KITA SEMUA BERBEZA
Layan sungguh alunan suara Katharine McPhee ini pabila dibuat lagu latar untuk cool down sesudah latihan.Mungkin bukan selera anda, mungkin jugak anda akan terpaut pabila buat pertama kali mendengarnya.
Ada diantara anda yang gemar irama/lagu tanpa suara orang menyanyi untuk rileks lepas training dan ada jugak yang boleh saja buat regangan semasa lagu heavy metal dimainkan di gym.
Apapun jua (ini gunapakai bait-bait perkataan yang selalu Al Habib Ali Zaenal Abidin dalam tausiyah beliau), seperti irama lagu yang pelbagai macam, begitu jugalah manusia ini punyai aneka ragam struktur tubuh badan dan tahap kecergasan yang berbeza di antara satu dengan yang lain.
Hal yang demikian menjadikan diri anda unik dan orang lain disekeliling anda juga unik.Sesuatu program latihan/gerak senaman mungkin sangat ngam dengan kawan anda yang kaki running masuk marathon tetapi langsung tak kena gaya dengan teman anda seorang lagi yang berbadan kurus mahu up saiz ototnya.
Latihan kawan anda si pelari weekend warrior yang lari berbatu 4 kali seminggu itu mungkin tiada boleh membantu si teman berbadan kurus itu besarkan otot pahanya walaupun mungkin juga guna gerak senaman yang sama.
Kita ambil contoh senaman squat. Si pelari mungkin lebih sesuai bikin barbell back squat (bebanan ringan) dalam lingungan 12 hingga 20 ulangan manaka si badan kurus perlu kurangkan ulangan (6-10kali),bebanan berat. Keadaan jadi sedikit rumit pabila si pelari tadi asyik sakit lutut memanjang dek overtraining dan si kurus asyik butt wink saja ketika squat.
Pembolehubah (istilah ilmu sains /matematik KBSM sebelum di'ENGLISH' kan)sebegini juga main peranan semasa anda ingin rancang program senaman anda. Perlu diingat, senaman HIIT yang dibuat oleh kawan anda yang asalnya badan berisi itu mungkin tidak sesuai buat anda yang menderita sakit sendi di sana sini.
Demikian jugak anda tidak perlu banyak sangat buat foam rolling tetapi kawan HIIT itu tadi perlu 'berurut' hampir setiap kali sebelum/selepas latihan.
Adalah mustahak bagi anda dan para jurulatih khususnya peka tentang hal ini agar tidak memberi tunjuk ajar yang tidak tepat pada kawan/anak didik yang punyai seribu satu cabaran, dugaan dan kecederaan.
Bersambung...
Siri akan datang : Rahmat Di Sebalik Kecederaan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan