Salam pertemuan
Hampir dua tahun sejak 2005, saya ikuti impian ingin menceburi bidang kecergasan. Tarikh 1 Julai 2007, secara rasmi saya menggenggam dan memenghayun kettlebell.
Ramai yang memiliki tanggapan yang mana saya hanya cuma aktif berlatih kettlebell hanya cuma dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.Saya pula kurang gemar menonjolkan diri atau berlagak tunjuk pandai dan berlatih secara senyap.
Tambahan pula raut wajah saya yang awet muda macam budak baru lepas SPM ( mujurlah SPM,kalau PT3 buat naya jer :P )
Apapun, banyak pengalaman pahit/manis/masam/kelat/tawar telah saya lalui sepanjang tempoh itu. Berikut adalah sepuluh perkara yang saya faham/mengerti/belajar/perhati tengok/kaji/komen tentang latihan kettlebell semenjak tahun 2007 sehingga 2017.
1. Sebut biar betul! KettleBELL bukan KettleBALL.
Nak gelak pun iya, nak marah pun ada pabila anda asyik ber BOL aje! Mujur sekarang saya sudah join kelas/majlis Habib-Habib dan sudah tak kisah sangat lagi bab salah tajwid sebut BOL/BALL/BELL/BILL ni. Habib pun pesan agar jangan dok kalut benda-benda remeh semacam ini sampai nak bertekak /putus silaturahim. Perkara mustahak adalah teknik anda itu betul agar selamat semasa berlatih.
2. Tak sakit pinggang ker Bro main KetelBOL ni?!
Kalau anda swing macam ini, sangat besar peratusannya anda anda sakit pinggang yang teruk!
Bukan semua jurulatih selebriti Hollywood itu ajar benda/teknik/program senaman yang tak betul/kontroversi, ramai yang bagus tau! Cuma ada beberapa kerat dikalangan trainer itu 'terpesong akidahnya' dalam mazhab fitness umum.Cari jurulatih yang boleh bantu anda buat senaman kettlebell ini dengan betul. Teknologi pun sekarang sudah canggih, kalau jauh sangat lokasi jurulatihnya, Skype saje senang!
3. Teknik paling susah nak ajar orang baru : Swing !
Baik teknik hardstyle mahupun sukan kettlebell, orang baru biasanya ambik masa yang lama nak masukkan gerak ini dalam software kepala otak masing-masing. Masalah orang baru : tarik guna tangan , bahu membongkok (backswing), tak kuat genggaman, nafas tunggang terbalik...
4. Teknik paling senang untuk ajar : Turkish Get Up!
Buat swing hanya tonggeng - menonggeng ajer, tak nampak cool macam TGU! Pada hemat saya, senaman-senaman yang tinggi faktor awesomeness yang satu kumpulan degan TGU : muscle up - barbell olympic lift - kipping pull ups ; yang mana banyak atlit2 Crossfit buat itu, selalunya lebih 'melekat' di minda bawah sedar kita dek sebab propaganda/promosi yang sering ditonjolkan oleh media. Walhal, ramai yang tertipu dengan faktor awesomeness tersebut dan panjang angan-angan untuk menjadi cool seperti atlit-atlit berkenaan.
Kalau anda betul2 minat dan ada potensi/bakat terpendam @terkambus, lain ceritalah.Ini saya bercakap tentang kelompok yang hot hot chicken shit...
5.Gagal dalam cinta,putus sahabat, anak murid lari adalah lumrah hidup yang saya alami pabila saya berkeras dalam 'memperjuangkan latihan kettlebell ' ni ( poyonya bunyi, macam filem frust menonggeng pulak! Dah tu aku memang kena menonggeng masa swing nak buat camner! )
Sila baca Nombor 6 untuk huraian....
6. Saya belajar utuk menghargai potensi diri sendiri dan masih belajar untuk memperbaiki adab/akhlak dalam pergaulan sesama manusia...
Masalah utama dalam Nombor 5 ialah saya kuat buruk sangka diikuti kurang sabar dengan reaksi orang sekeliling.Saya sangat perlu pada penyucian jiwa ataupun disebut Tazkiyatun Nafs oleh para Habaib. Banyak sifat negatif bersarang dalam diri dan insiden Nombor 5 menjadi 'pembuka mata hati buat saya...
7. Bukan bersikap perkauman atau menyebelahi mana-mana gender, (tetapi adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa orang rakan jurulatih kettlebell tempatan): wanita berketurunan Cina cepat sakit pinggang pabila terlebih volume angkat kettlebell manakala lelaki Melayu pula kalau over training besi tampin, terus tangkap-menangkap bahunya. Tidak dinafikan semua yang berlatih kettlebell perlukan kelenturan sendi dan kestabilan otot-otot tertentu,tetapi jikalau anda tergolong dalam salah satu kelompok yang disebutkan tadi, perlu lebih berjaga-jaga.
8. Faktor Nombor 7 menjadikan saya terpaksa mengubah beberapa stategi pengajaran dan penambahbaikan dalam latihan kettlebell. pendekatan cegah kecederaan menjadi motto utama berbanding pada peringkat awal latihan yang mana pada ketika itu, saya lebih suka pada 'bubuh kaw-kaw punya'. Rehat dan Rawat juga sangat saya sarankan sekiranya anda kuat berlatih, buat diri saya bekam darah #bekamsunnah #wetcupping sangat sesuai, dapat ganjaran besar lagi ikut Sunnah Nabi SAW ( untuk yang Muslim terutamanya).
9.Latihan secara Minimalist untuk kettlebell sesuai atau pun tidak; bergantung pada beberapa faktor. Kalau anda ada beberapa bijik kettlebell dan hanya berlatih dirumah/bawak kettlebell ke pejabat, maka latihan secara minimalist lebih prakti.Sekiranya anda ingin lebih bagus, mix your bells with other tools. Insha Allah, saya akan ulas pada catatan-catatan akan datang.
10.
Saya terlalu kuat berlatih, mengajar, bertanding, membentuk pasukan, mencari nama dan sanjungan, sampaikan banyak majlis-majlis Al Habib saya missed.Kini, masih lagi berlatih tetapi pada masa terluang insha Allah pasti saya usahakan untuk hadir.Harap anda terhibur dan dapat sesuatu dari blog ini umumnya dan catatan ini khasnya.
Salam Aidiladha. Salam Kemederkaan ke-60. Salam Semangat buat Team Malaysia untuk Sukan SEA KL2017!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan