Isnin, 29 Mei 2017

Memori Berharga Sesorang Minimalist 1.0

Salam pertemuan.
Salam Ramadan 1438.

  

2007
Sungguh hening malam itu. Angin bertiup nyaman di hadapan pintu gymnasium Fitness Network tempat saya bekerja di Centre Point, Bandar Utama itu. 

Sambil menutup gym, saya layankan dahulu lagu di atas yang sedang terpapar di stesen MTV Asia pada tv besar di depan himpunan mesin cardio. Rentak dan tempo susunan Mark Ronson ( masa itu dia belum begitu popular sehinggalah dia berduet dengan Bruno Mars ) untuk lagu oldies ini cukup menarik hati saya. 

Sedar2 sudah jam 11 malam dan tv besar itu perlu ditutup. Saya pula orang baru di tempat itu ditambah dengan pengalaman tak sampai dua tahun dibidang kecergasan, maka saya redho serta diberusaha sedapat mungkin buat sehabis baik.

Pendek cerita, berlaku konflik antara saya dengan tuan punya gym maka khidmat saya pun tidak lagi diperlukan disitu. Umur saya sangat muda ketika itu dan kebanyakkan rakan2 sebaya masih lagi belum habis ngaji di universiti.

Saya kembali bermula daripada ground zero. Sedih rasa hati kegagalan demi kegagalan. Sampai kini pabila saya lalu/singgah berhampiran Centre Point itu, hati kecil saya pasti terusik...

2017
Motorsikal saya memasuki simpang yang cukup saya biasa lalui di Centre Point sepuluh tahun dahulu. Ada majlis Hadrah Ba Saudan yang dianjurkan oleh seorang Habib di taman perumahan berdekatan.

 
Hati sedikit terusik sebab sudah jarang sangat saya tembus jalan disitu dan tambahan pula orang kuat beremosi macam saya pasti akan teringat memori kurang menggembirakan di premis itu suatu ketika dahulu...

Emosi putus harapan macam Apek Terjun Pokok Pegang Bendera cerita Madu 3 ini :
 


saya tak berapa nak layan sebab nak mencari rumah Habib tersebut...

Pendek cerita, sebab tuan Habib buat majlis pada suatu cuti hujung minggu yang panjang, maka tak ramai jemputan, hanya dua talam nasik mandy ayam sahaja. Saya pulak dilayan serupa para elders mereka, kena served macam VIP...

Pulang dari majlis, sekali lagi menempuh laluan yang mengusik jiwa tadi. Kali ini berkat selawat, zikir dan doa dalam Hadrah sebentar tadi, memori tadi memberikan suntikan semangat...

Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan lokasi yang saya hadir ke majlis2 Habib, ada sahaja sejarah yang selalu buat diri rasa putus asa, menyerah kalah, rejections, objections... 

Petanda yang mana perkara duniawi yang saya kejar di tempat2 itu dan gagal mungkin mencari akhirat di kawasan yang sama adalah terlebih utama...

Banyak juga ilham , insight yang saya perolehi untuk melatih anak2 didik sesudah pergi ke majlis2 ini. Insha Allah , saya akan kongsi setakat yang boleh dalam blog ini...

Bersambung...
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan