Jumaat, 16 Disember 2016

Bro, Camner Nak Kasi Bukak Dada Masa Swing? (Siri2)

Salam pertemuan.

Hip Hinge

Squat

BRO, APAKAH DIA SENAMAN KETTLEBELL YANG PALING SUSAH?

 

Pada hemat dan pengalaman saya, DEADLIFT dan SWING.

SEBAB APER PULAK SUSAH BRO?! INGATKAN SNATCH TADI!
Banyak puncanya dan berikut adalah senarainya.

  • Ramai yang keliru antara squat dengan hinge. Hukum utama untuk squat adalah lutut dan pinggul dibengkokkan (hingga sudut atau depth tertentu) dengan badan tegak sedapat yang boleh walaupun ada kalanya ditentukan oleh panjang pendeknya tulang peha. Berbeza dengan hip hinge yang lutut tidak berapa dibengkokkan tetapi badan condong ke depan. Untuk memastikan anak didik yang langsung tiada asas angkat besi (yang berpengalaman pun sama jugak) dapat buat dan membezakan dua corak pergerakkan ini memakan masa dan perlu kesabaran.
  • Pabila sudah dapat beza dan buat gerak hip hinge dengan squat, masalah kedua adalah dada atau/dan bahu tak dapat dibukak dengan pinggang pun ikut membongkok (inilah persoalan utama siri ini).
  • Trouble shooting yang berikutnya pabila dada/bahu dapat dibukak dan pinggang dapat dikawal dalam keadaan neutral adalah otot punggung, belikat dan perut pulak tak berapa nak switch on semasa swing/deadlift.
WAH, RUMIT JUGAK BRO MASALAH INI! BOLEH TAK BRO HURAIKAN DALAM SIRI2 INI?
Insha Allah setakat yang saya mampu, akan saya kupas. Tapi anda jugak perlu buat sesuatu.

APAKAH DIA YANG KAMI PERLU BUAT BRO UNTUK PROBLEM INI?
Mohon doa pada Ilahi agar ditunjukkan jalan penyelesaian dan dipermudahkan faham/buat tips yang diutarakan.

Bersambung...

 

2 ulasan:

  1. Saya baru berminat dgn kettlebell. Dan belajar dgn buku dan youtube. Dah lbh kurang 2 bulan. Byk kemajuan benefit badan cuma takde org utk nak tgk samada teknik betul ke tak. Agak2 dimana boleh saya dapat kelas utk belajar ni?

    BalasPadam