Ahad, 4 September 2016

Mesej Di Pintu Masjid (SFG Korea 2016)

Salam pertemuan.


Sejuk betul Jumaat malam Sabtu itu. Saya menunggang motorsikal membelah Lebuhraya DUKE sesudah habis mengaji kitab di Masjid Muaz Bin Jabal sebentar tadi.

   

Saya kuat berfikir dalam perjalanan pulang itu. Manakan tidak sesudah keluar dari pintu masjid, saya menerima  pesanan baru daripada Team Leader StrongFirst di Korea.



"Anda telah terpilih untuk menjadi pembantu jurulatih untuk kursus Tahap Satu SFG bulan Oktober ini."

Hanya tinggal lima minggu lagi untuk bersiap-sedia untuk tugasan ini. Beberapa tahun lalu saya pernah dapat tugasan yang sama di Itali.


Pabila tiba dirumah, otak saya sudah dapat strategi yang jitu untuk 'beraksi cemerlang' di Korea. #inshaAllah 

Langkah pertama adalah mengenalpasti sebarang 'cacat cela' dalam pergerakan tubuh badan : pinggang/hamstring tidak lentur, sendi bahu tidak stabil/kukuh untuk teknik2 julang atas (overhead lifts) , nafas cepat habis/ semput dan perkara berkaitan.

  

Ada kalanya kita perlu back off sedikit daripada latihan dan menghalusi mana-mana kekurangan yang ada. Pada masa yang sama, saya juga luangkan masa pergi belajar, ikuti kelas/bengkel senaman mind & body seperti aerial yoga dan mat pilates.


Kelas-kelas begini bagus untuk saya sebagai 'pembuka mata' agar dapat saya temui cara-cara untuk menampung kelemahan dalam ilmu pergerakkan tubuh  badan. Tidak ketinggalan, selalu saya jadi #abangmelayuditengahamoi pabila menghadiri kelas-kelas di atas.



Saya ingat dengan boleh menjulang kettlebell saya sudah kuat tetapi amoi-amoi jurulatih yoga di atas menundukkan ego saya dengan mereka boleh stretch ibarat contortionist dan mampu juga buat inversion / arm balancing macam gymnast professional. Sambil berseronok dalam kelas, saya peroleh sesuatu untuk penambahbaikan.



Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan