Kru Xian Chow melatih Kurt agar dapat mengalahkan Tong Po dan sekaligus membalas dendam untuk abangnya,Eric.Kru menyuruh Kurt menendang tinggi tetapi kaki si Kurt tegang sangat!
Maka dengan itu, kaki si Kurt disangkut pada satu takal dan ditarik perlahan-lahan sampai bukaan kangkang yang dikehendaki.Menjerit-jerit si Kurt sakit tak tertahan dengan regangan bertali itu.
Adegan berikutnya adalah aksi-aksi latihan penaik semangat.Cerita yang hampir 30 tahun ini adalah antara filem seni beladiri kegemaran saya. Manakan tidak saya tonton cerita ini dan Bloodsport sewaktu di bangku sekolah rendah lagi...
Jean Claude Van Damme (JCVD) adalah antara pelakon aksi yang saya minati waktu itu. Badan dia sado (walaupun ada tanda masuk 'barang',majoriti kot bintang Hollywood era 80an dan 90an ambik streoid) tetapi boleh bikin side dan front split!Dalam erti kata lain, JCVD ini kuat dan lentur pada masa yang sama!
Pakcik ini pun masih lagi bersenam walaupun usianya sudah menghampiri 60 tahun.
Kita boleh ambik pengajaran daripada pakcik ini!In fact, pakcik ini sekali lagi menjadi motivasi saya untuk kembali melembutkan sendi dan urat sejak tahun 2015 'dihentam', 'dilanyak' dengan pelbagai program latihan berat dengan kettlebell, barbell dan bodyweight.
Pada hemat saya, latihan jasmani kita perlu ada kesimbangan :
- Sendi/otot perlu anjal dan mobile (biasanya orang lelaki kena selalu buat latihan regangan yang betul/tepat.)
- Sendi/otot perlu kuat dan tahan lasak (selalunya,orang perempuan pula perlu kuat dengan program latihan rintangan@resistance training yang tepat/betul.)
- Tidak overtraining mahupun undertraining. Just nice. Terlebih berlatih boleh sakit-sakit badan, kurang berlatih pula tak dapat result yang dikehendaki. 2-4 kali sesi latihan dalam seminggu pun OK.
- Kena cukup rehat/tidur juga.
Bersambung...
Siri akan datang : BUKA MINDA DALAM BERLATIH |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan