Sabtu, 4 Februari 2017

Majlis Habib & Snatch Test BHG 1

Salam pertemuan.

   

Fasal Majlis Habib 
Sesudah saya tidak lagi bersama pasukan Pahlawan Girya, masa terluang yang sebelum ini banyak dihabiskan di pusat2 latihan mereka, saya gantikan dengan selalu hadir di majlis2 para Habaib (kata jamak kalimah Habib) sekitar Lembah Klang. Saya redho dengan perjalanan yang saya pilih dan bersangka baik (Husnu Zhon) kepada Allah Taala dengan ketentuan-Nya.

Laman sosial majlis2 ilmu/mawlid/zikir Habaib ini menjadi tumpuan utama pabila saya melayari internet. Alhamdulilah, sekurang2nya Facebook itu jadi punca saya mencari dan ambik berkat guru2 mulia seperti ini. 

Hampir setiap Jumaat malam Sabtu selepas kerja di Cheras,bergegas saya ke Masjid Muaz Bin Jabal (seberang jalan saja dengan LRT Setiawangsa) agar tidak missed lesson dengan Habib Ali Zaenal Abidin.Hujan pun saya redah jugak dengan motorsikal dan balik lewat malam menjelang jam 1 pagi sudah jadi perkara biasa. 

Perkara best dimajlis2 ini adalah guru2 mulia ini tak putus2 berdoa di awal, pertengahan dan akhir majlis, siap ada doa2 tersendiri. Hadirin jugak diminta sebut sebarang hajat dalam hati sewaktu sesi berdoa ini, kadangkala naik lenguh menadah tangan. 

Apapun jua, peluang selit doa dengan orang2 soleh sebegini rugi kalau dilepaskan begitu sahaja. Doa untuk dunia mahupun akhirat asalkan tidak melanggar syarak boleh sahaja diniatkan dalam hati.

Justeru itu, buat saudara-mara,rakan taulan yang prihatin, mereka banyak kirim doa pada saya untuk dibawa bersama dalam majlis.Banyak juga doa2 mereka makbul, syukurlah.


Cuma doa saya untuk lulus ujian snatch 100 ulangan 5 minit dengan 24kg masih belum nampak bayangnya lagi. Snatch test ini adalah antara keperluan untuk anda lulus sijil jurulatih kettlebell Strong First dan RKC. Untuk lelaki samada 20kg atau 24kg dan wanita 12kg atau 16kg bergantung pada umur/berat badan tertentu.Bakal jurulatih perlu habiskan 100 ulangan dalam tempoh 5 minit itu. 

Kursus di Korea bulan November lalu, saya 'bertarung' dengan berat badan bawah 68kg untuk menundukkan 24kg itu dalam jangkamasa 5 minit tetapi hanya mampu 86 ulangan sahaja dan di Itali dua minggu selepas itu jatuh 85 ulangan.

Perjuangan untuk menundukkan ujian ini dengan 24kg sudah lama berlangsung buat diri saya semenjak tahun 2009 lagi,macam on off battle. 16kg dan 20kg, insha Allah bole dijinakkan tetapi 24kg ini kepala batu punya degil. 

Maka perjalanan saya menundukkan 24kg itu pun diusahakan dengan giat sesudah seminggu pulang dari Itali.Pada waktu yang sama banyak pulak majlis2 Habib. Penuh jugaklah jadual hujung tahun lalu : Kerja - Habib - Rumah - Latihan - Ulang Majlis Habib waktu malam, sebelum maghrib saya mesti sudahkan latihan dekat gym yang berhampiran majlis2 tersebut.

Majlisnya sebelum zohor? Latihan jatuh selepas isyak. Kebanyakkan menu ketika ke majlis2 ini semesti Nasik Mendy Kambing Hadralmaut makan bertalam disebabkan origin Habib2 ini dari Yaman!


Tradisi para Habaib di Yaman dan para maulana di India adalah memberi makan sesiaapa saja yang datang ke masjid, ribat,madrasah mereka setiap hari.

Budaya itu Habib2 disini hidupkan dengan jayanya. Pendek kata, kalau bajet anda hari itu sengkek, duit dah kering, maka sayugialah join majlis2 mereka, insha Allah balik nanti kenyanglah perut. 

Berbalik pada hajat saya yang ingin sekali dapat 100 reps snatch test 24kg , saban majlis doa itu hampir tidak pernah lekang dipohon dalam hati dalam sesi berdoa majlis2 berkenaan. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, hajat itu tak kunjung tiba...

Apapun, tetaplah saya didalam berdoa dan berharap pada Allah Taala...

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan