Selasa, 30 Januari 2018

Sudut Pandang Bro Lan : Sundang Cahaya Biru (khas Star Wars)

Salam Tahun Baru 2018...


Saya sudah pun pergi menonton Siri Ke 8 : Peperangan Bintang, malam pembukaan lagi! #JanganJeles #PeminatStarWars


Saya telah 'diberi amaran' oleh teman-teman yang belum pergi tengok supaya jangan rosakkan mood surprise mereka! #spoileralert Minat betul saya pada kisah-kisah Star Wars ini. Nostalgia menontonnya bersama arwah abah semasa kecil masih tersemat dalam ingatan. Kalau tidak Star Wars,kami berdua layan Highlander atau Rocky!#BondingFatherAndSon


Maka Star Wars ini ada nilai sentimental yang tinggi kerana pasti teringat menontonnya bersama arwah abah yang asyik mintak emak buat kopi susu setiap hari terutama ketika tengok tv. Tetapi tidak sampai macam adegan Pak Maon beli susu tin ini :



Memandangkan ramai yang sudah pergi tengok Episod 8 ini, saya kongsi sikit apa yang saya enjoy dari wayang gambar siri-siri Peperangan Bintang ini. Jikalau anda suka baca sudut pandang saya yang merepek, merapu meraban, kuat berimaginasi ini, belum tengok lagi Hulubalang Jedi Terakhir ini dan langsung tak minat Star Wars, boleh baca catatan yang lain. Bagi yang ingin tahu, teruskan membaca.

KETUA TURUS AGONG (SUPREME LEADER) SNOKE 'MATI BODOH' SAJER BADAN TERBELAH DEK LIGHTSABER!




Babak ini memang sangat mengejutkan!Disney mewar-warkan Snoke ini lebih berkuasa Dark Side daripada Maharaja Palpatinee dan Orang Kaya (Lord)  Vader tetapi adengannya tak sehebat manapun. Sedikit mengecewakan...

AKSI PERTARUNGAN KYLO REN DENGAN GURU JEDI LUKE SKYWALKER BOLEH TAHAN LAA!

 

Juga sekadar lawan sundang cahaya yang biasa-biasa sahaja.C'mon Disney, sekurang-kurangnya bikinlah sedap sikit macam aksi filem Tron Legacy beberapa tahun sebelum ini.



Walaupun Tron Legacy pun tak berapa jalan sangat di pawagam tetapi seronok jugak menontonnya.Pendek kata The Last Jedi ini tidak menepati citarasa hampir 55% (anggaran saya sendiri) peminat franchise Star Wars yang tegar macam saya ini.

Apapun, ia adalah satu cerita wayang yang menghiburkan dengan kesan visual yang lebih baik berbanding Siri 1 hingga Siri 6.Hilang jugak letih berlatih (saya workout dulu sebelumnya) saya pada malam pembukaan itu. Harap-harap Siri 9 adalah lebih baik.

Bersambung...

Siri akan datang : SEIMBANG DALAM LATIHAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan