Sabtu, 22 Disember 2018

Pergi Gym Buat Glutes Kickbacks Pastu Selfie! @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Lagu cool down itu Bro_Lan pasang sementara menunggu orang datang ke kelasnya pagi itu.Hujung tahun begini memang kelasnya sering tidak ada orang dek cuti Krismas dan Tahun Baru.




Sesudah menunggu hampir 30 minit, dia pun 'tutup kedai' sebab confirmed seorang pun tidak datang.Ada sedikit masa terluang sebelum dia bergerak ke job yang berikutnya, maka dimanfaatkan untuk berlatih kettlebell jerk dengan erg rower.



Dia berusaha untuk pastikan setiap ulangan senaman itu dibuat sebaik mungkin dengan teknik yang betul. Dia mengangap semua sesi latihan adalah mustahak dan setiap sesi merupakan 'meditasi' buatnya.



Walau bagaimanapun, gelagat dan ragam orang lain di gym itu tetap 'menarik perhatian'.Ada satu amoi badan macam model catwalk bersenam dekat kawasan 'functional training' itu.


Amoi model itu hanya jogging di treadmill kemudian bikin abs (tekan tubi, planks), lunges sikit-sikit, donkey kick untuk glutes, selfie/swafoto kemudian buat regangan sikit jugak kemudian blah!

Dalam hati, Bro_Lan rasa geli hati juga, sebab orang seperti amoi ini boleh sahaja jogging di taman kemudian bikin abs/core/glutes di situ, kalau tidak pun buat senaman-senaman itu di ruang tamu rumah sendiri daripada buang duit belanja dekat RM200 sebulan bayar yuran gym.

Rugi kalau alatan dan kelas di gym tidak dimanfaatkan sepenuhnya.Banyak yang Bro_Lan lihat join gym sekadar memenuhi gaya hidup alaf baru dan bersosial tanpa betul-betul mahu bersenam.

Terpulanglah sebab duit masing-masing,bagaimana mereka membelanjakannya bukan urusan Bro_Lan.Matlamat utamanya adalah memberi tunjuk ajar sehabis baik pada anak didik dan berusaha upgrade tahap kecergasannya di gym itu. #JanganBikinSibukHalOrang

Sabtu, 8 Disember 2018

Brader Rambut 70's Kacau Workout @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...


'Meditasi'. 'Hening cipta'. Begitulah pendekatan Bro_Lan pabila berlatih angkat besi, tak kiralah barbell mahu pun kettlebell.Dia berusaha untuk memanfaatkan setiap ulangan, setiap set dengan  segala macam muscle activation / persediaan mental sebelum mula pegang besi-besi itu.

Sesudah habis mengajar kelas abs sculpting di gym malam itu, dua bijik 28kg pun dicapai olehnya. Program double kettlebell overhead press dan front squat dia kena habiskan sebelum pulang.



Penuh tumpuan dia menjulang dua bijik besi itu dan memastikan tekniknya in check.Berat badannya kini antara 66-68kg dan besi-besi itu kurang 8-10kg lagi daripada bodyweight itu.Mengah juga dia mengangkat. Dia perlu tenang untuk merehatkan badan dan minda untuk beberapa set lagi.



Sedang dia 'bermeditasi' itu, datang seorang brader ingin berbual dengannya Fesyen rambutnya bgai penyanyi tahun 70an kelihatan seakan-akan Latif Ibrahim tetapi muka brader ini mirip sangat Rhoma Irama.
(Bebudak sekarang tak kenal dua penyanyi lama ni!)



Brader Rhoma Irama:Tak pakai weight belt ke? Boleh injured pinggang nanti!


Agak bengang jugak Bro_Lan pabila brader ini menganggu latihannya malam itu.

Bro_Lan : Dah biasa, dekat 11 tahun dah main kettlebell ini. (Nada bengang)

Brader Rhoma Irama : Ada kawan pun katanya dah biasa main ini tapi injured jugak!Katanya salah kasut.

Bertambah bengang Bro_Lan dengan kenyataan susulan brader itu. Akan tetapi teringat akan dia nasihat Al Habib  dalam suatu majlis agar bersifat tawadhuk, rendah diri, jangan ego...



Dia berusaha terus-menerus untuk menundukkan rasa tinggi diri ketika meyambung perbualan dengan brader itu. Rupanya brader itu memang suka berbual dan berkenalan dengan orang-orang di gym itu.

Sedarlah akan Bro_Lan yang dirinya perlu lebih banyak bersabar dan memperbanyakkan hadir pengajian di majlis-majlis Al Habib pada minggu itu.Akhirnya dapat juga dihabiskan latihan kettlebell pada malam itu bersama pengajaran mendidik hati...

 

Clean & Snatch : Antara Barbell Dengan Kettlebell (Episod 4)

Selamat bertemu kembali.
Ini adalah sambungan tiga siri yang lalu.Berikut adalah latihan persiapan sebelum anda 'bertemu jodoh' dengan jurulatih angkat berat atau kettlebell yang boleh 'mendidik' anda agar badan/otot anda dapat 'cepat menangkap' tunjuk ajar mereka.


Goblet Squat Di SFG Italy 2013

Syarah Persamaan Teknik/Latihan Barbell & Kettlebell
Squat. Anda boleh bikin dengan bodyweight sahaja atau dengan barbell pun boleh, kettlebell pun boleh malah juga dengan dumbell.

Untuk anda menguasai teknik-teknik angkat berat Olympik dan gerak kettlebell, sangat perlu untuk berlatih squat dengan aneka ragam variasinya. Corak gerak (movement pattern) squat ini sangat banyak membantu anda untuk clean dan snatch dengan lebih baik.

Siri ini saya akan berkongsi beberapa variasi senaman squat, ada yang sukar dan ada pula yang mudah. Teruskan membaca.

GOBLET SQUAT




Anda boleh gunakan sama ada dumbell atau kettlebell atau medicine ball untuk senaman ini. Lihat video diatas, anda boleh lihat orang badan kecik,kurus, tegap, gemuk,tinggi, pendek,kaki dan tangan panjang/pendek squat dengan me'rai'kan badan masing-masing. Masing-masing punyai kelebihan dan kekurangan ketika bikin squat.

Faktor susuk tubuh ini mustahak bagi anda terutama para jurulatih ketika mendidik atlit/anak murid. Orang berkaki panjang misalnya, squat ini bukanlah 'teman baik' mereka, payah bagi golongan ini untuk mencangkung ke bumi.Maka perlu bagi kebanyakkan mereka ini sedikit ubahsuai tertentu semasa squat.

Apapun, hukum asas goblet squat ialah :
  • tulang belakang lurus tanpa kyposis (bongkok sabut) atau butt wink (bongkok tongkeng)
  • Kedua belah siku menyentuh inner thigh atau pangkal lutut celah kelangkang.
  • tapak kaki tidak berjengket sepanjang anda bikin goblet squat ini
Sekiranya anda hanya ingin kuatkan kaki, peha dan punggung serta tidak minat mahu masuk mana-mana sayembara angkat berat (powerlifting/weightlifting) atau pertandingan orang kuat, variasi squat ini cukup untuk keperluan anda. Ia boleh jadi satu macam met con juga untuk tingkat stamina pada masa yang sama untuk matlamat kekuatan tanpa hyperthropy otot-otot lower body itu. Akan tetapi sekiranya matlamat adalah ingin pergi jauh dalam dunia angkat besi ini, anda perlu progress pada variasi squat yang lain.

BARBELL BACK SQUAT
Program Body Pump oleh Les Mills
Anda pasti pernah lihat dan buat variasi squat ini sebab gerak inilah yang diajar hampir semua gym seluruh dunia.Anda juga pasti pernah baca, dengar, tengok, isu-isu yang timbul dengan senaman ini : butt wink, a** to grass, bahaya lutut lebih jari kaki,high bar, low bar, squat kaki ayam, squat dengan kasut minimalist/angkat berat, good morning-squat type,Squat gaya Rippatoe,Squat gaya Anderson...banyak lagilah senarainya bab Barbell Back Squat ini.

Pendek kata banyak syarah dan panjang bahasnya,adakala sampai bertegang urat anda atlit/jurulatih tertentu dek sebab berlainan gaya  tetapi brader kaki gym tetap juga bikin chest dan abs tak habis-habis,ada yang langsung tak squat!



Janganlah sebab cara anda squat dengan orang lain tidak sama, anda betul mereka salah...#berlapangdada

FRONT SQUAT
Bikin senaman ini dengan barbell atau pun kettlebell.Anda letak bebanan itu dihadapan badan dan abs akan 'fired up' lebih-lebih lagi jikalau cukup berat.



Jikalau dibuat dengan kettlebell,gerak ini lebih 'user friendly' pada pergelangan tangan berbanding dengan guna barbell.Akan tetapi jikalau anda serious dengan angkat berat olimpik, mahu atau tidak, wajib berlatih guna barbell.



Anda pasti lihat senaman wajib ini pada video atlit-atlit angkat berat yang anda follow di media sosial.They dig this exercise, hard and frequent, disamping gerak acara sukan mereka itu.


BAGAIMANA PULA DENGAN ZERCHER SQUAT DAN OVERHEAD SQUAT?
Dua variasi squat ini pun saya gemari untuk membina kekuatan, akan tetapi tidak saya syarahkan disini disebabkan :


  • Overhead squat(barbell dan kettlebell) memerlukan anda miliki kestabilan bahu, pinggul dan pergelangan kaki yang optima.
  • Zercher Squat pula anda perlu squat rack yang sesuai dan tahan sakit mengepit barbell itu.
  • Anda boleh progress lebih banyak bebanan dengan back squat dan/atau front squat tanpa discomfort dua senaman diatas.
  • Hanya sesudah otot dan sendi 'bersedia' untuk dua senaman ini, barulah anda mula berlatih secara perlahan-lahan menambah bebanannya.
Penuhkan volume latihan anda dengan goblet squat,back squat dan front squat, maka anda akan perolehi kekuatan kaki dan perut serta kawalan nafas yang diperlukan untuk menguasai teknik clean, jerk, press dan snatch baik kettlebell mahupun barbell. 

Bersambung...

Sabtu, 1 Disember 2018

Manfaatkan Waktu Dan Alat Senaman Di Gym @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Bro_Lan sama2 meregang otot dengan semua yang ikuti kelasnya pagi itu sambil layan lagu cool down di atas...

Beberapa orang 'regulars' kelas latihan circuit itu menghampiri Bro_Lan. Adakalanya ingin berbual atau tanya pasal fitness/diet dan dia berusaha melayan sebaik mungkin walaupun secara semula jadi dia adalah seorang introvert.

Amoi Nampak Baik : Kelas you I boleh follow. Ada kelas petang I joined last week, I boleh mati lorr!

Tersenyum Bro_Lan mendengarnya. Beberapa regulars yang lain setuju dengan kenyataan amoi tadi.

Bro_Lan : Maybe that's the style of that instructor. He/she maybe did circuit class yang buat macam-macam exercise then rotate until everybody finished.

Amoi Nampak Baik : Yes, macam itu. Tapi ramai orang lah evening.

Bro_Lan : Morning crowd kurang sikit, jadi kalau I buat banyak exercise,I susah monitor you guys especially for exercise form/techniques. Bila tak ramai, kita ada banyak space dan boleh guna semua tools.




Bro_Lan : In our class, we do our best to fully utilized these tools with basic yet important movement patterns like :

  • squat
  • lunges
  • single leg stance
  • push
  • pull
  • rotation
Semua senaman dalam kelas itu adalah gerak compound yang mustahak,jadi mereka yang ikuti kelas itu dapat bakar kalori dan tingkat stamina pada yang sama.

Untuk gerak asymmetry seperti imbangan satu kaki atau lunges, Bro_Lan akan minta mereka perhatikan sebelah mana yang kekok,goyang, lembik seterusnya bikin lebih sedikit pada bahagian itu sebagai injury prevention.

Inspirasi sistem seperti FMS ini menjadi nadi utama Bro_Lan untuk mengajar.

Perbualan itu pun tamat dan Bro_Lan buat workout sendiri pula. Hip Thrust guna Smith Machine dan variasi Rack Pull selalu menjadi jadi pilihan sebelum angkat kettlebell. Itu pun bergantung pada gym berkenaan kalau ada squat rack yang sesuai atau padding untuk hip thrust dia sudah sedia bawa dari rumah.



Dua senaman tersebut punyai carryover yang banyak pada prestasi  Bro_Lan samada ketika bersiap sedia untuk kursus Strong First mahu pun sukan kettlebell.


Pendek kata dia berusaha memanfaatkan waktu dan alat senaman di mana sahaja dia mengajar dengan pilihan senaman yang selamat serta berkesan untuk dirinya juga buat anak didik...

Ada ahli gym yang merasakan kelas Bro_Lan itu bosan, tak cukup agresif tetapi ada juga yang sebaliknya.Mana ahli yang 'jodoh' nya kuat dengan Bro_Lan, mereka datang ke kelasnya saban minggu tanpa jemu.

Sesudah 13 tahun jadi orang fitness, dia belajar dan semakin matang matang dengan aneka ragam karenah orang yang datang ke gym.

Dirinya ibarat seorang tukang masak dan gym itu adalah restoran/dapurnya. Mungkin resepinya ( program yang diajar dalam kelas berkenaan) terlalu manis/masin/tak sedap bagi satu kelompok, namun sedap menyelerakan pada setengah yang lainnya.

Buat dirinya, dia berusaha untuk 'masak' , 'hidang' dan berkhidmat sebaik mungkin setiap kali bertugas serta bersyukur kerna dapat kerjaya idaman sebagai jurulatih kecergasan...


Selasa, 27 November 2018

Sesudah 19 Bulan Pergi Bekam

Selamat Bertemu Kembali...


Cuba teka siapa model dalam gambar ini! :D

Lebih setahun yang lalu, telah saya tulis pengalaman awal berbekam secara rutin sekali sebulan.Buat anda yang telah membacanya dan timbul minat untuk berbekam, terima kasih saya ucapkan.

Kali ini saya akan sambung beberapa faedah lagi amalan berbekam daripada pengalaman sendiri sesudah 19 bulan. Sekurang-kurangnya sekali sebulan, insha Allah pasti saya berkunjung ke pusat bekam.

APA RASANYA BILA BEKAM BRO? SAKIT TAK? EEEE I TAKUT DARAH LAA!




Hahaha,anda tak perlu takut dan dramatik sangat kot bab berbekam ini.Prosedur ini cuma rasa pedih sedikit pabila jurubekam menghiris atau bikin insertion pada titik-titik bekam tertentu dan selepas itu anda akan rasa kenikmatannya.



Jikalau badan anda betul-betul dalam keadaan rehat dan tenang, maka kurang sedikit rasa pedih tusukan jarum atau hirisan pisau itu.Lainlah sekiranya anda terus berbekam selepas aktiviti berat, rasa pedih itu akan terasa sangat.Seboleh-bolehnya jangan terlalu lasak bergerak, bersenam sehari sebelum atau pada hari bekam berkenaan untuk kurangkan rasa pedih itu.



Seelok-eloknya pilih hari2 sunnah untuk berbekam iaitu setiap 17,19 dan 21 haribulan Hijriyah dan elakkan sama sekali berbekam pada hari Rabu melainkan jikalau sudah sakit sangat. (Ikut Sunnah Rasullah SAW).

APA YANG MENDORONG BRO BERBEKAM NI?



Hujung 2016 sehingga sepertiga awal 2017, rutin latihan #hardstylekettlebell memenuhi ruang waktu ; sijil #StrongFirst dan Tactical Strength Challenge. Badan saya ketika burn out dan perlu diservis 'overhaul'.

Saya pernah berbekam beberapa tahun sebelumnya akan tetapi pabila mutu pusat bekam yang biasa mengalami kemerosotan dek pemiliknya dok giler MLM berbanding servis bekam, menjadikan saya mencari alternatif.

Jodoh saya dengan Spa Bekam Ar Rayyan pun bermula.Cawangan mereka di Shah Alam menjadi pembuka dan beberapa bulan kemudian di Damansara pula.Cawangan di Shah alam itu diberitakan selalu fully booked sampaikan mereka terpaksa buka lagi dua cawangan di Setia Alam dan USJ untuk menampung permintaan yang banyak berkenaan.

Kakitangan cawangan Damansara pun sudah mengenali saya dan paling menarik jurubekam mereka adalah ahli terapi jasmani (physiotherapist).Sering terjadi sesudah/sebelum bekam darah,saya minta mereka bikin bekam luncur atau sedikit urutan sukan pada otot tertentu agar sebarang trigger point dapat 'dipecahkan'.

BIASA LA TU BRO,KALAU SELALU PERGI CAWANGAN ITU MEMANG LA DIORANG AKAN KENAL!BILA NAK CERITA PASAL BENEFITS BEKAM NI!?



1.Pertandingan Kettlebell yang best setakat ini.
Sehari sebelum acara ini saya bikin bekam api dan urut.Esoknya sampai ditempat acara, saya hanya perlu warm up sedikit dan terus beraksi.Performance yang bagus, tanpa kecederaan, cuma melecet tapak tangan sahaja sebab snatch.

2.Kursus Kettlebell yang produktif di Korea.



Tiga hari sebelum bertolak ke Korea, saya penuhi rutin #bekamsunnahtarikhsunnah dan pabila sampai, cuaca disana sudah mulai sejuk.Akan tetapi prestasi saya disana bertambah baik berbanding trip sebelumnya.

Bekam + Program Latihan Yang Sesuai & Tepat + Bantuan KakakYang Selalu Ke Korea + Doa Di Majlis Habib + Doa Ibu & Nenek = Rahsia Kejayaan.



3.Rutin berbekam sebulan sekali membantu saya kurang/kekal berat badan walaupun makan banyak (training pun banyak!) 

Kakitangan spa bekam yang perasan:

" Abang dulu masa mula2 datang gemuk sikit, sekarang dah lean sikit."

Disclaimer : Saya tidak menyarankan pada anda hanya bekam untuk lose weight, perlu gabungan jaga senaman + jaga mood/stress + jaga tidur + jaga makan. Cuma pada pengalaman saya yang hampir dua tahun  berbekam ini, ia sebagai added value dan mungkin juga sebagai pemangkin.

4.Kadar kecederaan semasa bersenam juga menurun
Rutin berbekam dan ditambah pengalaman dan pengetahuan dalam program senaman membantu kurangkan injury.Pabila otot atau sendi tertentu macam meragam sedikit, terus saya beritahu jurubekam dan mereka pun bekam di kawasan itu ,jikalau perlu disertakan dengan sekali dengan urutan.Biasanya sesudah berbekam, esoknya otot/sendi tadi rasa smooth untuk bergerak.

WAH, CAM BEST JER BENEFITS BEKAM NI BRO!!
Apa tunggu lagi, jom booking slot untuk bekam!Cari pusat bekam yang bersih dan klinikal kemudian enjoy! #selamatberbekam




Isnin, 19 November 2018

Pumping Penumbok Dorm 108 #Memori1998 @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...




Lagu diatas daripada #memori1998 menjadi pilihan Bro_Lan untuk kelas TRX Rip Trainer pagi itu.Hanya seorang yang hadir dan kakak tersebut tidak boleh push sangat sebab katanya dia ada frozen shoulder...



Ingatkan ramai yang ingin join kelas seawal jam 7 pagi itu, tetapi nampaknya tidak.Kakak yang sakit 'bahu beku' itu nampak macam familiar betul...

#Memori2010
Terpulanglah kalau mahu percaya atau tidak, kakak itu juga pernah datang berlatih dibawah Bro_Lan sewaktu dia bertugas di sebuah pusat senaman mesin Power Plate. Masalah yang serupa juga, bahu tidak kuat...

Selepas kelas terus dia bertanya kakak itu dan barulah si kakak teringat...

Kakak Sakit Shoulder : You can remember?! (nada terkejut)

Bro_Lan : Yes...(senyum sinis)

#Memori1998




Bro_Lan sedang sibuk menghabiskan fist push up tatkala lagu ini dimainkan di corong radio seorang kawan dalam bilik asrama itu.Undang-undang sekolah ugama itu ketat, kalau kantoi radio kawan tadi boleh dirampas oleh warden!

Bola Tricolor France 1998 milik seorang lagi kawan sebilik itu pun sudah dirampas dek dibawak bermain dalam bilik.Personally Bro_Lan tidak suka bersekolah situ walaupun aliran ugama.

Akan tetapi sekolah itu antara sumber inspirasi untuk beramal ibadah seperti kisah2 wali Allah yang dia baca di perpustakaan dan bersenam. Kawan-kawan yang kaki mengaji, rajin solat sunat menjadi antara yang rapat dan kawan atlet sekolah yang sering bikin pull up di birai pintu dorm merangsang minat Bro_Lan untuk berbadan tegap (istilah sado belum wujud lagi 20 tahun yang lalu...) 

Fokusnya waktu itu :

  • Dapat semua A dalam semua subjek.
  • Puasa tiga bulan iaitu Rejab,Shaaban dan Ramadan.
  • Kuasai lagu Rast, Jiharkah,Nahwand dalam kelas kemahiran Quran.
  • Build up strength & stamina untuk tryouts acara2 sukan tahun depan.
  • Melobi diri sendiri untuk dilantik sebagai ketua pengawas dan/atau ketua badan dakwah.( kes gila pangkat ni!)

Banyak hasrat diatas tidak kesampaian sebab dasarnya : Cinta Dunia , bukan mahu cari Cinta Allah dan Rasul...Pendek kata Bro_Lan 'dihukum teruk' ketika itu kerana terlalu mengejar nama dan kemegahan...

Kembali Ke Tahun 2018... 



Nasihat Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari dalam video diatas kena tepat pada jiwa Bro_Lan pabila terkenang #Memori1998 itu.Dia insaf dan perlu sentiasa ambil pengajaran dari pengalaman itu.Apapun dia habiskan sedikit latihan kettlebell sebelum pulang...

Sabtu, 10 November 2018

Jacobs Ladder & Long Cycle (BHG3)

Selamat bertemu kembali...


Jikalau gym anda ada mesin mendaki ini, saya sarankan cuba walaupun hanya sekali.Panjat mesin ini memang penat dan kebarangkalian untuk anda membencinya adalah tinggi.

Siri latihan dengan gerak kettlebell dengan mesin ini hampir setahun tidak menemui anda.Kesibukkan kerja dan berlatih beberapa program double kettlebells menjadikan saya berehat sebentar daripada menggunakan Jacobs Ladder ini.

Baiklah , mari kita sambung kembali.Harap catatan ini berguna untuk anda.



DARI MANA BRO DAPAT ILHAM WORKOUT CARDIO + KETTLEBELLS INI?


Inspirasi daripada buku ini.Seorang bekas anggota Green Barret USA bikin 25 snatch/swing kemudian jogging keliling stadium, kemudian 20 ulangan, sampailah 10 ulangan. 

Jikalau tidak mahu berlari, bikinlah jump rope. Masih belum mampu swing/snatch 25 ulangan, bikin 10 ulangan ,jogging satu pusingan, ulang untuk beberapa set.



Ringkas tetapi tidak mudah program yang dibuat oleh komando USA ini.Sama sekali saya tidak menyangka template ini masih berkesan buat diri saya walaupun hampir 12 tahun yang lalu membaca buku itu. 

Pendek cerita, program ini sustainable dan saya tidak teragak-agak untuk mengulanginya untuk beberapa kali. Hanya satu senaman cardio selang seli dengan satu senaman kettlebell.

Apa yang berbeza ialah senamannya. Tempoh 11 tahun menghayun kettlebell memberikan beberapa insight untuk ubahsuai sedikit program ini. Double kettlebell snatch atau long cycle menjadi pilihan sebab carryover pada girevoy sport atau ujian kursus Strong First itu lebih banyak berbanding dengan swing/snatch satu tangan.

Jikalau anda ingin mencuba template ini , sila gunakan :

  • kettlebell yang tidak terlalu berat atau terlalu ringan, bergantung pada kekuatan atau pengalaman anda. 16kg atau 20kg atau 22kg sesedap rasa buat saya. 24kg boleh tetapi mulai terasa beratnya.Pilih bebanan yang anda boleh bikin 10-20 ulangan yang boleh buat dengan baik tanpa banyak berhenti ambik nafas sebab kettlebell itu berat sangat.
  • senaman cardio itu adalah berupa 'long steady distance' bukan 'high intensity interval training' atau 'tabata'.Hal yang ini mustahak untuk anda tahu, fokus tenaga anda pada senaman kettlebell tadi dan jadikan cardio itu sebagai 'active rest'. 
  • sudahkan workout ini antara 20 hingga 60 minit, bergantung pada stamina  atau energy level anda pada hari berkenaan, 2-3 kali seminggu.
Bersambung...



Sabtu, 20 Oktober 2018

Otot Mana Perlu Kuat Untuk Angkat Kettlebell (BHG4)

Salam pertemuan.


Dragon Flag oleh mendiang Bruce Lee

Abs.Six packs.Otot ini adalah sebab No.1 kebanyakan manusia hidup di zaman ini mahu bersenam dan pergi gym.

'Industri' ubat dan program senaman kempis perut pun banyak mengaut keuntungan kerana begitu kuatnya keinginan untuk nampak elegan dengan tidak berperut buncit.

Aneka ragam pil, makjun,jamu,air limau nipis memenuhi pasaran bertujuan menyingkir perut buncit yang dianggap hina itu. Entah berapa puluhan ribu sit up, crunches dibuat saban hari, minggu dan bulan agar matlamat perut kempis  dan pinggang ramping dapat dikecapi...

Baik yang muda mahupun yang sudah berumur kemaruk hendak berperut leper.Kononnya (kalimat old school favorite Tun Dr. Mahathir) dengan perut rata, kempis ataupun macam ruas durian dalam pangsa ,maka keyakinan diri akan bertambah...

Pada pandangan saya, terserahlah kepada anda untuk ada matlamat untuk kurangkan buncit dan saya sanjung hasrat anak-anak didik yang datang untuk berlatih jikalau mereka pun punyai hasrat itu.

Cuma disini saya ingin anda luaskan skop itu tidak hanya berlatih otot2 disekitar bahagian abdomen untuk tujuan estestika semata-mata. Otot-otot ini mustahak untuk diperkuatkan sekiranya anda ingin pergi jauh dalam latihan kettlebell.

Berikut adalah tiga gerak senaman yang anda biasa buat, jarang buat dan mungkin tak pernah buat untuk anda amalkan (seeloknya buat sebagai movement prep):

BIASA BUAT : Plank




Dengar dan tengok baik2 video Athlean X diatas.Jadikan plank anda itu dinamik dan target setiap sudut yang boleh, tidak sekadar satu arah sahaja atau hanya tahan posisi itu lama-lama.

JARANG BUAT : Kettlebell Pullover




Posisi Julang Atas Kepala (Overhead Lifts) adalah sangat mustahak dalam banyak teknik kettlebell.Orang baru biasanya akan :

  • kurang mobility pada thoracic spine atau otot pectorals yang terlalu ketat dan akan bongkok pabila press/push press/ jerk/turkish get up. Biasanya terjadi kepada orang lelaki.
  • Menonggeng seperti awek2 #fitnessinspiraton Instagram yang mana, maaf cakap,punggung tonggek dengan mendada.Sering terjadi pada orang perempuan.
  • Siku membengkok dan pergelangan tangan terpeleot berkemungkinan kurang kekuatan/stability otot-otot tertentu.
Senaman pullover di atas adalah antara remedy untuk tiga masalah berikut disamping kettlebell arm bar.



Senaman ini sangat digemari oleh kakak2 kelas kettlebell sesi malam sebab mereka betul dapat rasa otot perut mereka dan terus diaplikas muscle activation itu pada teknik2 kettlebell.




TAK PERNAH BUAT: Pallof Press




Confirm 100% , pasti anda tak pernah buat senaman ini! Senaman ini bersifat anti rotation. Buat pengetahuan anda, otot perut kita diaktifkan dengan:

  • Pergerakkan (movement) = Senaman isotonic yang biasa anda buat seperti sit up, crunches, side bend.
  • Tanpa Pergerakkan (isometric) = Senaman static hold seperti plank atau L-Sit hold atau boat pose yoga.
  • Tahan Pergerakkan (anti movement) = Palloff press ini adalah salah satu contohnya.

Otot perut anda perlu ketiga-tiga cara pengaktifan ini. Pergerakkan penting untuk anda kekalkan/tingkatkan mobility tulang belakang, Tanpa Pergerakkan dan Tahan Pergerakkan pula mustahak untuk keselamatan dan kestabilan tulang belakang.




Video di atas adalah contoh manifestasi ketiga-tiga cara tersebut : 

  • Pergerakkan = Otot perut berputar membaling bola ke dinding.
  • Tanpa Pergerakkan = Tulang belakang lurus seperti posisi plank (neutral spine) 
  • Tahan Pergerakkan = Bahu dan pinggul biasanya ingin membongkok/melentik/senget sebelah tetapi ditahan agar tulang belakang kekal neutral.
Palloff Press akan membantu anda agar tidak terpeleot pabila bikin senaman satu tangan dengan kettlebell terutama swing atau clean atau snatch. Bebanan kettlebell itu adakalanya mencabar anda untuk kekalkan tulang belakang tanpa twist pinggang atau terlalu bongkok/lentik.

Luangkan masa anda dengan senaman-senaman ini untuk tambahbaik prestasi dalam latihan kettlebell. Sering kali saya jadikan gerak-gerak tersebut sebagai movement prep sebelum berlatih sesuatu teknik, maka dengan itu anak didik lebih yakin dan 'dapat rasa perbezaannya'.

Selamat berlatih!


Sabtu, 8 September 2018

Bro,Ko Wat Bende Ni! Cheating Front Raise Ker? #Memori2006 @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...

 

SUATU PETANG DI SEBUAH GYM KOMERSIL PADA TAHUN 2006...

Lagu diatas diputar entah kali keberapa setiap tiga ke empat jam sampaikan Bro_Lan yang on duty sebagai jurulatih kecergasan junior disitu naik jelak sudah!

Dia struggle kerja digym itu walaupun seragamnya agak cool!Dia terpaksa bersaing dengan jurulatih2 yang lebih senior yang ada diantara mereka graduan sains sukan, bekas Mr.Kedah tahun 90an, bekas pemain bola sepak negeri dan ada yang sudah bekerja di franchise gym itu sejak ia dibuka lagi.

Tambahan pula dia begitu taksub pada idea lelaki botak dari negara bekas Kesatuan Soviet ini dan jurulatih itu semua ingat dia seorang yang pelik...


Ketika sebijik kettlebell pun takder lagi di gym sebegitu dan dia terpaksa bikin swing dengan dumbell.Seperti biasa , jurulatih lain akan menegur senaman itu dengan tiga persoalan utama :
  • Bro, ko buat bende ni, cheating front raise ke?
  • Bahaya ni, lower back boleh injured!
  • Untuk aper exercise ni bro?
Adakalanya dia jawab setakat yang boleh, adakalanya dia tidak layan sebab jurulatih2 itu banyak yang poyo dan yo yo oo jer! Lebih baik dia layan lagu ini bila bikin dumbell swing ( Lagu ini pun banyak jurulatih itu tak pernah dengar!)



Sudahlah bikin cheating front raise yang boleh injured lower back,layan pulak lagu hip hop Fort Minor/Mike Shinoda yang mereka tak pernah dengar (ada yang gelakkan nama Fort Minor itu :P ), maka freak seperti Bro_Lan mereka perlu 'jauhi'. 

Jauh disitu hatinya, suatu hari nanti kettlebell akan masuk ke sini dengan ramai orang ingin menghayunnya dan lagu Remember The Name itu akan jadi lagu favorite untuk workout! 

SUATU PAGI DI SEBUAH GYM KOMERSIL DI TAHUN 2018...

Bro_Lan sedang menghabiskan satu program double kettlebells sesudah lagu Remember The Name itu diputarkan... 

  

Sesudah selesai set itu,datanglah seorang jurulatih disitu bertanya padanya macam mana mau bikin clean & press yang betul dengan kettlebell. Bro_Lan melayani dengan besar hati dan perkara ini sering terjadi di gym itu. 

Jurulatih2 disitu begitu menghormati Bro_Lan yang dianggap 'Otai Kettlebell' dan dia pula belajar untuk tidak bersifat sombong atau cakap besar serta berlapang dada dengan perbezaan pendapat  hasil didikan di majlis2 Habib...

Dua #GuruMulia Yang Bro_Lan sangat kasihi :)
Kini kettlebell sudah ada di gym2 komersil dan Bro_Lan sangat bersyukur dan berazam untuk menambah baik...

Selasa, 4 September 2018

Clean & Snatch :Antara Barbell Dengan Kettlebell (Siri3)

Salam pertemuan...


Harap anda masih ingat siri sebelum ini dan membacanya terlebih dahulu untuk lebih faham.Bagi yang lama menunggu siri ini, harap ia dapat 'mengubat rindu'. Teruskan membaca.

Syarah Teknik Kettlebell (BHG2)
Dalam setiap teknik kettlebell, bolehlah kita membahagikannya pada empat struktur :
  • Kedudukan (Posisi) Badan
  • Mekanisme Gerak Badan
  • Masa (Timing)
  • Nafas (Breathing)
Jikalau anda pastikan empat perkara ini menepati piawaian, dengan berlatih dengan bijak,cermat tanpa jemu,maka teknik seperti swing , clean dan snatch dapat dikuasai.

1.Kedudukan Badan
  • Posisi mula (set up position) dan sepanjang teknik adalah sangat mustahak.
  • Set up kurang sempurna = biasanya teknik pun kurang mantop.
  • Dada dan bahu perlu 'dibuka' + tulang belakang neutral + glutes dan lats diaktifkan + kuda2 melekat kukuh = Asas utama. 
2.Mekanisme Gerak Badan
  • Anda mesti boleh membezakan antara hinge(deadlift) dengan squat.
  • Squat = lutut dan pinggul sama membengkok, badan kekal tegak.
  • Hinge = Badan condong ke hadapan (gerak pinggul), lutut sedikit bengkok.
      

    3.Masa atau Timing.Swing, clean dan snatch memerlukan anda 'mengapungkan' besi itu pada ketinggian atau sudut tertentu sebelum insertion.

 4.Nafas = Selari atau seiringan dengan Mekanisme Gerak Badan dan Timing, tidak terlalu lambat atau terlalu cepat.

Perjalananan anda untuk memastikan keempat-empat struktur ini berada dalam syarat-syaratnya mungkin memakan bulan malah tahun lamanya. Kunci utama : Teruskan berlatih dan perbaiki teknik anda dari masa ke semasa.

Bersambung...

Nak Meng - Ayat Tapi... @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Lagu diatas menjadi penutup kelas Bro_Lan petang itu.Namun tumpuannya semasa mengajar tadi sedikit terganggu.Amoi fitness yang dia minati secara diam2 ikuti kelasnya sampai selesai.

Amoi itu menunggu semua orang keluar dan menghampiri Bro_Lan yang sedang menutup sistem audio.Bro_Lan sedar yang amoi itu sedang berjalan ke arahnya tetapi dia kawal macho, tunjuk cool.

Amoi ini terkenal di gym itu sebab dia sangat fit bikin kelas back to back tetapi kalau jurulatih kelas itu tidak menepati 'piawaian yang dia tetapkan' ,si amoi biasanya berterus-terang.

Amoi : So,you are the kettlebell guy that I saw working out hoisting those heavy weights!

Bro_Lan : Yes, that's me.



Mereka berdua pun terus berbual dan nampaknya si amoi suka kelas Bro_Lan petang itu.Rupanya dia sudah lama perhatikan cara Bro_Lan berlatih dan soalan-soalannya banyak pasal hal tersebut.

Amoi : I selalu tengok you warm up dengan leg press, face pull atau seated row pastu terus angkat kettlebell. (Fasih jugak dia cakap bahasa kebangsaan!)

Bro_Lan : Oh, I buat 100 reps leg press untuk pump kaki dan posterior deltoid untuk stabilize bahu,then I am good to go for the kettlebell lifts.

Amoi :I ada tengok certain instructor warm up macam #animalflow , apa opinion you about that?



Bro_Lan : Kalau I ajar di tempat yang luas, I guna warm up seperti itu.Tapi kalau mengajar di pejabat2, office  job people tak berapa suka kelas2 macam #animalflow ini,they like Zumba! Biasanya kalau kali pertama i ajar disitu,itulah kali yang terakhir!

Tergelak si amoi mendengarnya dan Bro_Lan rasa ada peluang mengorat ni!

Amoi : I normally do foam rolling first after that baru warm up dan workout.


Bro_Lan : Kalau itu berkesan for you, teruskan. IMO, warm up atau movement prep ini ikut individu. Kalau ada old injuries macam I, I'll go for the pump.If you suka warm up yang enjoyable then buat #animalflow. Otot dan sendi ketat di sana sini, foam roller dulu mungkin lebih baik.

Mereka berdua pun mengakhiri perbualan dan si amoi berkata mungkin dia akan join lagi kelas Bro_Lan itu. Dalam hati Bro_Lan sibuk memikirkan strategi untuk mengayat amoi fitness itu pada kelas akan datang.

Sedang dia sibuk susun rancangan mengorat itu, muncullah pemberitahuan video terbaru saluran Cocombee yang dia langgani di YouTube.



Pesan Al Habib dalam video itu betul2 ngam timing nya dan Bro_Lan terus tawar hati hendak meneruskan rancangan mengorat itu...

Rupanya dia missed banyak kelas pengajian bersama Al Habib dan berazam untuk pergi pada hujung minggu tersebut... 

Ahad, 26 Ogos 2018

Sabarlah Dalam Latihan @Bro_Lan

Salam pertemuan...




Lagu diatas jadi cool down track kelas TRX  pada pagi itu.Bro_Lan pun sibuk menutup sistem audio dan microfon sesudah itu.Datanglah kakak-kakak yang join kelas itu padanya.

Biasanya mereka ada persoalan pasal senaman/kecergasan/diet yang ingin diajukan atau hanya ingin 'membawang'. Bro_Lan layankan aje kalau tidak tergesa-gesa pergi ke gym yang lain selepas mengajar.

"Few months ago you gemok sikit, then loose weight. Sekarang buff pulak,LOL!" Seorang kakak memulakan bicara.

Bro_Lan tersenyum dan menjawab : " Few months ago my class schedule tak sesibuk macam sekarang and at that moment I was doing a muscle building program."



" So nowadays you busy ajar classes and doing a different exercise program ke?"Kakak tadi menyambung perbualan dan Bro_Lan menjawab : "Yes."

"How you know if any program (senaman/workout) is working for you?" Kakak yang lain pula bertanya.

Jawapan Bro_Lan : 

" You got to follow that particular program by the book between one to three cycles.Katakan you ikut satu program 6 minggu, kena habiskan ikut requirement yang disyaratkan. If its working, good for you but if plateau, you kena evaluate then decide what to do next."

Kumpulan kakak tadi pun bertanya lagi beberapa soalan dan sesudah dijawab oleh Bro_Lan setakat yang boleh, mereka pun pulang. Soalan mereka itu membuatkan Bro_Lan berfikir sejenak.

Puluhan , malah ratusan , mungkin menjangkau ribuan program senaman yang sudah siap tersedia dalam buku dan artikel samada hard copies atau di alam maya;akan tetapi kalau tidak consistent  maka tak berhasil juga.

Cabaran yang sering dihadapi pabila mahu istiqamah dengan satu-satu program ialah : kekangan masa, komitmen kerja/keluarga, kecederaan tertentu dan tidak kurang juga cepat bosan

Cepat bosan adalah masalah utama.Manusia akhir zaman ini sangat tidak sabar, if they want something, they want it now,worse they want it yesterday!

Sifat sabar adalah kunci utama untuk sukses dalam apa saja program latihan jasmani dan Bro_Lan berazam menerapkannya pada semua anak didik...



 
 

Sabtu, 11 Ogos 2018

Sudut Pandang Bro Lan : Bersedia Berdepan Dengan Kejutan

Selamat bertemu kembali...



Tahun 2018 ini penuh kejutan buat diri saya. Kerajaan  bertukar, studio Backstage yang penuh memori melabuhkan tirai, 

Hari pembukaan studio pada tahun 2012
kelas kettlebell pertama di CHI Fitness, 


Perjalanan baru di CHI Fitness
dan pertama kali dalam sejarah hidup mendapat ijazah kitab bersanad daripada Al Habib.

 
Guru Mulia : Habib Najmudin Othman Al-Khered
Masih ada berberapa kejutan lagi yang sedang saya cerna saat ini dan firasat hati mengatakan banyak lagi kejutan sedang dalam perjalanan. Apapun bersangka baik atas segala ketentuan Allah Taala itu adalah menjadi kewajipan buat setiap diri orang beriman.



Zikir dalam Wiridul Lathif Susunan Imam Al Haddad
Siri-siri kejutan ini ada yang menggembirakan, ada yang sedih menusuk kalbu ada juga yang menguji kesabaran dan keimanan serta membuka sudut pandang yang baru/berbeza.

Pabila hadirnya sebarang kejutan, pada mulanya saya akan 'tergamam' dan jadi 'hilang punca' juga.Akan tetapi sesudah saya kuatkan/teguhkan/padukan rohani dan jasmani, Alhamdulilah keadaan menjadi lebih tenang. 


  • Rohani diperkukuh dengan sentiasa istiqamah ke majlis2 Habib dan dengan amalan wirid2 yang mereka ijazahkan seperti baca surah Yasin sesudah solat subuh, Ratib Al Attas dan Ratib Al Haddad.
  • Jasmani diperkasa dengan berusaha agar jangan missed berlatih angkat besi dan ikuti kelas pilates/yoga disamping consistent berbekam setiap bulan.
Sama2 lah kita berdoa agar tahun 2018 memberikan kebaikan di sebalik kejutan dan arus perubahan ini.Salam Aidiladha juga buat anda.Jumpa lagi dalam catatan akan datang.