Salam pertemuan.
Jikalau anda belum lagi membaca BHG 1,elok semak terlebih dahulu agar dapat lebih kefahaman. Sudah baca? Jom sambung kisah pengalaman saya hamba yang faqir ini...
Fasal Snatch Test
Alhamdulilah , sesudah hampir 10 tahun ( 1 Julai 2017 akan datang, genaplah saya berlatih kettlebell secara rasmi ) menggengam besi, hayun-menghayun ,julang-menjulang, cekak-mencekak , bolehlah dikatakan saya ini memiliki teknik snatch yang kalau cakap omputihnya decent.
Walau bagaimanapun,perjalanan saya dalam penguasaan teknik berkenaan masih panjang dan perlu diperbaiki dari masa ke semasa.
Berat badan saya yang berada dalam kategori 63-68kg menjadi antara faktor utama 24kg tidak pernah cecah 100 ulangan dalam masa 5 minit.
Rekod terbaik adalah pada tahun 2010 di atas mesin getaran Power Plate sebanyak 97 ulangan. Tahun yang sama juga, rekod paling rendah 69 ulangan sewaktu RKC Copenhagen.
Maka perjalanan saya mencari fine tuning teknik ini memang tidak pernah berhenti. Masalah utama adalah cepat putus nafas dan 24kg itu rasa seberat 'sepikul balak' pabila hendak dihayun.
Cepat pancit? Mungkin cara bernafas kurang tepat dan/atau training volume tidak mencukupi. Rasa berat macam kayu balak hutan Sarawak? Barangkali terlalu bergantung pada kederat tangan dan bahu dan kurang sekali guna otot glutes dan hamstring.
Pabila kedua2 elemen ini tiada masalah tetapi masih jugak tidak dapat 100 ulangan, mungkin juga faktor tak cukup makan/rehat atau salah tempo hayunan semasa ujian.
Fasal Majlis Habib 2
Rasa tertekan dan putus asa tak usah ceritalah,entah kali pun tak tahulah.Nasib baiklah selepas/sebelum sesi latihan, selalu ada majlis2 Habib yang mana didalamnya penuh peringatan agar tetap teguh meminta dan berharap pada Allah Taala dalam segala sesuatu termasuklah ujian snatch 24kg ini.
Setiap kali Habib2 berdoa menadah tangan, hajat menundukkan 24kg snatch test itu tiada pernah putus...
Habib2 sering berpesan agar senantiasa bersangka baik dan benar2 yakin segala hajat akan dikabulkan...
Sering terjadi, sesudah kembali daripada majlis2 ini, banyak betul idea, ilham,'firasat' , jalan penyelesaian dalam permasalahan hidup saya dan banyak juga pertolongan/bantuan yang tidak disangka2.
Fasal Snatch Test 2
Mentor saya dalam latihan #hardstylekettlebell ini adalah Strong First Girya (SFG) Team Leader ,laki bini , Sensei Gary Music dan isterinya Reneta. Saya disuruh memperbanyakkan double kettlebell front squat, 60 ulangan secara spesifiknya, dalam masa 9 minit( 20 ulangan setiap 3 minit sebanyak 3 pusingan) di samping teruskan snatch berat2.
60 ulangan front squat ini betul2 'membunuh' dan masuk pusingan kedua saja, saya rasakan seolah-olah sedang berjuang bikin snatch test itu.Just what I need most! Paksa kebanyakkan sessi latihan jadi lebih susah daripada ujian sebenar tetapi jangan sampai cedera tergeliat urat. Tujuan utama adalah agar ujian itu rasa senang dan boleh kaw tim lah.
Dalam snatch test prep ini juga, saya perlu buat double kettlebell long cycle dan 'not so secret crush' saya dalam sukan besi tampin , KB Fit Britt berikan satu workout yang saya boleh selitkan sekali elemen senaman cardio , iatu diselang seli dengan Concept 2 Rower. Clean - Jerk - Row -Repeat ini pun cukup meletihkan lebih kurang penangan front squat tadi.
Cabaran kedua2 senaman ini adalah bila mana gym tempat berlatih tiada besi tampin sama saiz, kalau ada pun tiada mesin rower.Situasi ini memaksa saya ubahsuai sedikit tetapi kadang kala membuahkan penemuan baru. Siapa sangka mesin Jacob's Ladder yang tak saper pun berani sentuh di gym menjadi teman pengganti Concept 2.
Mesin panjat tangga ini jangan dibuat main tuan2 puan2 sekalian , 3-4 minit pun cukup seksa , baik mendaki pelan2 apatah lagi cepat memecut.
Mesin cardio yang saya anggap terbaik ini ( ramai jugak jurulatih gym yang bersetuju dengan pandangan saya ini )cukup saya 'gemari' dan saya sekarang masih 'pandu uji' carryover Jacobs Ladder ini dalam latihan kettlebell, insha Allah akan dibahaskan dalam siri2 akan datang.
Front Squat - Jacob's Ladder - Long Cycle : menjadi lauk pauk utama menjelang hanya 2-3 minggu lagi untu saya perlu hantar video snatch itu kepada SFG Team Leader Woo chae-Yoon dan Master SFG Phil Scarito ini :
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan