dan Bro_Lan juga jarang menolak peluang untuk dapat duit lebih...



Selesai sudah dia mengajar dan lagu diatas jadi musik cool down.Lagu yang dia curi-curi tonton di tv asrama semasa di madrasah 20 tahun dahulu, #Memori1998 ,masih lagi mencuit hatinya yang penuh sentimental itu...

Sesudah dia mengemas apa yang patut di studio utama gym itu, dia melangkah keluar menuju bahagian free weight pula. Masih banyak lagi program latihan yang perlu dia perabis sebelum bergegas ke Masjid Jamek Kuala Lumpur sebab lepas Jumaat nanti Habib Najmuddin dan kumpulan qasidah Nur Ahli Badar ada buat bacaan Mawlid Dhiya' ul Lami' .


Minggu itu pula dia banyak missed majlis-majlis Habib dek banyaknya kelas perlu diambil alih sebab tenaga pengajar cuti Tahun Baru Cina, oleh sebab itu majlis lepas solat Jumaat ini dia tidak mahu ketinggalan...

Sedang dia berlatih, datanglah sepasang merpati dua sejoli (boyfren  dengan gelfren lah!) ke area free weight itu untuk angkat besi juga.Si boyfren badannya belum lagi sado dan si gelfren nya nampak macam kurang sikit keyakinan dirinya.Memang perkara biasa kalau orang baru/jarang masuk gym rasa janggal, takut-takut tetapi lama kelamaan akan serasilah nanti.

Si boyfren sibuk dengan ikut workout plan ahli bina badan tertentu yang baru dibacanya dari majalah kecergasan tertentu dan dia berlagak macam trainer menyuruh gelfren buat benda yang sama.Dia tak kira jikalau postur si gelfren bongkok sabut bikin bent over row, knee valgus ketika  back squat dan badan beroleng-oleng macam naik kolek buat biceps curl,yang penting workout itu mesti dia habiskan.

Kesian pula Bro_Lan tengok si gelfren.Pasti si gelfren hanya ingin : badan ramping macam Zoe Saldana,kempiskan perut, otot punggung yang ehem-ehem, tak mau triceps macam chicken wings dan yang seumpamanya.

Tak boleh ke si boyfren bikin workout body builder itu pada hari lain dan buat research sikit workout ape yang seswai buat buah hatinya itu kemudian training sama-sama dan berpacaran pada waktu yang sama?Mungkin kot si boyfren masih muda remaja dan belum paham selok-belok cinta...



" Bro,tak gi sembahyang Jumaat ke?"tanya seorang kakitangan gym itu.Barulah Bro_Lan sedar dia asyik mengelamun bikin sibuk hal si boyfren dan gelfren sampai lalai! Itulah, busy body lagi! 

Cepat-cepat dia habiskan latihan dan bergegas pergi Masjid Jamek...