Hampir tiga tahun saya berlatih dengan workout buddy si Yen ini, biasanya lepas dia habis mengajar RPM. Kami sama-sama masuk bertanding sukan kettlebell pada tahun 2016 dan masih terus berlatih jika schedule masing-masing mengizinkan.
Beberapa bulan yang lalu, ah moi ini terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan keretanya mengalami total lost. Nasib baik umurnya panjang tetapi bahunya terhentak kuat sampai berminggu-minggu juga tidak boleh angkat kettlebell.
Semangatnya sedikit menurun dan flow latihannya banyak tersangkut. Selepas saya bawak dia pergi berbekam, tetapi bukan macam Wong Shifu ini;
Alhamdulilah, ada banyak perubahannya selepas itu tetapi masih banyak lagi kena buat rehab / prehab. Dalam sesi latihan dengan ah moi ini banyak senaman corrective perlu diselitkan.
Tahun 2017,konsep latihan saya banyak dipengaruhi oleh Alex Alpha Destiny, manakala kalau untuk didikan jasmani client wanita, saluran YouTube Abby Pollock ini menjadi pilihan.
Kedua-dua anak muda usia 20an, Canadian ini pada hemat saya tidak poyo, berterus-terang dan banyak input mereka adalah on point walaupun ada juga yang saya kurang bersetuju.Sedikit sebanyak latihan saya sendiri dan anak didik ada penambahbaikan semenjak subscibe channel mereka berdua.Guess what, pencerahan daripada pandangan mereka berdua saya serapkan sebahagiannya semasa berlatih dengan Yen.
Maka dengan itu,pada suatu malam , sebelum kami berlatih, saya 'paksa' Yen bikin :
1)Machine Seated Row:
2) 100 ulangan non-stop leg press:
3) Cable Face Pull:
dan 4)Cable Glutes Kickback:
dan semua senaman ini dalam bentuk 'Going For the Burn' dengan light weights.Alex dan Abby memang pro pada "feeling the muscle burning" ini.Alex gunakan sebagai warm up sekiranya sesorang itu ada kecederaan manakala Abby sebagai workout finisher.
Sebahagian strength coaches tidak berapa galakkan anak didik/atlit gunakan mesin senaman dan jurulatih bina badan pula adalah sebaliknya. Bagi saya, mana yang saya lihat/pandu uji/aplikasi berkesan kepada anak didik atau kumpulan yang saya ajar/latih,itu saya gunakan tanpa bias pada mana-mana mazhab latihan jasmani.
Sesudah habiskan senaman-senaman diatas, saya suruh Yen bikin beberapa set double kettlebell jerk dan kesannya memberangsangkan. Pinggang dan bahunya tidak meragam sangat, lonjakkannya untuk jerk jadi lebih pantas sertas besi-besi tampin itu dapat dijulang tanpa teroleng-oleng.
Yen pun dapat rasakan kesan positif itu dan dia tanya satu soalan penting :
"Otot Mana Perlu Kuat Untuk Angkat Kettlebell?"
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan