Sabtu, 17 Jun 2017

Sudut Pandang Bro Lan : Jangan Bosan Belajar/Berlatih Skill Yang Sama

Salam pertemuan. 

2003.
Senarai movie cetak rompak yang tengah hot disebalik Ada Apa Dengan Cinta(ntah aper la bebudak kolej aku kemaruk cite ni!) adalah Ong Bak dan Kill Bill Vol 1

Saya telah tonton kedua-duanya dan Kill Bill terus menambat hati saya yang ketika itu belajar ilmu perfileman di Akademi TV3

Manakan tidak, filem yang Uma Thurman kerjanya balas dendam sahaja ini punyaI banyak unsur-unsur lakon layar, penataan bunyi dan cahaya serta teknik fotografi yang menepati piawaian yang ditetapkan oleh para pensyarah sebagai filem bermutu tinggi.

Ya, ada pensyarah suruh kami tonton cerita yang dark dan harsh ini...#pensyarahpunjiwakacau




Jikalau anda seorang yang cintakan kedamaian, hanya layan cerita romantik tak kisahlah Bollywood mahupun Korea Selatan,ataupun peminat Suamiku Encik... pengamal yoga atau pilates, filem ini janganlah anda tengok.

Tontonlah cerita lain. 

Cerita ini kejam, berdarah, tiada belas kasihan dan misi balas dendam penuh falsafah...

Sebab itulah cerita ini tidak keluar pawagam Malaysia ketika itu...

   

"Eeee kejamnya bro! Pasal per bro tengok citer ni !?" 
Bagi anda yang belajar bidang penyiaran filem dan tv atau pengiklanan, cinematography filem ini memang excellent

Tetapi kalau anda tak berminat untuk saya merepek,merapu, meraban dan terus pergi pada apa rahsia Kill Bill ini dalam latihan kettlebell, maka teruskanlah membaca... 


 2015
HAPPY LEGS YOGA ANATOMY 2015
Pabila Michelle Lam , seorang terapi fisio dan guru yoga dari Hong Kong berkunjung ke Malaysia, Insha Allah saya usahakan untuk hadir seminar atau bengkel beliau sekiranya masa dan duit mengizinkan. 

 Antara sebab utama saya suka belajar daripada beliau adalah beliau mampu memberi penjelasan, penerangan yang senang difahami dan mudah untuk diaplikasi dalam gerak senaman. 

Beliau kasitahu otot mana yang perlu diaktifkan dan tidak merewang, syok sendiri dengan istilah omputih yang mana kita sebagai orang Asia ini susah nak faham. 

Beliau tak segan silu cakap Kantonis pabila banyak amoi dan jurulatih yoga dalam kelas tak berapa nak tangkap apa yang beliau ajar dalam Queen English slang mat salleh London (aku pun kadang2 susah jugak nak mengerti!) 

Untuk pengetahuan anda, sebab yang sama juga saya masih setia dengan CEO Strong First, Pavel Tsatsouline : tunjuk ajar senang faham, tak guna ayat-ayat yang terlalu ilmiah macam professor diuniversiti dan tips muscle activations/ high tension techniques yang terus sahaja boleh digunapakai,cuma CEO Pavel asal dari Minsk,Belarus (negara bekas Kesatuan Soviet).
Saya pernah ikuti kursus seorang doktor pakar kecederaan kaki dari New York pada tahun 2012 tetapi langsung tak boleh gunapakai ilmu tersebut sebab penerangan terlalu ikut buku teks bahasa omputih USA pulak tu.

Dengan Michelle, tips yang sama tetapi saya lebih cepat faham dan terus boleh aplikasi pada diri dan anak didik.  

"Tapi Bro,apa kena-mengena Kill Bill dengan Michelle ni?"
 
Dalam bengkel HAPPY LEGS YOGA ANATOMY BY MICHELLE,si Michelle ajar bagaimana untuk aktifkan ibu jari kaki untuk lebih stabil dalam imbangan gerak yoga tertentu. 

Tiba-tiba beliau tanya kami semua.

" Any of you are all old enough to remember movie called Kill Bill? " 

Satu bengkel blurred krik-krik tetapi saya rasa girang dan saya sudah agak adengan mana yang beliau akan kaitkan!

 "I have watched it!" tanpa rasa segan saya mengaku! 

"There is a scene in the movie that the actress try to move her toes!" Michelle menyambung.

 " It is Wiggle You Big Toe scene !" jawab saya dengan yakin!



 

Seperti tadi, satu kelas binggung, langsung tak dapat menangkap apa yang kami berdua bincangkan. 

What do you aspect from a class full peace loving yoga practioners?!
Itulah antara detik 'A-HA'yang saya perolehi daripada sesi bersama beliau walaupun saya bukannya seorang jurulatih yoga. 

Saya teruskan belajar daripada beliau walaupun dalam bengkel-bengkel sebelum ini beliau telah ulangi tips yang sama. 

Akan tetapi setiap kali saya dengar dan praktikkan tips berkenaan, saya lebih faham dan jikalau saya ada pengalaman tentang subjek itu, saya terus rujuk pada Michelle.

Hinggalah Michelle suruh para peserta kalau tak faham, cari saya.

 Saya juga perlu berlatih tunjuk ajar beliau untuk jadikan thoracic spine saya lebih mobile untuk backbends... #longway2go 

 

Pada hemat saya, kalau anda sudah ketemu minat/ilmu/organisasi/aliran/guru/program senaman yang serasi dengan anda, maka janganlah bosan untuk terus belajar, berlatih dan menerokainya.

Mungkin tuah/bakat/potensi anda dapat dikembangkan ke tahap yang lebih baik. 

Jangan lupa untuk bersyukur dan kalau belum bertemu terus berdoa dan sabar... 

Siri akan datang : SUDAH TAHU KENALAH AMAL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan