Studio Best ! #BackstageStudioMalaysia |
Horizontal Pulling adalah satu diantara cara untuk membantu anda membukak dada semasa swing. Bent Over Row atau Pendlay Row tergolong dalam senaman ini. Anda boleh lakukan gerak ini dengan sebijik kettlebell maupun dua bijik. Rujuk video di bawah ini.
Untuk pengetahuan anda, isu 'dada tak terbukak nampak membongkok' ini adalah antara perkara yang yang saya kerap kali diberi peringatan oleh jurulatih2 kanan pada peringkat awal penglibatan saya dalam dunia kecergasan disamping 'kena buat lebih cardio' dan 'kena potong/cut air'(pengaruh abang2 bina badan sebab saya ketika itu tiada badan seperti mereka!) #memori2006.
Maka semenjak daripada saat itu, sayugialah saya menerokai cara2 untuk tujuan 'bukak dada' ini dalam apa saja disiplin/mazhab/perguruan seni gerakan badan ini.Pilates, Yoga, angkat berat, senaman terapi jasmani, tak kisahlah asalkan dapat saya jumpa/guna agar 'dadaku yang tertutup ini terbukak luas'.
Regangan Bretzel adalah senaman 'bukak dada' yang saya temui dalam Functional Movement System(FMS) yang dipelori oleh pengasasnya, Gray Cook. Saya juga belajar terus daripada orang yang 'susun cipta' senaman ini yang mana skarang beliau asdalah Ketua Jurulatih Strong First Girya (SFG) , Bret Jones.
CK-FMS Budapest 2012 |
Regangan ini bukan sahaja bagus untuk bahu dan dada, malah berguna jugak untuk quadriceps. Boleh buat sebelum, semasa atau pun sesudah anda swing. Elok jugak buat 3-4 kali seminggu untuk memperbaiki postur.
Buat anda yang kuat dan senaman bent over row /pendlay row itu sudah tiada lagi mencabar, boleh upgrade dengan Renegade Row ini dengan syarat anda ada dua bijik besi tampin atau pun sepasang dumbell. Gerak ini jugak gabungan posisi plank dan boleh jugak anda add on tekan tubi berselang seli.
Kita akan sambung lagi pasal 'bukak dada' ini pada siri akan datang
(Insha Allah) dan anda jangan lupa berlatih gerakan2 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan