Ahad, 24 Disember 2017

Jacobs Ladder & Long Cycle (BHG2)

Selamat bertemu kembali...


Penat panjat tangga ini! Betul-betul penat.Tetapi 'rasa penat' itulah  sangat saya perlukan untuk ujian 5 minit 100 ulangan 24kg snatch. Untuk pengetahuan anda,ada yang gagal ujian ini sebab tiada/kurang mobility bahagian bahu/belikat/pinggang/pinggul.Ada juga disebabkan otot-otot di bahagian tadi itu tidak kuat. Ramai juga yang gagal dek tapak tangan melecet dan banyak yang tewas dek putus nafas ( macam sayalah :D! ) 

Maka latihan saya perlu lebih penat atau sama penat dengan ujian tersebut tetapi mesti : 
  • SELAMAT : Bukan berbentuk Insanity atau program Shaun T yang popular beberapa tahun yang lalu. Ataupun HIIT yang banyak melompat sana-sini itu. Tidak juga WOD Crosfit yang hempas-menghempas barbell dengan teknik olympic lifting tunggang terbalik itu. Kata kunci disini adalah : MESRA SENDI!
  • SUSTAINABLE : Program-program seperti yang saya nyatakan diatas kebiasaannya punyai intensity tinggi hampir pada setiap sesi. Kalau sepuluh tahun dahulu boleh lagi badan saya melanyak workout seperti ini, 3-5 kali seminggu,tetapi kini saya lebih bijak dan berpengalaman. #10YearsKettlebelling
Sesi-sesi awal Jacobs Ladder & Long Cycle ini membuatkan saya terduduk sebentar pabila sudah selesai berlatih. Namun , lama-kelamaan stamina saya bertambah dan pacing ketika snatch sudah sedikit terkawal.

KENAPA PILIH  DOUBLE LONG CYCLE ( CLEAN & JERK ), SENAMAN SINGLE BELL TAK BOLEH KE?



Saya habiskan hampir tiga hingga empat bulan memperbaikki teknik kettlebell clean & jerk ini pada tahun 2016 (girevoy sport) dan pada separuh tahun 2017 latihan saya penuh dengan program Geoff Neupert (hardstyle kettlebell).
 


Maka dapatlah saya simpulkan bahawa long cycle ini adalah gerak total body terbaik dalam ilmu senaman kettlebell sebab ia ada unsur pull (clean) dan push(jerk) berpadu pada satu aturan gerak.Gerak kedua pula adalah double kettlebell front squat.

Anda mahir kedua-dua senaman ini, insha Allah gerakkan single kettlebell seperti snatch,windmill, bent press mudah dipelajari dan badan anda jadi begitu gagah juga kelihatan gagah dengannya.Boleh saja anda buat senaman sebiji kettlebell diselang seli dengan mana-mana saja mesin cardio;



cuma saya bertuah kerana gym tempat berlatih ada Jacob Ladder dan ada kettlebell sepasang 16kg/20kg.Justeru itu saya ambik peluang pandu uji dan kesan positifnya saya kongsi bersama anda pada siri-siri ini.



Mesin panjat tangga ini antara sebab saya tidak jadi mahu cancel membership gym tempat saya berlatih itu walaupun franchise gym lain yang menjadi saingannya lagi banyak barang dan alat.

Prosedur workout ini mudah: satu mesin cardio + sebijik/dua bijik kettlebell. Bagi anda yang berlatih cara minimalist pula, boleh saja gabungan satu senaman cardio seperti lompat tali / merangkak rimau bintang (leopard crawl) dengan satu senaman kettlebell.



Satu lagi syarat untuk #mixkettlebellwithmachine ini, rehat secukupnya antara set. Anda pasti sangat tempting untuk buat macam metabolic conditioning, rehat kurang dan mau bikin workout ini cepat-cepat. Don't. Just don't.Matlamat anda = setiap ulangan dalam setiap set dilaksanakan dengan teknik TERBAIK dan anda betul-betul recover sebelum set berikutnya.

BERSAMBUNG...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan